SANA-SINI

Pepsi Blackout Hour

Pepsi melancarkan Pepsi Blackout Hour yang mencabar anda untuk berhenti seketika daripada menggunakan gajet bagi menikmati hubungan yang berkualiti ketika waktu makan. Sehubungan itu, Pepsi membawa pengalaman Pepsi Blackout Hour secara langsung di restoran dan dalam talian bermula15 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022sebagai galakan untuk mewujudkan detik-detik berkualiti dengan insan tersayang ketika waktu makan.

Pandemik menyebabkan ramai orang bergantung kepada gajet, seterusnya mewujudkan norma baru yang menjadikan gajet sebagai pilihan untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan sosial, meskipun ketika menjamu selera dengan insan tersayang di rumah. Walaupun gajet mempunyai pelbagai manfaatnya, tetapi ia juga menyebabkan pengguna hilang fokus terhadap apa yang penting ketika waktu makan – menikmati hidangan serta mengeratkan hubungan bersama insan tersayang.

Justeru, bagi mengembalikan nilai dalam menikmati hidangan bersama-sama, Pepsi mengajak anda untuk menyertai dan mengalami cabaran Pepsi Blackout Hour yang memerlukan anda meletakkan telefon anda ke tepi sepanjang waktu yang ditetapkan. Bagi menyertai cabaran ini, anda hanya perlu membeli Pepsi Black ‘Taste of Malaysia’ Edisi Terhad dan mengimbas kod QR yang terdapat padanya. Kemudian, ikuti langkah-langkah yang ditetapkan pada laman sesawang tersebut yang memerlukan anda untuk meletakkan telefon anda ke tepi selama satu jam. Sekiranya pergerakan dikesan pada telefon, penyertaan anda akan dibatalkan. Peserta yang berjaya melengkapi  cabaran akan memenangi e-Voucher Grabfood bernilai RM20, selagi stok masih ada. Untuk mengalami pengalaman sepenuhnya, anda boleh mengunjungi cawangan restoran yang terlibat bagi melakukan cabaran ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah tambahan termasuk barangan Pepsi yang menarik.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa gajet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, lebih-lebih lagi masa kini! Di mana jua kita berada dan apa jua yang kita lakukan, gajet anda akan mendapat perhatian yang lebih sebagai hubungan sosial anda. Di Pepsi, kami menyedari kepentingan mengeratkan hubungan dengan insan tersayang terutamanya pada waktu makan. Justeru, kami menggalakkan orang ramai untuk benar-benar menikmati waktu makan bersama insan tersayang menerusi cabaran Pepsi Blackout Hour. Apa yang perlu anda lakukan hanya mengetepikan seketika gajet selama satu jam dan menumpukan perhatian kepada keluarga dan kawan-kawan, hidangan yang disaji dengan Pepsi sambil menikmati keindahan hubungan yang erat,” kata Jennifer Lee, Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo. Sama ada di restoran atau di rumah, pastikan anda menyertai Pepsi Blackout Hour bermula 15 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022  bagi mengeratkan hubungan dengan insan tersayang ketika waktu makan sepanjang sambutan akhir tahun ini. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut yang terkini, layari laman Facebook Pepsi (https://www.facebook.com/PepsiMalaysia) atau Instagram (@pepsimy).

Related posts

How AI Transforms Your Creativity With the Galaxy S23 Ultra’s Signature Camera

adminwm

Burberry Supports Vulnerable Communities Globally Through Donation To UNICEF’S Covid-19 Vaccines Appeal

admin

Kecoh Raya

admin

Leave a Comment