Makanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malpemakanan.
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Kerana Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Kebaikan pemakanan seimbang
Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna.
Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendapat atau membina tubuh badan yang sihat dan cergas.
Mengawal kadar obesiti.
Pengawalan pengambilan makanan juga penting untuk mengelakkan tubuh badan menjadi obesiti dengan mengambil makanan kuantiti yang sedikit tetapi cukup khasiat untuk tubuh badan. Jom kita buat SENAMAN yang sesuai untuk obesiti.
Perkembangan mental seseorang tidak terganggu
Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh mengakibatkan seseorang itu tidak cergas dan mudah letih bila seseorang individu tersebut melakukan aktiviti. Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal berfikir dengan baik untuk membuat keputusan. Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang gaya hidup yang lebih sihat.
Memberikan vitamin kepada tubuh badan.
Badan manusia memerlukan vitamin untuk melawan penyakit yang ada di dalam badan manusia dan melindungi penyakit berjangkit. Maka manusia yang mengambil makanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang optimum dan lebih baik.
Antara contoh makanan tidak berkhasiat
1. Nugget
2. Pizza
3. Jajan/ Makanan ringan
4. Nasi putih atau tepung putih. Kenapa? Nasi ni apabila kita makan, kajian menunjukkan karbohidrat yang kita ambil ini apabila masuk ke dalam sistem tubuh badan kita, dia akan bertukar menjadi gula. Untuk bekalkan tenaga untuk kita bekerja. Ye memang orang tua makan nasi tapi mereka bekerja di ladang, kebun atau sawah yang memerlukan tenaga yang menggunakan seluruh tubuh badan. Tetapi kita berbeza hanya bekerja menaip dengan jari dan duduk sahaja.
5. Gula putih
Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI gula putih. KANSER MEMBESAR dengan GULA PUTIH.
6. Organ dalaman
7. Air berkarbonat
8. Makanan deep fried
9. Marjerin
10. Fast food seperti fries, burger dan sebagainya.
Tips pemakanan seimbang
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Antaranya ialah buah epal, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
- Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
- Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
- Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
- Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Kebaikan dan Kepentingan Makanan Seimbang Kepada Tubuh Badan
Mengurangkan risiko menghadapi penyakit
Memberikan kesihatan mental yang stabil
Meningkatkan kecantikan rupa paras
Mampu mengawal kadar obesiti
Membantu pembesaran fizikal yang lebih sempurna