Trend skirt pensil (PS) kembali pada gaya Musim Luruh ‘25! Menariknya ia ditampilkan penuh kelainan – lebih bergaya lagi versatil. Ia bukan lagi the outdated skirt untuk kerja yang dipakai hanya ke pejabat. Kini penampilannya dibega menjadi pakaian untuk bersantai, separa kasual hinggalah ke majlis formal dan glamor karpet merah. Bagaimana ia dilakukan? Read on …
Kemunculan semula yang begitu mendadak, rancak dan berani, dilabel oleh orang fesyen sebagai ‘a comeback with vengeance’. Ia seolah-olah kembali penuh dendam, macam dalam sebuah drama atau filem – its back with a different twist and plot setelah sekian lama disembunyikan dalam gua fesyen.
Kali ini ia diberi wajah baru oleh para stailis dan pereka fesyen, juga mereka yang berani mencuba dan bijak bergaya. Datang dalam pelbagai fabrik termasuk denim, suede, rayon, linen, spandex, kulit, dan apa saja yang boleh difikirkan, ia memberi kesegaran pada penampilan.
Gandingan bijak, berani dan nakal para stailis, juga pereka feyen sendiri, turut menyumbang idea bagaimana PS patut digayakan untuk musim ini. Victoria Beckham misalnya tampil dengan kemeja kerja lengan cap, structured top berlengan panjang menjadikan gayanya cukup anggun, sementara Dolce & Gabbana memilih blaus feminine menjadikannya begitu elegan namun edgy. Uniclo dan beberapa jenama menitip gaya kasual dan sporty dengan jaket bomber, sneakers dan beg sandang cross body, gaya berubah menjadi cukup santai.

Dari kiri: Burberry, Dolce & Gabbana, Gucci, Alejandra Alonso Rojas dan Alaia.
Aliran kian memuncak apabila daripada jenama di TikTok, label mainstream kelas pertengahan seperti Zara, H&M, hingga yang mewah seperti Dolce & Gabbana, Dior, Chanel, Gucci, Miu Miu dan Ila Vesper misalnya turut masuk ‘gelanggang’.
Suasana rancak seolah-olah berlangsungnya satu ‘kejuaraan’ – jenama mana paling meletop dalam memberi gaya dan wajah baru pada skirt ‘outdated’ ini. Kegilaan tersebut memberi peluang untuk idea merewang jauh bagi fashionista yang kreatif dan berani. Fakta inilah yang telah mewarnai gaya musim ini.
Antara yang mendapat tumpuan termasuk jenama Victoria Beckham. Victoria merancakkan lagi suasana dengan mencadangkan padanan top dalam warna-warna mewah dan corak menawan lengkap dengan idea aksesori sepeda beg tangan, rantai, tali pinggang dan skarf berpadan untuk setiap ciptaannya untuk musim ini.
Demam PS Melangkau Hollywood, Paris Hingga Ke Timur
Di Hollywood para artis dan stylista fesyen bergasak tampil dengan menyarungkan PS mereka dalam penuh kreativiti menjadi skirt konservatif untuk ke pejabat ini sesuai digayakan ke mana sahaja, malah terpilih sebagai ‘sought after item’ untuk ke mana sahaja, waktu siang, mahupun untuk gaya malam yang formal dan glamour.
Skirt tradisi ke pejabat tahun 80-an, dulunya begitu popular dipakai ke pejabat, kini ia diberi nafas baru dengan gandingan top, aksesori seperti tali pinggang, skaf, bag tangan termasuk kasut dan but yang rencam sifatnya
