FESYEN

MAISON QASMIRA AIDILFITRI ‘25–LUXURY BEYOND EXPECTATION

Andai mahu diungkapkan dalam satu perkataan; mengujakan! Begitupun sering didengar, a Kaftan is a Kaftan and how much different an abaya can be? Tapi bukan kali ini! Dan itulah cabaran yang disahut oleh pereka fesyen eksklusif,Rossa bagi jenama Maison Qasmira.

Menariknya, para tetamu bukan sahaja berjamu mata dengan koleksi baju Raya tetapi dihibur dengan kepelbagaian kaftan, abaya dan pakaian luar atau over layer yang menawan serta mewah gayanya. 

Barisan gadis dan wanita comel yang memakai hasil ciptaan petang itu membuat mata tidak berkelip dan kepala berpusing 180 darjah mengikut hayunan gemalai si ‘supermodel’. I wasn't expecting much or anything spectacular, but half way the show… indeed, it was.

“Wasn’t that simply sweet and refreshing?” pintas Satina Boon Harun yang menjadi pengacara petang tersebut sebaik rangkaian Baju Kurung Qasmira selesai dipertontonkan, dan dia terus berkongsi satu rahsia mengenai peragawati petang tersebut, “More fun fact… one of our lovely models is a mother of seven children, dan yang lainnya adalah wanita biasa yang anda temui setiap hari… mereka bukan peragawati secara profesional dan kebanyakannya adalah ibu kepada beberapa orang anak,” tambahnya membuat tetamu semakin kagum langsung terpegun dan riuhlah suasana Restoran Royal  Bedouin dengan tepuk sorak.

Apa yang Rossa pamerkan pada petang tersebut, katanya adalah ilham istimewa kerana setelah menubuhkan Radhatul Ilm, iaitu satu ruang di kediamannya yang dijadikan pusat menimba ilmu agama Islam, gerak hatinya sentiasa teruja untuk menghasilkan pakaian yang menutup aurat untuk wanita berhijab. 

Tempat yang dipilih untuk acara tersebut cukup sesuai, dengan ambiance dan deko dalaman restoran Arab tersebut dan ditokok tambah halwa telinga alunan merdu lagu-lagu Timur Tengah, memang mengasyikkan.

Menarik perhatian, walaupun tidak kelihatan kelibat peragawati professional petang itu, dan tindakan pereka  menggunakan ’orang biasa’ untuk memperaga koleksinya berjaya menarik perhatian. 

Ternyata impaknya menakjubkan sehingga boleh kedengaran bisikan, Wow! Cantiknya! Look at the lace! The colour coordination! Dan membawa para tetamu bertumpu ke ‘pop up store’ sebaik acara selesai untuk mendapatkan gaya yang memikat citarasa mereka . 

Untuk Qasmira Floral Collection Rossa telah menggabungkan corak flora dan fauna ciptaan Maha Esa yang begitu indah dan megah ke dalamnya. Menurut Rossa tiada yang lebih menawan dan dekat pada jiwa dan naluri seorang wanita daripada sehelai pakaian indah dan sutera yang terhasil daripada ilham flora dan fauna.

Bagi koleksi seterusnya, Rossa memanggilnya Pakaian Luar yang mana ia mempamerkan fleksibiliti dalam reka bentuk dan gaya karyanya yang versatil. Seperti yang dijelaskan Rossa, ia adalah satu rakaian yang mempamerkan fleksibiliti boleh dipakaikan sebagai kardigan yang bergaya, sebagai jaket kasual atau ia boleh menjadi abaya yang elegan.

“Namun the final touch, bergantung pada cara seseorang itu menggayakannya dan aksesori yang dibega. Kesempurnaan gaya sebenar terletak pada cara dan kebijaksanaan si pemakai.”  

Beberapa orang tetamu seronok membeli-belah, Boon dan Linda Jasmine

Antara gaya tetamu yang dapat dirakamkan petang itu

Pada penghujung majlis dan bagi membuktikan bahawa koleksi Qasmira Glam benar-benar dibuat untuk semua orang, ’peragawati’ dan para tetamu yang hadir berpakaian hasil ciptaan Rossa, turut membuat kejutan dengan ‘Finale’ istimewa dan menyertai barisan peragawati untuk menyempurnakan petang tersebut. 

Masih dalam musim beraya, ramai yang tercari-cari gaya sesuai untuk menghadiri jemputan rumah terbuka dan juga walimatul urus yang sedang rancak sempena mengambil berkat bulan Syawal yang mulia. Sekiranya anda sedang mencari dan belum temui hajat di hati, anda patut menjenguk rangkaian koleksi Maison Qasmira.

Related posts

Rusuhan George Floyd, Butik Mewah Dipecah Masuk, Beg dan Aksesori Dibawa Lari

admin

“I just rescued a pair of shoes. They were trapped in a store.” Shoe Sprinkle

admin

ARTIST DAN FESYEN BERSATU MENGHILANG RINDU 

adminwm

Leave a Comment