FESYEN

lululemon Melancarkan Kedai Terbesarnya dalam Malaysia

lululemon athletica inc. (NASDAQ:LULU), dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan
kedai baharunya di The Exchange TRX, yang merupakan kedai terbaru dan terbesar milik
jenama itu di Malaysia setakat ini, sekaligus mengukuhkan komitmen yang lebih mendalam
terhadap pasaran di Malaysia.
Terletak di destinasi membeli-belah yang serba baharu The Exchange TRX, kedai berkeluasan
5,000 kaki persegi itu berada di tengah-tengah daerah kewangan antarabangsa Kuala Lumpur
yang pesat membangun bertemu dengan pusat hab membeli-belah gaya hidup mewah. Kedai
lululemon yang terbaru itu menampilkan reka bentuk semula jadi dan mesra alam. Gabungan
rotan daripada sumber tempatan serta bahan mesra alam sekitar, mewujudkan suasana damai
dan tropika di keseluruhan kedai itu. Komitmen terhadap sumber mampan ini bukan sahaja

meningkatkan nilai estetika, malah turut mengukuhkan hubungan dengan komuniti tempatan,
mencipta ruang yang memenuhi cita rasa tetamu Malaysia.
Di bawah strategi pertumbuhan Power of Three x 2, lululemon berhasrat untuk meneruskan
pengembangannya untuk meningkatkan kerelevenan dan hubungannya dengan lebih ramai lagi
komuniti tempatan. Pada awal tahun ini, lululemon turut memeterai kerjasama e-dagang
pertamanya di Asia dengan Lazada bagi memacu pengembangan digitalnya dan meluaskan
lagi pasarannya di Malaysia dan Singapura. Dengan pembukaan kedai terbarunya di Malaysia,
lululemon bersedia untuk meningkatkan lagi momentum perniagaannya di rantau Asia Pasifik.
“Sebagai jenama yang menitikberatkan
kesejahteraan untuk semua, kami teruja untuk
melancarkan kedai terbaru kami di Malaysia,
sebuah negara di mana usaha untuk mencapai
kesejahteraan holistik dan seimbang
diterapkan dalam kehidupan seharian,” kata Naib Presiden Kanan APAC, Gareth Pope.
“Pembukaan kedai terbaru ini merupakan tanda kejayaan misi kami dalam memberikan
inspirasi kepada individu dalam perjalanan kesejahteraan mereka. Kami berharap dapat
menjalin hubungan dengan lebih ramai lagi rakyat Malaysia dan memupuk komuniti cergas
bertenaga yang mencerminkan nilai teras kesejahteraan, kemampanan, komuniti, dan inovasi
kami,”
Produk yang dihasilkan khusus untuk aktiviti yoga, larian, latihan, dan pelbagai kategori aktiviti
sukan seperti golf, tenis, dan mendaki, serta koleksi Kasual yang direka sebagai pakaian harian
yang versatil, semuanya boleh didapati di kedai ini. Para tetamu bakal menikmati peluang
eksklusif untuk menerokai pelbagai produk popular yang ditawarkan, termasuk seluar dan hijab
Align™ istimewa jenama itu yang direka khusus untuk wanita dan diperbuat daripada fabrik
Nulu™ yang lembut. Bagi wanita, produk aktiviti larian utama seperti seluar Fast and Free, yang
dikuasakan oleh fabrik Nulux™, menawarkan pergerakan yang lebih selesa tanpa halangan dan
kain yang ringan. Para wanita juga boleh menikmati seluar Wunder Train, yang menampilkan
fabrik Everlux™, ia memastikan pakaian cepat kering dan menyerap peluh untuk tahap
keselesaan dan tumpuan yang terbaik ketika bersenam.

Untuk lelaki, seluar ABC, yang diperbuat
daripada fabrik Utilitech™, memberikan keselesaan sepanjang hari, kebebasan untuk bergerak,
dan regangan empat hala dalam gaya kasual dan langsing. Para lelaki juga boleh mendapatkan
seluar pendek Pace Breaker yang dipacu prestasi, diimaginasikan semula untuk keselesaan
maksimum dan kepelbagaian gunaan, sesuai untuk berlari, berlatih, dan bersenam. Lelaki juga
boleh menemukan seluar pendek License to Train, yang dilengkapi dengan poket berzip dan tali
jerut pinggang versatil yang boleh dipakai di dalam atau di luar. Selain itu, kedai tersebut turut
mempersembahkan dua koleksi musim cuti terbarunya iaitu Winter Whites dan Moon Bow yang
terdiri daripada pakaian aktif teknikal dan pakaian lounge selesa hinggalah kepada pakaian dan
aksesori yang wajib dimiliki, serta hadiah bergaya dan selesa, sesuai untuk semua acara.
Direka dengan Science of Feel, pendekatan unik lululemon terhadap inovasi melibatkan
rangkaian produk jenama itu termasuk fabrik teknikal proprietari, teknik penghasilan berinovasi,

dan padanan strategik serta ciri-ciri bagi memenuhi keperluan setiap pengguna dan
meningkatkan kesejahteraan serta prestasi mereka.

Menyantuni dan Membantu Komuniti menerusi Kempen “Here for the Presence”

Sempena pembukaan kedainya yang terbaru dan bagi memupuk komuniti kesejahteraan
holistik di mana mereka boleh bergerak, berkembang dan berhubung, lululemon turut
menganjurkan acara komuniti selama dua hari di Rumah Tangsi yang akan dibuka kepada
orang ramai pada 9 hingga 10 Disember 2023, dari 7:00 pagi hingga 8:00 malam. Acara
komuniti itu akan menampilkan pengalaman kesejahteraan holistik seperti yoga, latihan, dan
larian serta sesi mandian bunyi bersama-sama dengan rakan lululemon dan duta jenama
Malaysia, termasuk Umi Atiqah, jurulatih yoga bertauliah, dan Katrina Taib, pemilik studio
kecergasan CLUBALOHA. Para tetamu juga berpeluang menikmati jus yang menyegarkan,
bagi meningkatkan lagi keseluruhan pengalaman.
Hasil daripada acara itu akan disumbangkan kepada rakan program amal Here To Be
lululemon, Buku Jalanan Chow Kit, sebuah NGO yang berusaha untuk menyediakan peluang
pendidikan yang sama rata, serta persekitaran membesar yang sihat untuk kanak-kanak kurang
bernasib baik bagi membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan. Acara selama
dua hari itu menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, membuktikan komitmen
lululemon dalam meningkatkan kesejahteraan para tetamu dan komuniti di mana jenama itu
berkhidmat.
Memandangkan bahawa ruang yang disediakan adalah terhad, pastikan anda mendaftar
tempat anda lebih awal dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara itu di dalam talian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi lululemon di sini.

Tentang lululemon
lululemon athletica inc. (NASDAQ:LULU) adalah sebuah syarikat pakaian sukan teknikal, kasut
dan aksesori untuk yoga, larian, latihan jasmani, dan banyak aktiviti lain, yang mencipta produk
dan pengalaman transformasi yang membina hubungan bermakna, membuka kemungkinan
yang lebih luas dan kesejahteraan untuk semua. lululemon bekerjasama dengan yogi dan atlet
dalam masyarakat setempat di serata dunia untuk penyelidikan dan maklum balas produk yang
berterusan, sekali gus menjadi penanda aras inovasi fabrik dan rekabentuk berfungsi. Untuk
maklumat lanjut, sila layari lululemon.com

Hubungi:
Theveena Chahil
Edelman Public Relations Worldwide Sdn Bhd 
M: +60 12 507 7220 
E: [email protected] 
 
Nicole Lee 
Edelman Public Relations Worldwide Sdn Bhd 
M: +60 17 364 8077 
E: [email protected]

Related posts

Siapa Ikon Fesyen Lelaki?

admin

Sekitar Karpet Merah & Penerima Anugerah CFDA Fashion Awards 2019

admin

Burberry The Olympia Bag

admin

Leave a Comment