FESYEN

Love, Bonito Meraikan Ulang Tahun ke-13 dengan kolaborasi bersama KANOE

Love, Bonito, jenama pakaian wanita omnichannel terkemuka,Asia Tenggara, meraikan ulang tahunnya yang ke-13 dengan memperlihatkan 13 gaya ikonik yang telah membentuk asas jenama tersebut. Bersempena bulan Merdeka, Love, Bonito telah mengambil peluang yang istimewa ini untuk memperingati warisan budaya batik negara dengan bekerjasama dengan jenama batik tempatan yang diasaskan wanita, KANOE, untuk mencipta gabungan gaya kontemporari yang menakjubkan.

Joan Yeoh, Pengarah Negara Love, Bonito (8 dari kiri) dan Noelle Kan, Pengasas KANOE (7 dari kiri) bersama model-model cantik menawan yang memperagakan koleksi Best of the Best Koleksi Best of the Best menampilkan pilihan warna magenta sebagai warna utama yang melambangkan keberanian dan semangat kaum wanita dalam komuniti. Beberapa gaya daripada koleksi ini telah digabungkan dengan potongan batik daripada KANOE. Pilihanensembel daripada koleksi ini akan dipamerkan di 4 outlet utama Love, Bonito: Mid Valley, Sunway Pyramid, One Utama, dan Fahrenheit88 mulai 4 Ogos.

Gabungan fesyen Love, Bonito dan KANOE

Koleksi Best of the Best Koleksi yang menyediakan baju, seluar, skirt, dan pakaian satu keping ini menampilkan siluet menarik dalam Warna Pantone Tahun 2023 – Viva Magenta yang boleh digayakan untuk pelbagai majlis. Gaya yang disediakan telah pun dipakai dan disukai para wanita yang telah membentuk sejarah jenama ini. Wanita-wanita ini termasuk pembekal pakaian kami yang pertama, Xiao Yi, yang telah bekerjasama dengan Love, Bonito sebelum penjenamaan semula kami pada 2010, model katalog pertama kami iaitu Jasmine, dan ramai lagi yang turut berkongsi memori indah bersama kami sempena perkembangan Love, Bonito. Anda boleh mengetahui kisah wanita-wanita ini mulai 31 Julai.


Meraikan kemeriahan dengan Warna Pantone Tahun 2023 – Viva Magenta

“Kami terharu melihat semula arkib fesyen kami sambil meraikan gaya Love, Bonito yang sangat digemari komuniti kami! Seperti fabrik tenunan yang unik dan istimewa, pakaian terlaris kami merupakan hasil sempurna gabungan antara seni dan sains. Dengan memanfaatkan cerapan terperinci daripada data yang dikumpul lebih daripada 10 tahun, 100 atribut reka bentuk, berserta maklum balas daripada komuniti, kami berjaya mencipta pilihan gaya yang paling ikonik untuk wanita Asia,” kata Tingzhi Liu, Naib Presiden Reka Bentuk Pembangunan. Temui & Sambut Kehadirannya Para Regular Flare Pants yang memanjangkan siluet kaki merupakan gaya terkenal Love, Bonito. Potongan yang merampingkan pinggang dengan potongan kembang di bahagian bawah kaki kini dilancarkan dalam warna Magenta dan boleh digayakan dengan baju dan kasut bertona neutral. Kaleni Padded Plunge Maxi Dress merupakan personifikasi yang paling tepat bagi lagu Ariana Grande yang bertajuk “God is a woman”. Potongan leher yang cantik bersama siluet yang feminin menjadikan Kaleni Maxi Dress sebagai pilihan yang tiada tandingan. Untuk penampilan serba moden, Mailea Boat Neck Crop Top dan Mailea Side Pleat Column Skirt merupakan pilihan terbaik yang sesuai untuk pelbagai majlis! Butiran lanjut bagi 13 gaya ikonik Love, Bonito boleh didapati di lampiran.

Kiri ke Kanan: Pvara Regular Flare Pants (Magenta); Kaleni Padded Plunge Maxi Dress (Oat); Mailea Boat Neck Crop Top dan Mailea Side Pleat Column Skirt (Butternut)

Related posts

A to Z Tas Tangan Pilihan 2018

admin

Kate Spade New York Unveiled Fall 2022 Inspired By The Comforts of Home

adminwm

WHERE MEMORIES COME ALIVE

adminwm

Leave a Comment