SANA SINI

Lebih Dekat, Lebih Prihatin: KanWork di Sini @Damansara Specialist Hospital

Setiap langkah dalam perjalanan melawan kanser memerlukan kekuatan yang luar biasa. Atas dasar itulah, KanWork, sebuah badan bukan kerajaan yang menumpukan kepada sokongan pesakit kanser, kini memperluas jangkauannya dengan melaksanakan program “KanWork Di Sini” di Damansara Specialist Hospital (DSH).

“KanWork Di Sini” adalah lebih daripada sekadar program; ia adalah janji sokongan yang berterusan. Melalui inisiatif ini, pesakit, survivor, dan penjaga akan bertemu dengan sukarelawan KanWork di hospital. Sukarelawan ini (survivor/penjaga pesakot kanser) Adalah mereka yang pernah melalui pengalaman serta cabaran kanser. Perkongsian yang ikhlas ini akan menjadi sumber inspirasi dan kekuatan yang tidak ternilai.

Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan sokongan emosi tetapi juga maklumat dan bahan pendidikan yang diperlukan untuk membantu mereka memahami kanser dengan lebih baik.

Sejak 20 tahun yang lalu, KanWork terus komited memberikan sokongan. Dari talian bantuan (1 800 22 8672) hingga sesi kaunseling profesional dan lawatan ke rumah, KanWork terus berkhidmat kepada hampir 450 ahli berdaftar di seluruh Malaysia. Misi kami bukan hanya untuk menyokong mereka yang terkesan, tetapi juga untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pengesanan awal dan membudayakan hidup sihat.

Kami di KanWork percaya bahawa tiada siapa yang harus berjuang sendirian. Rumah KanWork di Damansara Utama sentiasa terbuka untuk jalinan kerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin bersama-sama membantu mereka yang terkesan dengan kanser.

Related posts

HABIB Lancar Kempen “THE ONE THING”

admin

SAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN KOLEKSI TERBARU DISNEY X HABIB: PUTERI MULAN

admin

Ganjaran RM1 Juta Menanti Pembeli-Belah

admin

Leave a Comment