Jurusolek Linda Rossa Memberi Tips Solekan Menjelang Hari Bahagiamu

Berpengalaman lebih 20 dalam bidang dandanan, punya salon sendiri, dan 10 tahun sebagai jurusolek. Rossa Beauty beroperasi di Subang Jaya sambil memberikan khidmatnya di mana-mana sahaja yang memerlukan khidmatnya. 

Sebagai jurusolek  (MUA)  apa yang anda pentingkan pada orang yang bakal disolek?

Bagi saya apa yang disebut undertone/tona warna kulit klien/pelanggan sebab jika silap cara di permulaan solekan, ia akan menyulitkan langkah seterusnya. Bagi seorang jurusolek profesional dan jurudandan, masalah ini dapat diatasi dengan beberapa cara tetapi bagi yang tidak dapat memahami dengan lebih mendalam, ini akan menyebabkan muka klein akan nampak kelabu asap/ tepung gomak.

Anda diberi tugas menyolek pada hari pertunangan seorang gadis. Solekan yang bagaimana yang anda tawarkan kepadanya?

Kebiasaannya, terlebih dahulu saya akan bertanya tentang tema majlis pertunangan itu. Kedua, memahami ‘undertone’ kulit klien supaya saya dapat memberi cadangan warna-warna pembayang mata (eyeshadow) dan gincu yang bersesuaian dengan tema yang direncanakan. Ketiga, lokasi yakni di mana majlis itu akan diadakan. Ini kerana lokasi juga boleh memberi impak kepada solekan dan dandanan. Lokasi juga termasuk ‘indoor’ atau ‘outdoor wedding’, dan masa (pagi, tengahari, petang atau malam).

Bagaimana anda dapat memastikan solekan itu boleh bertahan lama dan nampak cantik di pentas juga di dalam gambar?

Ya, kembali kepada perkara asas, yakni memahami kulit setiap klein sama ada normal, berminyak, kering, ‘dehydrated’ atau kombinasi.

Memahami produk yang digunakan juga satu perkara penting bagi seorang jurusolek. Ini termasuk produk demikian berasaskan apa,  adakah ia berasaskan air, minyak, silikon, wax/lilin atau bercampur?

Kembali kepada lokasi tadi ‘indoor’ atau ‘outdoor wedding’ kerana lokasi juga merangkumi geologi lokasi itu sendiri. Sebagai contoh adakah diadakan di tanah tinggi, tepi pantai, perkampungan, tengah bandar dan banyak lagi.

Pencahayaan pula maksudnya, ‘spotlight’ atau lampu yang diguna pakai (indoor wedding) dan warna ‘spotlight’ itu sendiri, (kuning atau putih).

Bagaimana sepatutnya dan sebaiknya solekan untuk majlis pertunangan?

Pandangan peribadi saya ya, untuk majlis bertunang, saya lebih suka solekan yang nipis (untuk pelanggan yang tidak ada masalah kulit seperti jerawat, tona kulit muka yang tidak sekata, parut atau birthmark/tattoo). Nipis tidak bermaksud ‘bare skin’ atau hanya memakai ‘tinted foundation’, ia kurang pada segi contouring tetapi lebih kepada shading technique.

Adakah solekan masa pertunangan akan berbeza dengan solek pernikahan misalnya. Dan mengapa dibezakan?

Memang berbeza tetapi bergantiung kepada permintaan pelanggan itu sendiri. Majlis pernikahan selalunya akan berlangsung di dewan atau masjid. Jadinya, teknik ‘contouring’ diperlukan dalam solekan supaya nampak lebih jelas atau menonjol bentuk wajah pengantin. Lagipin majlis pernikahan adalah upacara yang penting bagi setiap perkahwinan, dia kena nampak cantik dan berseri di saat itu.

Pada yang belum kenal MUA, bagaimana caranya mereka membuat pilihan untuk solekan perkahwinannya?

Banyak platform sekarang ini dan untuk mencari MUA mudah sebenarnya. Ramai di instagram, Facebook dan terkini di Tik Tok.

Pemilihan yang pertama ialah bajet klien itu sendiri. Kedua, melalui perbincangan klein dengan MUA untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kepakaran jurusolek itu sendiri. Ketiga, melalui sosial media MUA, klien boleh melihat hasil-hasil kerja MUA sebelum hari kejadiaan yang sebenar, kerana di situ nanti klien boleh meneruskan atau mencari MUA yang lain seandainya MUA tadi tidak mencapai kehendak klien. 

Dan yang teramat penting, kebersihan peralatan (tools) yang MUA itu pakai, pastikan kebersihannya.  Berus makeup MUA wajib bersih sebelum digunakan ke klien bagi mengelakkan masalah jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kulit klien terkena ‘infections’ selepas perkhidmatan makeup.

Some tips on how to select your wedding makeup look?

  1. Pastikan temanya
  2. Lokasi majlis (‘indoor’ atau ‘outdoor’)
  3. Masa, pagi, tengahari, petang atau malam.
  4. Pakaian. Tradisional, moden, Barat, Arabian, Bollywood, Jawanese dan banyak lagi.
  5. Warna tema perkahwinan itu sendiri.

Tips kecantikan yang bakal pengantin boleh rancang bagi sesi solekan dan dandanannya.

  1. Potong rambut sebelum majlis supaya ia nampak lebih ‘natural’ untuk perempuan (seandainya anda tidak bertudung). Dan seminggu untuk lelaki
  2. Facial waxing dibuat seminggu sebelum majlis dan penting sangat jangan abaikan rutin penjagaan untuk seminggu itu sehinggalah tiba harinya. Jangan ambil mudah dan malas menjaga muka sendiri.
  3. Minum air putih yang mencukupi, kurangkan gula, rehat yang cukup terutama waktu tidur dan senaman ringkas.
  4. Yang penting (pandangan peribadi sayalah) bakal pengantin perempuan haruslah memakai eye liner setiap hari supaya mata terbiasa dan mata tidak berair bila disolek nanti.

Pakej Rossa Talip Eternal Beauty (Tel 016 4443005)

Majlis bertunang RM500 makeup sahaja dan RM700 termasuk rambut

Majlis akad nikah RM700 makeup dan RM1000 termasuk rambut/pemakaian tudung

Majlis resepsi antara RM1000 – RM1200 dan 1200 hingga RM1500 termasuk dandanan/tudung

Alat solek yang digunakan Note Cosmetics (himpunan lengkap disebabkan ia mempunyai sijil halal).

Juga RMCA (foundation), Ben Nye, Laura Mercier (loose powder), Dior (eyeshadow dan lipstick), Bobby Brown, Chanel (lipstick)

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya
47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwm.com

FOLLOW US ON