SANA-SINI

Kempen #SamaSamaStop Merokok:

Johnson & Johnson bekerjasama dengan mQuit Services sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia untuk membantu 25,000 perokok di Malaysia

Mesej oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia:

Selaras dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri Khairy Jamaluddin untuk membentangkan Draf Rang Undang-undang Merokok, Kementerian Kesihatan kini dalam persediaan untuk memperkasakan semua aktiviti ke arah mempertingkatkan program Kawalan Tembakau yang sedia ada.

Rokok dan juga vape telah terbukti menyebabkan implikasi kesihatan dan memberi beban kepada sistem penjagaan kesihatan. Dianggarkan 3.2 bilion dibelanjakan untuk merawat hanya tiga penyakit termasuk kanser, COAD dan penyakit kardiovaskular1. Selain itu, trend baharu vape juga membimbangkan kami di mana kesan kesihatan baharu akibat EVALI (Electronic Vape Associated Lung Injury) terbukti menambah kos rawatan kesihatan.

Implikasi kesihatan pastinya akan memberi impak kepada produktiviti di mana kajian menunjukkan kehilangan produktiviti dianggarkan bernilai RM 275.3 bilion2. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, dianggarkan terdapat kira-kira 4.7 juta orang perokok di Malaysia. Oleh itu, selaras dengan pengumuman dan komitmen yang dibuat oleh Menteri untuk membentangkan rang undang-undang tembakau, saya menggesa semua perokok untuk berhenti merokok atau menghisap rokok vape bagi mengelakkan lebih banyak implikasi kesihatan. Untuk menyokong usaha ini, MOH telah bekerjasama dengan para Profesional Kesihatan, NGO dan syarikat swasta untuk menyusun program berstruktur iaitu mQuit Services.

Program mQuit Services melibatkan beberapa rakan kongsi, termasuk penyedia penjagaan kesihatan, ahli akademik, serta syarikat seperti Johnson & Johnson Malaysia. Sejak penubuhan mQuit Services pada 2015, kami berbesar hati dengan sokongan dan komitmen berterusan yang diberikan oleh Johnson & Johnson Malaysia dalam program perkongsian awam-swasta nasional yang penting ini. Kekurangan akses kepada perkhidmatan berhenti merokok adalah antara halangan utama yang menyebabkan perokok gagal untuk meninggalkan tabiat merokok mereka.

Program mQuit Services diwujudkan untuk menambah baik infrastruktur perkhidmatan berhenti merokok dan kebolehcapaiannya di negara ini. Beberapa sokongan yang diberikan oleh mQuit Services termasuk membantu perokok dalam rancangan mereka untuk berhenti merokok dengan menyediakan sumber dan nasihat yang betul dalam perjalanan mereka, serta menawarkan sesi rundingan dengan pakar perubatan. Sesi ini membolehkan perokok memiliki peluang yang lebih tinggi dalam merancang untuk berhenti merokok dengan jayanya. Sekali lagi, saya amat menggalakkan perokok untuk menjadi sebahagian daripada program mQuit Servives – maklumat lanjut boleh didapati di www.jomquit.com

Mesej daripada ahli pengamal farmasi: Yong Wen Mei

Merokok merupakan penyebab terbesar penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kematian yang boleh dicegah. Merokok juga merupakan salah satu faktor risiko yang paling biasa bagi empat kumpulan NCD utama: penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit paru-paru kronik dan diabetes. Kami faham bahawa usaha untuk berhenti merokok adalah sangat sukar kerana perokok mungkin menghadapi halangan yang berbeza sepanjang perjalanan mereka untuk berhenti. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk bersedia menghadapi cabaran yang menanti dan mengetahui cara untuk mengatasinya.

Mempunyai sokongan dan sumber yang betul adalah penting kerana ia membantu perokok mengurus salah satu resolusi paling sukar dalam hidup mereka. Mereka sentiasa boleh mendapatkan nasihat daripada ahli farmasi yang bertauliah dalam menyediakan perkhidmatan berhenti merokok. Penilaian akan dibuat berdasarkan tabiat merokok individu sebelum kami mengesyorkan produk yang sesuai untuk mereka.

Related posts

Koleksi Baru Wardrobe

admin

JD.com’s Omni Channel Business Model Using JD.com Technologies

adminwm

Majlis Silaturahim Mengeratkan Hubungann

adminwm

Leave a Comment