AGAMA

Islam Menggalakkan Umatnya Melancong

people traveling in groups

Surah Al-Mulk ayat 15 baca dan hayati maksudnya:

Surah Al-Mulk ayat 15 baca dan hayati maksudnya

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.

Daripada ayat ini saja jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang yang perlu diterokai oleh sekalian manusia

globe

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelosok dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan “berjalanlah” atau “mengembaralah” di muka bumi.

Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi.

Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan. Ada banyak perkara yang Allah suruh kita tengok di muka bumi ini. Bukanlah sekadar tengok dengan mata kepala saja, tetapi pandanglah dengan mata hati.

Aurora-gif

Setiap ciptaanNya pasti ada kegunaan. Setiap yang kita lalui dan temui juga pasti ada hikmah. Yang paling Allah mahu kita tengok ialah kesan tinggalan orang-orang terdahulu yang musyrik, iaitu apa yang berlaku kepada mereka yang bongkak, sombong, dan mendustakanNya.

Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Ada yang mahu Allah beritahu melalui setiap perkara yang dijadikan olehNya.Tidak semestinya bila melancong ia memerlukan kos yang tinggi. Tuhan tidak pernah kata mengembara hanyalah untuk orang yang ada banyak duit.

IRujuk kisah pengembaraan ilmu ulama zaman silam, malah zaman sekarang. Berkelana jauh meninggalkan keluarga tanpa wang yang banyak, kerana mahu jadi hamba Allah yang lebih baik. Pengembaraan yang bernilai tinggi hanyalah yang dilakukan demi Allah. Semakin banyak tempat dijejaki, semakin tunduk kita kepada kekuasaanNya. Semakin

banyak pengalaman dilalui, semakin rendah rasa diri. Semakin banyak dipelajari, semakin bodoh dirasakan.

Kitab-kitab Islam terdahulu mencatatkan kembara para ilmuwan dalam usaha menuntut ilmu. Setiap ilmuwan pasti ada catatan mengenai kembara mereka. Kembara juga melonjak nama mereka dalam bidang ilmu.

Untuk itu, di bawah ada lapan lagi ayat Al-Quran yang menggalakkan manusia untuk mengembara dan berkelana ke seluruh dunia:

Surah Muhammad Ayat 10:

Surah Muhammad Ayat 10

Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.

Surah Luqman Ayat 31:

Surah Luqman Ayat 31

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

Surah Yusuf Ayat 109:

Surah Yusuf Ayat 109

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki daripada penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

Surah Ar-Rum Ayat 42:

Surah Ar-Rum Ayat 42

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.

Surah Ali ‘Imran Ayat 137:

Surah Ali 'Imran Ayat 137:

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).

Surah Ar-Rum Ayat 9:

Surah Ar-Rum Ayat 9:

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu daripada mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Surah An-Naml Ayat 69:

Surah An-Naml Ayat 69

Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu.

Surah Al-An’aam Ayat 11:

Surah Al-An'aam Ayat 11

Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul) itu.

Dan sebelum kita akhiri, nak tahu apa lagi satu kelebihan mengembara?

Doa orang yang mengembara ni mustajab. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibubapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dll. Bertaraf sahih).

Related posts

HIKMAH PUASA

admin

KHATAMKAN QURAN DI BULAN RAMADAN MESKIPUN SEKALI

adminwm

Digaji Tetapi Menyerahkan Tugas Kepada Orang Lain

adminwm

Leave a Comment