FESYEN

India menjadi Hub Fesyen Dunia?

Adakah India bakal bergelar hub fesyen besar dan ekonomi dunia? Persoalan ini berlegar legar di kepala saya tatkala membaca artikel bilamana Galeries Lafayette gedung  membeli-belah terkenal bakal membuka gedung di luar Perancis, lantaran India sebagai lokasi pilihan. Mengapa India? 

Melihat perkembangan ekonomi dan fesyen di India, saya meramalkan India bakal menjadi negara penting untuk industri ini.

Jika di Malaysia pereka kita masih terkapai-kapai mencari identiti sendiri, ada antaranya hanya glamor semata-mata, di India mereka sudah bersedia menakluk pasaran fesyen global.

Manish Malhotra misalnya, bersedia membuka rumah fesyen pertamanya di Dubai September ini. Terkenal di India sebagai pembuat sari dan helaian tradisional India, pereka ini juga menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Ed Westwick. Begitu juga SabyaSachi yang telah membuka pintunya di New York. Tidak terhad kepada helaian tradisional, pereka ini juga berani mengeluarkan aksesori seperti barang kemas khas buat pelanggan setia. SabyaSachi juga pernah mengeluarkan koleksi edisi terhad bersama H&M dan khabarnya koleksi ini habis terjual dalam masa yang singkat.

Pereka India juga sudah mula berani membuka pintu rumah fesyen mereka untuk pelanggan Haute  Couture. Rahul Mishra dan Gaurav Gupta antara pereka India yang menyertai Minggu Fesyen Couture di Paris. Terkenal dengan jahitan manik dan labuci yang halus, helaian fantasi pereka India ini menjadi pilihan Beyonce, Gigi Hadid dan Zendaya.

Terkenal sebagai pengeluar tekstil, turut digelar King Of Cotton, India merupakan negara yang penting dalam penghasilan fabrik buat industri fesyen global. Dikatakan pengeksport penting tekstil selepas China, India juga dilihat bersedia menakluk industri ini kerana mereka memiliki tenaga kerja yang cukup pada masa akan datang.

Terima kasih kepada keluarga Ambani antara individu yang penting di India di dalam industri fesyen. Baru sahaja membuka fesyen exhibition di India, Nita Mukesh Ambani Cultural Centre (NMACC) pameran ini bertujuan mengangkat dan memperlihatkan seni dan budaya India terhadap industri fesyen global. Ambani juga dikatakan memiliki separuh daripada industri fesyen di India.

Sekolah fesyen di India, Chanakya School misalnya menjadi terkenal kerana menjadi pilihan Maria Grazia Chiuri pengarah kreatif Dior untuk berkolaborasi bagi koleksi musim luruh dan haute couture. Chanakya dilihat mengambil peranan penting dalam menghasilkan fabrik yang hebat buat koleksi Dior selain turut terbabit menjadi pereka set pentas koleksi berkenaan.

Melihat kepada perkembangan ini, industri fesyen di Malaysia sebenarnya harus mengambil inspirasi agar kita mampu berdaya saing dan menawan industri fesyen global. Sampai bila mahu menjadi jaguh kampung? Penting sekali peranan anda yang terbabit dalam industri ini, dan kerajaan juga seharusnya melihat ia penting agar fesyen tempatan terus berkembang dan maju ke hadapan.

Related posts

Selipar Merah Jambu Monogram LV: The Epitome of Luxury

admin

MAJE Fall/Winter 2022 Collection

adminwm

Gaun Warna Terang Menyerlah di Awards 2019

admin

Leave a Comment