COVER STORY

Fariz Jamaluddin

FORGET THE PAST, NEVER FORGET YOUR DREAMS

“Hidup, ada yang baik mahu pun meninggalkan memori pedih. Lalu yang terbaik gugurkan kenangan pilu itu. Lalui hidup sebaiknya. Penting belajar untuk menghargai diri sendiri, kalau bukan kita yang nak sayangkan diri sendiri, siapa lagi?”

Duduk di hadapan saya di Citrus Cafe and Restaurant, Bangsar, petang itu ialah Fariz Jamaluddin bersama teman zaman persekolahan, Fairin dan isterinya Jantra Naqiah. “Kami dah order, aunty orderlah.”

Something light,” jawab saya. Lalu seperti selalunya kacang kuda rebus bersalut keju dan salad menjadi pilihan saya di sini.   

Saya perhatikan Fariz tidak banyak bercerita, mendengar sahaja perbualan kami. “Macam banyak sangat yang you fikirkan,” saya mula mengajaknya bercerita. “Fariz ni duda, dua anak, dua-dua dalam jagaannya,” temannya pula yang tolong menjawab soalan saya.

Aunty, anaknya dua-dua cantik, so cute, rambut panjang keriting…” 

Sebut anak, wajah Fariz menjadi ceria. Itulah penghibur hidupnya sejak dia dan isteri berpisah enam tahun lalu. “Dua-dua masih kecil waktu itu, yang bongsu cuma beberapa bulan usianya,” cerita Fariz. “Tetapi saya tidak mahu anak saya membesar tanpa ayah mereka di sisi dan saya mahu membela mereka dengan cara saya sendiri. Saya mahu mereka membesar di hadapan mata.

Ya, saya tidak mahu menghimpit perasaan dengan kenangan silam yang kurang menyenangkan. Saya lalui dengan tabah dan sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan hidup termasuk kerjaya. Anak-anak juga tidak boleh dibebankan dengan masalah ibu bapa. Mereka terlalu kecil untuk memahami erti perceraian dan pengorbanan. Saya mahu yang terbaik untuk mereka berdua. Saya yakin Allah punya rencana untuk saya. ’Kamu sudah tepat berada di mana Dia menginginkan kamu sekarang.’ Kemudian Allah berkata lagi, “Jangan putus asa dan jangan pernah putus harapan kerana Aku selalu berada di sisimu.” Fariz menyambung, “Dunia ini ibarat bayangan. Jika kamu berusaha menangkapnya, dia akan lari. Tetapi jika kamu membelakanginya, maka dia tidak punya pilihan selain untuk mengikutinya, – saya petik daripada kata hikmah Ibnu Qayyim.”

“Betul, satu ketika saya tunggu juga ibunya kembali kepada saya, tetapi kemudian saya sedar, jodoh sudah berakhir dan tidak perlu difikirkan lagi. Anak-anak pun sudah menerima hakikat ibu dan ayah tidak perlu hidup bersama untuk bahagia. Ibu mereka pun tidak mengabaikan kasih sayang terhadap anak-anaknya, bergilir di rumah mama mereka dan di rumah saya. Ibu dan abang saya pula tinggal bersama. Mereka juga memberikan kasih sayang tidak berbelah bagi. “Saya rasa Puteri Adelia Mikayla ,9, Puteri Ayra Mikayla, 6, tidak ada masalah, di sana mahu pun di sini, they seem to be very happy.”

As human beings, we all have a past where we have some good or bad memories. But the best one can do is to release the past, stick to the present and have a good plan for the future.

“Impian saya besar, paling utama membahagiakan ibu, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Saya mesti lepaskan memori pedih dan membuka seluasnya ruang untuk hari depan. Saya ada bisnes, Alhamdulilah walau semakin mencabar dunia perniagaan saya ini, semakin saya rasakan keseronokan mengendalikannya. 

Saya buat bermacam-macam sebelum ini tetapi pada waktu sama, kerana sejak berumur lapan tahun saya juga menjadi ‘perniaga kecil jual baju Melayu di bulan Ramadan’ khasnya bersama ayah saudara. Lalu saya gunakan pengalaman dan kesukaan saya kepada fesyen bagi meluaskan perniagaan baju Melayu khasnya. Sebagai bangsa Melayu, lebih baik jika kita mengenakan pakaian tradisional bangsa kita sendiri iaitu baju Melayu terutama pada perayaan Aidilfitri. Biar apa pun alasan, mengapa kita perlu memakai pakaian tradisional bangsa lain di pagi Raya dan bukan pakaian tradisional bangsa kita? Jika kita sendiri tidak pakai, siapa lagi nak pakai?

Maka jenama Juragan diperluaskan. Juragan menawarkan set persalinan lengkap untuk lelaki seperti baju Melayu dewasa, baju Melayu slim fit, kurta, baju Melayu moden klasik (pesak) selain busana untuk bayi dan kanak-kanak lelaki. Juragan menyediakan kelengkapan lelaki bagi tujuan pernikahan, persandingan dan Hari Raya. Juragan adalah syarikat berdaftar dengan MOF dan menyediakan permintaan secara pukal seperti baju T, kemeja dan jaket korporat (cerita tentang Juragan disambung bulan hadapan).

Masa tidak mengizinkan kami bersantai lama di situ, azan Asar sayup-sayup kedengaran dari masjid Abu Bakar yang berdekatan, sementara Fariz juga harus bergegas mengambil anaknya di kelas tuisyen.

Fariz, 36, juga perunding takaful dan sebelum berniaga Juragan dia pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan selama 15 tahun. Cukup dengan pengalaman melihat dunia, saya membuat keputusan berhenti dan memberikan seratus peratus fokas terhadap Juragan Sdn Bhd.

Dua minggu selepas pertemuan itu, kami bertemu lagi. Kali ini di kediamannya. MasyaAllah di antara rumah teres setingkat di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur, tersergam indah rumah dua tingkat. Sebelum dijemput masuk, di porch, saya sempat menoleh kepada sebuah kereta mewah dan empat motosikal kuasa besar.

Melangkah masuk, terpegun dengan salutan mewah wainscoting dan diamond mirror berukir ayat-ayat suci sementara pada satu lagi sudut ruang dinding tamu ialah hiasan diamond mirror peta dunia, mungkin sebagai kenangannya bertugas di syarikat penerbangan dan berkesempatan kembara melihat keagungan Allah Yang Maha Kuasa. Kemas lagi cantik hiasan dalam dengan lantai marmar putih berkilat. 

“Cantik rumah.” 

“Masa tengah renovate terjadi PKP, dan siap sepenuhnya sebaik selepas itu,” cerita Fariz yang sudah sedia untuk disolek. Dan sebagai model kepada baju-baju Juragannya, dia tidak kekok memberikan wajah dan rambut panjangnya dirapi oleh Linda Rossa yang ditugaskan hari itu. Rossa juga mengambil alih sebagai penata gaya dan pengarah seni.

Tidak mahu menganggu Fariz di hadapan kamera, saya sambung cerita dengan Question & Answer bersama Fariz.

Siapa Fariz?

Saya seorang yang simple, dan sentiasa mahu belajar yang baru dan kalau fasal anak-anak, saya kalah, he he. Saya berikan nyawa saya kepada mereka… apa sahaja demi keselesaan dan kebahagiaan. Mungkin sebab itu kot saya memilih untuk membujang supaya lebih banyak masa boleh dihabiskan dengan mereka. Saya juga mudah bergaul dengan semua orang, letaklah saya di mana, saya selesa dengan siapa sahaja. Tetapi jikalau saya rasa kurang sedap berada di dalam kumpulan tersebut, saya perlahan-lahan keluar. Itu yang terbaik. Saya seorang yang lebih senang mendengar kerana lebih baik mendengar daripada bicara yang tidak perlu.

Betul Fariz, diam itu emas. Kerana dalam diam, kita juga bisa mendapatkan hal positif.

Pandangan Fariz tentang gaya?

Gaya adalah sesuatu yang peribadi. Jika rasa cukup yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat itu dan bereksperimentasi lah dengan fesyen.

Pada pandangan saya, tiada siapa yang sepatutnya memberitahu tentang bagaimana untuk berpakaian. Setiap kita punya gaya tersendiri. Pakaian perlu sesuai dengan potongan badan, gaya, imej serta personaliti secara keseluruhan. Bukan mahal atau murah sesuatu pakaian yang menjadi aspek utama dalam penampilan seharian saya. Saya amat selesa dengan penampilan simple dan mudah kala bersiap.

Antara yang kurang Fariz senangi tentang bergaya?

Oh, kini seolah macam trend di negara kita, orang memakai selipar berstokin. Gaya ini paling saya tidak gemar.

Bagaimana gaya Fariz ketika menghadiri majlis-majlis tertentu?

Untuk penampilan sesuatu acara saya selalu menitikberatkan konsep yang dipilih oleh pihak penganjur. Untuk penampilan Hari Raya mahupun menghadiri Majlis Perkahwinan yang tanpa catatan ‘Pakaian’ saya pilih baju Melayu lengkap sampin, bersongkok, itu yang terbaik. Dan ada ketika saya pilih kurta terutama ke majlis-majlis agama, tahlil, doa selamat dan seumpama dengannya.

Untuk makan malam sosial, saya lebih selesa gaya kasual yang simple. Sementara bila ke pejabat, ke butik, saya akan mengenakan ‘smart casual’ seperti jeans, T shirt mahupun kemeja. Untuk ke pasaraya, saya hanya memilih yang paling ringkas. Dan bila saya ke majlis formal saya akan mengenakan suit atau kemeja batik long sleeves

Yang anda rasa kejayaan terbesar setakat ini?

Saya mesti sebut yang ini. Pada 8 March 2022 pembukaan butik Juragan di Wangsa Maju. “This is so far my biggest achievement. Kami juga menjadi pembekal dan ‘trading’ bagi jualan pukal (wholesale) bagi shirts, stationery, etc under government sectors. Juragan is listed as a MOF (Ministers of Finances) joint and open tender and collaboration

Oleh Wirda Adnan
Gambar Mohammad Irham Asrullizam

Solekan/Dandanan
Rossa Talip menggunakan alat solek Note Cosmetique, Turki

Penyelaras
Jantra Naqiah

Penyunting Gambar/Pengarah Seni
Rossa Talip

Related posts

Jantra Loves Fashion – “I Got It From Mama and Opah”

Wirda Adnan

Yan Lim “Social Media Has Made It Possible For Everyone”

admin

OVEREXPOSED! Datin Sri Nur Shahida Spoke Straight From Her Heart – With An Honesty So Rare…

admin

Leave a Comment