“Saya menubuhkan Bare Skin kerana kurangnya kesedaran betapa besarnya potensi rawatan muka ‘facial’ dari segi penjagaan kulit. Antara salah tanggapan umum mengenai rawatan muka adalah penyelesaian yang cepat dalam menangani masalah kulit. Namun jika anda menghadapi masalah seperti jerawat atau tompok untuk sesuatu tempuh yang agak lama, satu sesi rawatan kulit tidak akan menyelesaikan masalah secara kekal. Saya hendak menekankan kepentingan konsistensi dan pemperibadian dalam mencapai kesihatan kulit yang berkekalan dengan menyediakan penyelesaian yang berkesan dan mampu milik. Juga tentang keperluan untuk anda sebagai pelanggan. Kami mahu memperkasakan mereka untuk mencintai kulit, sepanjang hari, setiap hari, “ Ena Cesir, Pengasas Bare Skin Facial + Laser Bar.
Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan kerjaya anda? Adakah industri kecantikan sentiasa menjadi minat utama Ena?
Kerjaya saya bermula dalam industri penjagaan kesihatan, di mana saya menghabiskan lebih daripada 15 tahun dalam bidang ini. Boleh saya katakan bahawa penjagaan kesihatan (membantu orang) adalah minat pertama saya, yang kemudian berkembang menjadi minat dalam industri kecantikan. Ia masih membolehkan saya membantu orang, tetapi dalam cara yang berbeza – membantu mereka agar lebih yakin dengan diri sendiri dan menyedari potensi kulit serta tubuh mereka.
Apakah yang menginspirasi nama "Bare Skin" dan bagaimana anda mendekati strategi penjenamaan?

Saya mahu nama jenama ini mencerminkan nilai yang kami pegang, iaitu keselesaan dan keyakinan dengan kulit sendiri, terutamanya dalam era media sosial di mana kita sering terdedah kepada gambar yang telah ditapis secara berlebihan. Kita tidak boleh membawa penapis ke dunia nyata, tetapi kita membawa kulit kita ke mana-mana setiap hari. Oleh itu, berasa selesa dengan kulit sendiri adalah keutamaan kerana ia memberi kesan besar kepada bagaimana kita melihat diri sendiri dan bagaimana orang lain melihat kita. Tidak ada yang dapat menandingi keyakinan yang datang daripada keselesaan dalam kulit sendiri.
Apakah dorongan utama di sebalik penciptaan Bare Skin Facial + Laser Bar?
Bare Skin lahir daripada keinginan untuk menyediakan rawatan premium dan peribadi yang berubah mengikut keperluan kulit pada harga yang berpatutan. Ini membolehkan semua orang memperbaiki keadaan kulit mereka tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi atau membeli pakej yang banyak.
Apakah keunikan atau inovasi yang membezakan Bare Skin daripada pesaing dalam industri kecantikan?
Bare Skin adalah penyedia perkhidmatan kecantikan pertama di dunia yang menggunakan pengimbas kulit AI yang disesuaikan sepenuhnya dalam cadangan dan pemilihan rawatan. Imbasan AI dilakukan pada setiap lawatan, dan rawatan disesuaikan mengikut keadaan kulit semasa. Ini membolehkan kami sentiasa memberikan apa yang diperlukan oleh kulit tanpa mengikat pelanggan kepada pakej perkhidmatan tunggal yang mungkin tidak selalu bermanfaat. Kami menekankan kebebasan – kebebasan memilih dalam pakej penjagaan kulit, kebebasan berkongsi pakej dengan keluarga/rakan, kebebasan menggunakan perkhidmatan di mana-mana cawangan kami, dan banyak lagi.

Di manakah anda melihat jenama ini berkembang pada masa hadapan? Apakah matlamat jangka panjang anda?
Kami pasti produk ini akan terus berkembang. Dalam tempoh kurang dari 18 bulan, kami telah membuka empat cawangan dan akan ada bertambah lagi. Kami sentiasa mendengar maklum balas pelanggan dan berusaha memperbaiki tawaran semasa, mencipta yang baharu, serta meneroka pembangunan produk penjagaan kulit dan penyelesaian berasaskan AI.
Pada pandangan anda, apakah yang mendefinisikan kecantikan sebenar dalam seorang wanita?
Kecantikan sejati datang daripada sifat dalaman seperti nilai jenama kami – kebaikan, belas kasihan, dan keyakinan. Apabila sifat ini digabungkan dengan aspek luaran seperti kulit yang bersih, senyuman yang tidak dipaksa, dan rambut yang terjaga, ia membolehkan kita menyerlah sepenuhnya.
Berapa lama seseorang perlu menggunakan produk penjagaan kulit secara konsisten sebelum menentukan keberkesanannya?

Setiap produk memerlukan tempoh penggunaan yang berbeza untuk menunjukkan hasil yang ketara. Ia bergantung pada bahan aktif dalam produk dan keadaan kulit yang menerima rawatan. Namun, keberkesanan sesuatu produk tidak boleh dinilai sebelum mencapai tempoh penggunaan selama tiga bulan secara konsisten.
Mengapa anda percaya bahawa rutin penjagaan kulit yang baik adalah penting untuk semua orang?
Kita sering lupa bahawa kulit adalah organ terbesar dalam badan kita dan memerlukan penjagaan yang baik. Tanpa rutin penjagaan kulit yang betul, kita berisiko mengalami kerosakan akibat sinaran matahari, penuaan pramatang, liang pori yang membesar, jerawat, dan pelbagai masalah lain bergantung pada genetik, gaya hidup, serta pendedahan kepada matahari. Rutin penjagaan kulit yang baik boleh menjadi sekutu terbaik kita dalam mencegah masalah ini dan memastikan kulit yang lebih sihat serta awet muda.
Adakah mengekalkan rutin penjagaan kulit sama pentingnya apabila bekerja dari rumah, dan mengapa?
Ya, penjagaan kulit harus konsisten tanpa mengira sama ada kita bekerja dari rumah atau di pejabat. Kulit sentiasa terdedah kepada faktor persekitaran seperti cahaya biru dari skrin dan penyaman udara, yang boleh menyebabkan dehidrasi, penuaan pramatang, dan iritasi. Rutin penjagaan kulit yang seimbang boleh membantu melindungi kulit daripada tekanan ini, memastikan penghidratan yang mencukupi, dan mengekalkan seri semula jadi. Ia tentang membentuk tabiat yang menyokong kesihatan kulit dalam jangka panjang, tanpa mengira persekitaran kerja kita.

Apakah cabaran terbesar untuk berjaya dalam industri kecantikan, dan bagaimana anda mengatasinya?
Cabaran terbesar kami adalah mendidik pelanggan mengenai rawatan peribadi dan penggunaan AI dalam imbasan kulit kerana kami adalah yang pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menawarkannya. Kami telah banyak melabur dalam penciptaan video media sosial yang menarik dan mendidik, yang membantu memperkenalkan rawatan wajah peribadi berasaskan AI kepada orang ramai serta menjelaskan manfaatnya