GAYA HIDUPSANA-SINI

Bigo Live Malaysia Lancar ‘Tilawah Bersama Bigo’

Bigo Live, platform peneraju global dalam penstriman secara langsung hari ini melancarkan ‘Tilawah Bersama Bigo’, sebuah pertandingan tilawah Al-Quran dan kempen kutipan derma untuk menyokong COVID Emergency Appeal Food Aid anjuran Islamic Relief Malaysia. ‘Tilawah Bersama Bigo’ adalah sebahagian daripada usaha Bigo Live

yang lebih meluas di Malaysia untuk membantu rakyat meraikan Aidilfitri di samping menyumbang semula kepada komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ini.

Pertandingan selama satu minggu ini akan disiarkan secara langsung di aplikasi Bigo Live (BIGO ID: MY.Eventroom) di mana pusingan-pusingan permulaan akan diadakan dari 24 Mei hingga 28 Mei dari 8:30pm – 12am MYT dan pusingan akhir diadakan dari 29 Mei hingga 30 Mei dari 9pm – 10pm MYT. Bigo Live akan bekerjasama dengan seorang influencer dari Malaysia iaitu Farhatul Fairuzah, yang merupakan seorang penyiar Bigo Live dan pemenang Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019. Beliau akan menyertai pusingan akhir pertandingan tersebut sebagai pengadil.

“COVID-19 telah menjejaskan sambutan Aidilfitri buat umat Islam di Malaysia. Oleh itu, pertandingan ini memberi peluang kepada kita untuk memupuk keakraban dan menyatukan kita semua dalam keadaan semasa yang mencabar ini. Aidilfitri adalah masa untuk mengeratkan ikatan dan Bigo Live bukan sahaja membantu kita mencapai tujuan ini, tetapi juga membolehkan kita mengumpul dana untuk tujuan yang murni. Saya menggalakkan saudara-saudara seIslam dan seluruh rakyat Malaysia meluangkan masa untuk menyertai acara ini dan menyumbang kepada usaha yang memanfaatkan golongan yang memerlukan,” kata Farhatul Fairuzah.

Pendaftaran kini dibuka, dan sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan mendaftar melalui pautan ini. Peserta-peserta yang disenarai pendek berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai bernilai antara RM1,000 hingga RM3,000 di pusingan akhir.

Sepanjang pertandingan secara langsung tersebut, para penonton akan dapat mengundi peserta kegemaran mereka dengan menggunakan tiket undian percuma dan pemberian hadiah secara maya. Semua sumbangan yang diterima melalui pertandingan tersebut akan didermakan kepada COVID Emergency Appeal Food Aid oleh Islamic Relief Malaysia yang akan membantu warga Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta kawalan pergerakan yang dilaksanakan. Selain itu, Bigo Live juga berikrar akan menyumbang RM4,000 kepada Islamic Relief Malaysia.

“Islamic Relief Malaysia gembira untuk bekerjasama dengan Bigo Live dalam kempen ini. Semasa bulan Ramadan, setiap Muslim diwajibkan untuk membayar zakat fitrah untuk diagihkan kepada fakir miskin. Zakat melambangkan keadilan sosial dalam undang-undang Islam dan bersesuaian dengan semangat ini, kami berharap agar saudara seIslam dan seluruh rakyat Malaysia akan mempertimbangkan untuk memberi sumbangan tambahan pada tahun ini untuk membantu keluarga-keluarga yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan dalam pandemik COVID-19. Bigo Live telah membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan dan mempamerkan sifat murah hati melalui platform penstriman secara langsung mereka – bukan sekadar untuk hiburan, tetapi juga menggunakan kandungan dalam talian untuk tujuan yang baik,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Relief Malaysia.

Related posts

Vivo reveals latest V21 series

admin

Fasa Kedua InterContinental Khao Yai Resort Menampilkan Kereta Api Guna Semula

adminwm

Luar biasa! Adakah Ini impian Hari Jadi Anda?

admin

Leave a Comment