COVER STORY

‘A WOMAN WHO BUILDS INSTITUTIONS, NOT JUST STORIES’

“Pendidikan bukan keistimewaan yang perlu dipertahankan, tetapi hak yang wajib disampaikan.”

Daripada keputusan di bilik lembaga hingga impaknya di bilik darjah, Tina Tajuddin mewakili wajah kepimpinan baharu—di mana perniagaan dipandu oleh tujuan, dan kejayaan diukur melalui sumbangan. Sebagai perintis dalam perniagaan pendidikan, beliau bukan sekadar membina institusi, tetapi membentuk masa depan.

Bagi Tina, pendidikan bukan amal, dan bukan juga satu keistimewaan. Ia adalah infrastruktur pembinaan bangsa. Setiap inisiatif yang digerakkan berdiri di persimpangan antara komersial, empati dan komuniti—menjadikan perniagaan sebagai alat untuk mengangkat modal insan, memulihkan maruah dan memperluas akses kepada peluang.

Berteraskan nilai yang ditanam sejak kecil, falsafah hidupnya jelas dan tegas: setiap aspek kehidupan menuntut ilmu, dan pendidikan adalah pelaburan paling lestari yang boleh dilakukan oleh sesebuah masyarakat. Keyakinan inilah yang menjadi nadi kepada segala usahanya—merangkumi pra-sekolah, institusi KAFA, akademi latihan, kolej pengajian tinggi serta sebuah Kumpulan Pendidikan di Perak.

Pada hari temubual dan sesi penggambaran bersama Majalah Woven Modern (WM), kami menjadi antara saksi terawal satu pencapaian penting—Tina baru sahaja menerima surat panggilan ke Bar. Kejayaan ini diraih selepas bertahun-tahun menuntut ilmu dalam bidang kehakiman, dilalui seiring dengan komitmen kerja dan kepimpinan pelbagai inisiatif lain. Ia adalah gambaran disiplin, ketekunan dan penghormatan beliau terhadap kecemerlangan formal.

Di sebalik pencapaian dan kedudukan, Tina kekal bersahaja. Melangkah masuk ke kediamannya yang tersergam indah, yang menyambut kami bukanlah kemewahan yang dipamerkan, tetapi ketenangan, keramahan dan keyakinan yang tidak perlu dilaungkan.

Keterlibatannya dalam pendidikan menjadikan beliau peka dan resah terhadap isu-isu nasional—daripada kes buli di sekolah hingga perdebatan struktur sistem pendidikan susulan pemansuhan peperiksaan standard. Bagi Tina, ini bukan perbincangan dasar yang jauh, tetapi realiti yang menyentuh kehidupan sebenar generasi muda.

Hari ini, ketika beliau merancang penubuhan firma guaman sendiri selari dengan pengembangan portfolio pendidikannya, perjalanan Tina Tajuddin berdiri sebagai naratif tentang ketabahan, kemurahan hati dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap kuasa ilmu.

Kepercayaan bahawa apabila pendidikan dipimpin dengan nilai, ia menjadi perniagaan paling berpengaruh dalam membentuk dunia.

Ikuti wawancara menarik dan penuh motivasi bersama beliau.

“I see the importance of empowering the future through education …”

Sebagai dermawan yang berdedikasi, menyalurkan kejayaan ke dalam inisiatif yang meningkatkan nilai komuniti, memperjuangkan kesaksamaan, dan mewujudkan peluang bagi mereka yang sering terpinggir, Tina dikenali serata negeri Perak khasnya, hingga diberi gelaran mesra Ibu Tina. Boleh Tina kongsikan bagaimana rangsangan itu timbul, dan apa yang mengekalkan motivasi puan hari ini?

Seolah-olahnya pendidikan itu memilih saya sebelum saya secara sedar memilihnya (katanya dengan senyuman  yakin). Sejak peringkat awal, saya menyaksikan bagaimana akses kepada pendidikan berkualiti, persekitaran yang menyokong dan bimbingan yang kukuh boleh mengubah takdir seorang kanak-kanak

Impaknya amat besar. Saya melihat keyakinan muncul di mana keraguan pernah wujud, dan potensi tercapai apabila panduan yang betul diberikan. Kesedaran itu menjadi pengikat komitmen seumur hidup saya terhadap pendidikan.

Apa yang memotivasikan saya hari ini adalah misi yang lebih mendalam untuk memacu perubahan bermakna dalam sistem pendidikan itu sendiri. 

Saya percaya pemimpin dalam institusi pendidikan dan pendidikan berasaskan komuniti memainkan peranan penting dalam membentuk bukan sahaja individu, tetapi masyarakat secara keseluruhan. Walaupun terdapat banyak cabaran dalam sistem semasa, pendidikan penting tetap tidak tergugat. Sebaliknya, cabaran-cabaran ini mengukuhkan rasa tanggungjawab saya.

Apakah fokus Tina dalam usaha menjayakan matlamat dan hasrat tersebut?

Saya sedang mempersiapkan generasi kepimpinan baharu yakni pendidik, profesional dan pembuat perubahan yang bertanggung jawab, beretika serta bersedia untuk masa depan. Bakat-bakat anak muda kita harus tidak disia-siakan.

Pendidikan mesti berkembang untuk memanfaatkan kekuatan mereka, membekalkan mereka dengan tujuan dan meletakkan mereka untuk menyumbang secara bermakna kepada negara. Semua itu berkisar kepada ilmu selain dedikasi dan sikap jati diri yang tinggi yang perlu diselitkan dalam karikulum pendidikan sejak peringkat rendah lagi, mungkin seawal pra sekolah hinggalah ke menara gading.

Tina ada menyebut beberapa kali bahawa pendidikan itu adalah satu perniagaan, boleh huraikan sedikit maksud dan falsafah di sebaliknya?

Sesungguhnya pendidikan itu adalah aset kepada setiap individu. Kira mudah, beginilah, dengan pendidikanlah kita boleh ‘memperniagakan’ komoditi diri dan seolah-olah membina sebuah jenama dan menjuruskan mengikut bidang dan kemampuan.

Ringkasnya, jika kita lihat dalam kehidupan seharian apa yang kita sentuh dan lakukan setiap hari berpandukan pendidikan, iaitu yang kita sebut sebagai ilmu. Tanpa ilmu, pekerjaan dan tindakan kita tidak sempurna.

Contoh mudah, untuk menjadi seorang ibu yang bijak dan baik, kita perlukan ilmu mendidik anak-anak. Ini termasuk kaedah mengajar anak menjadi seorang yang prihati, bertimbang rasa dan sebagainya, perlu ada cara pembelajaran yang betul… itupun dikira sebagai pendidikan dan ilmu. Bekerja di pejabat dalam bidang professional tentulah lagi berat cabaran pendidikannya,

Kalau kita kaji, boleh dikatakan hampir semua negara mundur punya kepincangan dalam sistem pendidikan atau rakyatnya tidak mendapat peluang pendidikan secukupnya.

Pandangan Tina terhadap keseimbangan kerja, kehidupan berkeluarga & kekuatan peribadi.

Bukan mudah untuk mengimbangkan cita-cita, kerja, rumah tangga dan keluarga. Jangan tipulah jika ada yang kata ia begitu mudah dan datang secara natural tanpa banyak usaha.

Dalam kehidupan, kita impikan semua itu sempurna tapi bukan senang mencapainya Tanyalah pada mereka yang telah berjaya. Cuma bagi saya, hidup kena ada prinsip, keikhlasan dan sikap bertanggung jawab. Jika anda bina jenama diri berteraskan elemen tersebut, besar harapannya anda tidak terbabas. Patuh pada ketetapan ini dalam segala yang kita kerjakan. Lihatlah hasilnya. InsyaAllah memuaskan.

Bagaimana menyediakan pasukan Puan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah dengan cepat?

Persiapan bermula dengan pemikiran. Saya mengamalkan budaya pembelajaran berterusan, latihan kepimpinan dan akauntabiliti bersama. Pasukan digalakkan untuk melihat perubahan bukan sebagai gangguan, tetapi sebagai evolusi. Dengan membekalkan mereka dengan kemahiran, kepercayaan dan kejelasan tujuan, mereka belajar menyesuaikan diri dengan bertanggungjawab sambil tetap berpegang pada nilai-nilai institusi.

Bagaimana menguruskan pelbagai peranan sambil mengekalkan kesejahteraan diri?

Saya menguruskan pelbagai peranan dengan menetapkan sempadan yang jelas, mengutamakan kesan berbanding kesempurnaan dan tetap berlandaskan spiritual. Saya belajar bahawa kepemimpinan adalah maraton, bukan pecut. Mengetahui bila untuk mendelegasikan, bila untuk berehat dan bila menyusun semula keutamaan. Ini penting bagi mengekalkan keberkesanan dan kesejahteraan.

Tabii atau rutin peribadi yang menyumbang kepada kejayaan.

Disiplin, refleksi, pembelajaran sepanjang hayat dan kesyukuran membentuk asas saya kehidupan seharian. Saya meluangkan masa untuk merenung keputusan, belajar daripada pengalaman— samada yang baik mahupun yang mencabar—dan sentiasa bersyukur atas setiap peluang untuk berkhidmat. Tabiat ini menjadikan saya fokus, berpegang pada prinsip, dan terbuka untuk perkembangan.

Ketika menghadapi masa yang mencabar, apa yang membuat Tina berpegang pada prinsip dan fokus?

Iman, tujuan, dan kesedaran bahawa kerja saya memberi manfaat kepada orang lain membuat saya berpegang pada prinsip. Apabila cabaran timbul, saya mengingatkan diri bahawa kepimpinan diuji paling banyak sewaktu isu kesukaran dan kecemasan muncul. Sering saya kekalkan fokus pada gambaran yang lebih besar, ia membolehkan saya bergerak maju dengan tenang dan yakin.

Jika perlu mentakrifkan kejayaan dalam satu ayat, apakah ia?

Kejayaan adalah mencipta impak yang berterusan walaupun anda tidak lagi hadir dan telah tiada.

Apakah terdapat detik-detik penting yang membentuk falsafah kepimpinan anda dalam kerja?

Ya. Detik-detik kesukaran membentuk saya lebih daripada detik-detik kejayaan. Apabila saya perlu membina semula, menyusun semula dan bangkit semula, saya belajar bahawa kepimpinan bukan tentang kuasa, ia tentang tanggung jawab, empati dan keberanian untuk membuat keputusan sukar demi kelestarian jangka panjang.

Apakah fokus Tina sekarang ini dalam usaha menjayakan matlamat dan hasrat tersebut?

Saya sekarang sedang mempersiapkan generasi kepimpinan baharu yakni pendidik, profesional dan pembuat dasar yang bertanggung jawab, beretika serta bersedia untuk masa depan. Bakat-bakat anak muda kita tidak harus disia-siakan. Pendidikan mesti berkembang bagi memanfaatkan kekuatan mereka, membekalkan dengan tujuan dan meletakkan mereka untuk menyumbang secara bermakna kepada negara.

Semua itu berkisar kepada ilmu selain dedikasi dan sikap jati diri yang tinggi yang perlu diselitkan dalam karikulum pendidikan sejak peringkat rendah lagi seawal pra sekolah hinggalah ke menara gading.

Bolehkongsikan pandangan ramai yang sering membandingkan Tina dengan abah yang sememangnya ahli perniagaan berjaya serta tokoh politik terkenal.

What a cliche! Memang dah saya jangkakan, mesti ada soalan cepumas ini (tersenyum sinis). Ya, saya memang tidak boleh lari dikejar bayang-bayang itu. But  I’m over all that now. Saya telah belajar untuk menerimanya. Membesar dalam persekitaran yang ditakdirkan ini, ia membentuk diri saya dengan tajam dan mendalam sekali.

Saya melihat disiplin, tekanan, tanggung jawab, dan beban jangkaan awam sejak usia muda. Ironinya dan agak aneh semua itu memberi saya kekuatan dan perspektif awal dalam kehidupan. Itu sebenarnya membentuk saya menjadi semakin kuat serta positif hari ke hari.

Sesiapa boleh kata apa saja, at the end of the day, I choose my path, where I will be, and what I want. Namun perbandingan itu tidak selalu mudah. Ada masa-masa apabila terasa seolah-olah pencapaian saya biasa-biasa saja, nothing to shout about dan macam bukan usaha saya sendiri. Orang ramai tidak selalu melihat pengorbanan, kegagalan, atau tempoh di mana saya terpaksa membina semula semuanya secara senyap. Agak lelah  dan menyakitkan.

Hari ini, saya telah berdamai dengan semua perasaan itu. Saya tidak menyimpan ‘perasaan’, dan saya tidak mengejar pengiktirafan. Saya menghormati abah saya dengan meneruskan nilai-nilai yang dia tanamkan dalam diri saya iaitu integriti, keberanian, dan perkhidmatan sambil menjejaki jalan saya sendiri.

Saya tidak mewarisi kejayaan mahupun kekayaan. Saya mewarisi nilai-nilai, dan saya membina selebihnya dengan keimanan dan keberanian. Legasi diteruskan.Terima kasih abah.

Bagaimana Tina menyediakan pasukan anda untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah dengan cepat?

Persiapan bermula dengan pemikiran. Saya mengamalkan budaya pembelajaran berterusan, latihan kepimpinan dan akauntabiliti bersama. Pasukan digalakkan untuk melihat perubahan bukan sebagai gangguan, tetapi sebagai evolusi. Dengan membekalkan mereka dengan kemahiran, kepercayaan dan kejelasan tujuan, mereka belajar menyesuaikan diri dengan bertanggungjawab sambil tetap berpegang pada nilai-nilai institusi.

Pandangan Tina terhadap keseimbangan kerja, kehidupan dan kekuatan peribadi. Bagaimana menguruskan pelbagai peranan tersebut sambil mengekalkan kesejahteraan diri?

Saya menguruskan pelbagai peranan dengan menetapkan sempadan yang jelas, mengutamakan kesan berbanding kesempurnaan dan tetap berlandaskan spiritual. Saya belajar bahawa kepemimpinan adalah maraton, bukan pecut. Mengetahui bila untuk mendelegasikan, bila untuk berehat dan bila untuk menyusun semula keutamaan adalah penting untuk mengekalkan keberkesanan dan kesejahteraan.

Boleh kongsi rutin harian? Secara peribadi apa yang menyumbang kepada kejayaan anda dalam keluarga, pekerjaan dan segala yang anda laku dan kerjakan?

Disiplin, refleksi, pembelajaran sepanjang hayat dan kesyukuran membentuk asas saya kehidupan seharian. Saya meluangkan masa untuk merenung keputusan, belajar dari pengalaman; yang baik mahupun yang mencabar.

Saya sentiasa bersyukur atas setiap peluang untuk berkhidmat. Tabiat ini menjadikan saya fokus, berpegang pada prinsip, dan terbuka untuk perkembangan seterusnya.

Adakah terdapat sebarang projek atau pengembangan yang akan datang yang anda teruja tentangnya?

Tentulah permulaan dan pengembaraan saya dalam dunia kehakiman dan guaman. Saya amat teruja walaupun hanya membayangkan (ceria dan teruja). Saya akan cuba lakukan dengan penuh dedikasi hingga syarikat guaman saya menjadi terkenal dan disegani,

Ini pertarungan, visi dan misi penting buat saya kerana melalui kejayaan ini saya berpeluang mendekati bidang dan prisipal dunia kehakiman dengan lebih mendalam lagi yang mana ia bersangkut paut dengan banyak bidang lain, khususnya pendidikan juga.

Apakah visi jangka panjang anda untuk institusi pendidikan dan usaha perniagaan anda?

Dengan pelbagai masalah serta cabaran yang agak ‘pelik’ berlaku dalam sistem dan juga tabii pelajar seperti kes buli, kes pembunuhan yang semakin kerap berlaku di sekolah serta kes rogol misalnya, tentu sahaja telah memberi cabaran dan impak yang dahsyat kepada para pendidik dan juga fobia bagi ibu bapa serta para pelajar sendiri.

Perkara ini perlu dikaji selidik, dirumus dan diangkat menjadi satu misi utama, bukan sahaja diterima sebagai isu oleh Kementerian Pendidikan malah dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke pusat pengajian tinggi. Rasanya cabaran seorang guru dan pendidik hari ini amat besar sekali. Itu belum kita fikirkan hal-hal sejagat seperti peranan teknologi, cabaran AI contohnya yang pasti memberi tekanan pada pendidik dan pembuat dasar malah dan ibu bapa.

Dalam hal ini, visi jangka panjang saya adalah untuk membina ekosistem pendidikan yang lestari yang memupuk pucuk pimpinan, pendidik, dan usahawan untuk generasi akan datang. Ekosistem ini mesti bersifat fleksibel, relevan dengan industri dan berasaskan nilai yang menyediakan individu bukan sahaja untuk pekerjaan, tetapi juga untuk kepimpinan dan sumbangan bermakna kepada masyarakat.

Apakah terdapat detik-detik penting yang membentuk falsafah kepimpinan dalam kerja?

Ya. Detik-detik kesukaran membentuk saya lebih daripada detik-detik kejayaan. Apabila saya perlu membina semula, menyusun semula dan bangkit semula, saya belajar bahawa kepimpinan bukan tentang kuasa—ia tentang tanggungjawab, empati dan keberanian membuat keputusan sukar demi kelestarian jangka panjang.

Warisan yang diharap dapat ditinggalkan kepada generasi akan datang?

Meninggalkan warisan minda yang berdaya saing, kepimpinan yang beretika dan peluang yang dicipta untuk mereka yang berani, percaya dan mahu membuktikan bahawa pendidikan, apabila ia dipimpin dengan tujuan luhur, boleh mengubah kehidupan individu, memartabatkan masyarakat dan seterusnya membina negara cemerlang dan Makmur.

Jika anda teruja dan kagum dengan kehebatan wanita yang bernama Tina Tajuddin ini, sila ikuti kisah beliau selanjutnya dalam keluaran Mac 2026, yang lebih menarik mengenai pengalaman peribadi yang lucu, cemas lagi mencabar, serta perkongsian visi perniagaannya yang pasti membuat anda termotivasi.

Related posts

Dato’ Nazilah Idris

Wirda Adnan

Segalanya Bermula Di Sini

admin

Dato’ Tom Dan Habsah Abang Saufi “Sisters Are For Sharing Laughter And Wiping Tears.”

admin

Leave a Comment