CANTIK

GINCU GEL TECHNOSATIN SHISEIDO

Gincu Berteknologi Terkini Menyelimuti Bibir dengan Warna Yang Tahan Lama dan Melembabkan.

Menelusuri beberapa tahun kebelakangan ini dengan pelitup muka sudah tentu ada cabarannya. Anda pasti baru menyedari betapa bibir itu boleh mempengaruhi ekspresi wajah seseorang hampir setiap kali, tanpanya anda tidak dapat memastikan jika dia sedang gembira atau tersenyum atau memarahi anda!

Sudah tiba masanya untuk lebih santai dan berikan bibir kesayangan anda perhatian yang sewajarnya! Selepas begitu lama tersorok dan dibiarkan, gincu kembali menjadi perhatian secara besar-besaran untuk mewarnai kelopak bibir anda dengan rona menawan.

Dipadankan dengan gabungan kepakaran seni dan sains, Gincu Gel TechnoSatin terbaharu daripada Shiseido Makeup menawarkan formula paling selesa yang hadir dengan layangan akhir satin bagi menyelimuti bibir anda dengan warna yang tahan lama dan melembabkan. Dimuatkan dalam bekas merah Shiseido yang menawan, gincu ini menggunakan Teknologi Stretch-Flex paling terkini untuk mencipta lapisan warna cukup fleksibel yang selesa dan padu.

Mengandungi 68% bahan penjagaan kulit wajah, termasuk minyak benibana (safflower) yang melembabkan, formula selembut sutera ini membolehkan sapuan cukup mudah dan memberikan penghidratan dengan keselesaan maksimum, sepanjang jari. Bentuk peluru pada gincu ini membenarkan anda mengkontur bibir dengan tepat untuk mencipta hasil yang sempurna, litupan penuh dengan hanya satu sapuan. Tambahan lagi, anda boleh memilih daripada 20 rona memikat bermula daripada neutral klasik kepada merah elektrik hinggalah ke beri memukau.

Inovasi Gincu Gel TechnoSatin Untuk memperoleh formula yang fleksibel namun berdaya tahan, Shiseido Malaysia telah membangunkan Teknologi Stretch-Flex termaju yang bertindak serupa dengan mesh kerana ia membaluti bibir dengan selesa dan ringan seperti kulit kedua tanpa merekah, berbulu atau mengelupas. Gincu Gel TechnoSatin turut mengandungi minyak benibana yang melembabkan, secara tradisional digunakan sebagai asas gincu dalam teater Kabuki dan budaya Geisha untuk memastikan bibir kekal lembap dan terhidrat.

Inspirasi Warna

Tersedia dalam 20 warna ultra kaya, koleksi gincu cantik ini membolehkan anda bereksperimen dan mengekspresikan diri anda. Rangkaian ini mengandungi warna merah yang menarik perhatian dan meningkatkan keyakinan, buah beri bertenaga dan warna terang yang mengejutkan serta warna merah jambu dan nude yang selamat. Anda juga pasti teruja dan menghargai nama-nama gincu yang cukup kreatif diilhamkan daripada era teknologi yang sedang kita lalui ketika ini. Sekali gus, menunjukkan keghairahan Shiseido yang berpanjangan untuk sains dan inovasi.

Harga RM125 setiap satu

Related posts

Topeng Muka 3M™ Dirumus Khas Untuk Hijabista

admin

Tanya Dr. Edmond Jun 2020

admin

Marc Jacobs Skincare Diperkenal Buat Pertama Kalinya

admin

Leave a Comment