FESYEN

4 TIPS – TREND GAYA LELAKI ’24

  1. Be Yourself, Teliti Personaliti dan Jangan Stereotaip

Sebagai manusia kita mungkin suka akan sesuatu gaya dan ingin mencubanya kerana ia berkesan untuk individu tertentu yang kita kagumi. But it works for them and maybe not you! WMStyle tidak akan memberi anda cadangan atau tips sepertimana seorang style guru tetepi sekadar menggariskan apa yang perlu anda faham tentang gaya.

Tidak guna memakai jenama mewah dari hujung rambut ke kaki dan meniru gaya ikon jika ia bertelagah dengan jiwa dan personaliti anda. Ia tidak akan membuat anda nampak hebat, malah akan hanya merosakkan seluruh penampilan anda. Soalan pertama yang anda perlu tanya diri sebelum membuat apa-apa pilihan ialah, apakah anda seorang yang sofistikated, anggun, berani dan mempunyai peribadi yang flamboyan untuk mendukung gaya itu? Atau anda seorang yang pemalu dan pendiam?

Bulan Jun diangkat sebagai bulan menghargai lelaki, mengapa tidak ambil peluang ini untuk melihat-lihat diri dan check out penampilan anda. Bosan dengan apa yang anda tampil setiap hari dan ingin sesuatu yang segar, berkesan dan relevan?

WMStyle tidak akan menghimpunkan foto mahupun membariskan nama ikon lelaki bergaya untuk anda tiru ataupun senarai guru gaya yang boleh anda cari kerana semua itu boleh saja anda dapati di hujung jari dengan Mr. Google. Apa yang ingin dikongsi di sini ialah idea sebenar sebuah gaya yang boleh anda bawa sebagai gaya anda. You don’t have to be someone else to look good!

Dari kiri ke kanan:Chad White, Eric Rutherford, Jack Essig, Nick Wooster, Tyson Beckford, Bergdorf Goodman’s Bruce Pask- New York, NY – 10/11/16 – Esquire Celebrates the Launch of “Men and Style” Book by David Coggins-Pictured: -Photo by: Patrick Lewis/Starpix

Untuk memberi anda idea dan relevans kala mencari the core elemen’s of style di atas adalah satu foto istimewa dan sangat tepat memperkatakan apa itu gaya tanpa mengira usia dan siapa anda. Gaya sepatutnya milik anda, anda boleh saja meniru seseorang ikon namun begitu ia mestilah membantu menyerlahkan penampilan menjadi lebih segar, menawan dilihat malah merangsang personaliti anda dan tidak membogelkan anda daripada personaliti anda yang sebenar.

Anda mungkin mengatakan ini satu idea old school ada benarnya kerana foto ini diambil pada tahun 2016 di majlis majalah lelaki, Esquire bagi meraikan pelancaran buku Men and Style: Essays, Interviews and Considerations. 

Jika anda perhatikan, enam lelaki ini menampilkan gaya tersendiri dari hujung rambut ke kaki. Anda mahu simpulkan yang gaya ini agak cliché? Mungkin benar tetapi ia nampak segar dan relevan untuk tempat dan majlis yang mereka hadir.

Bagaimana mereka melalukannya? Jawapannya mudah, mereka menjadi diri mereka sendiri. Perhatikan setiap helai garmen yang mereka pilih adalah ringkas dan biasa saja misalnya kemeja, jaket dan sebagainya tapi memberi gaya yang berkesan dan lain daripada yang lain. Seperti mana yang anda lihat mereka nampak segak, yakin dan bersahaja dalam gaya-gaya yang rugged, kasual rapi dan semi formal sementara pilihan jaket kuning mustard itu membuat gayanya menarik dengan sentuhan retro. Most importantly, no one is stereotype here!

2. Malar Hijau dan Lestari

Anda tidak mungkin silap dengan dua elemen gaya ini; evergreen dalam Bahasa Melayunya malar hijau dan sustainable iaitu lestari. Ini adalah dua elemen penting dalam penggayaan penampilan kerana jika anda faham maksud sebenar dua elemen ini anda akan hasilkan satu gaya yang sederhana, tidak terlalu menonjol atau pelik namun terus segar, tetap menarik perhatian malah relevan.

Apa itu gaya malar hijau dan lestari? Lama tapi segar, itulah definasi mudah menyatakannya. Sesetengah gaya dianggap evergreen kerana ia telah melalui cabaran trend semasa hingga beberapa dekad namun ia terus popular dan dirurunkan ke beberapa generasi yang terus menjadi gaya pilihan majoriti.

Sementara trend datang dan pergi, terdapat beberapa gaya malar hijau dan Lestari yang masih kekal hingga ke hari ini, contohnya gaya klasik, monokrom, minimalis dan vintage. Ajaibnya ia boleh diadaptasi, tetap selari dan sesuai dengan citarasa ramai untuk penampilan current look hari ini. Berikut beberapa yang patut anda tahu.

Klasik: Fesyen klasik amat anggun dan timeless. Ia sering dikarekteristikkan sebagai simple lines, pilihan warna neutral, and garmen yang well-tailored dan tidak luput gaya seperti slak tailor, kemeja putih button-down, kemeja lengan pendek berpotongan kemas yang bercorak atau polos, blazer dan sut kemas yang tidak gedoboh mahupun terlalu sendat adalah classic wardrobe staples.

Minimalis: Minimalis pula adalah gaya yang memfokus kepada simplicity. Ringkas dengan, garisan bersih, dan palet warna neutral. Garmen minimalis seperti kot tailor, bersiluet anggun, dan monokromatik punya kualiti minimalis yang menjurus kepada trend segar walaupun minimal dalam segala segi.

Preppy: Gaya Preppy menyatakan penampilan clean-cut dalam rupa tradisional yang diindpirasikan oleh Ivy League and American East Coast styles. Gaya ini termasuk kemeja-T polo, chinos, cable-knit sweaters, boat shoes yang masih popular dan teras gaya lelaki sejaka berdekad lalu.

Vintage: Gaya Vintage membuka lebaran gaya era lama yang membuat ‘comeback’ dan yang tidak pernah ketinggalan. Seperti jeans high-waisted, kemeja retro, slak bootleg dan aksesori tertentu. Menggabung atau menyelitkan sentuhan vintage seperti kemeja, seluar, dan aksesori seperti talipinggan dan kasut tertentu misalnya memberikan gaya isyimewa – Itu anda!

Gaya vintage, monokrom, klasik, preppy dan minimalis

Monochrome: Monokrom adalah satu gaya yang mudah berkesan untuk apa jua majlis, acara dan tempat, tapi menghasilkan impak yang besar. Pilih satu warna seperti putih, hitam atau seringnya neutral dan boleh juga digabungkan dalam tona yang berbeza. Gaya timeless ini sangat versatail dan anggun serta dapat menghasilkan rupa yang chic, kemas lagi tajam.

  • Empat W

Secara amnya, trend gaya kini adalah lebih relaks dan kurang cerewet. Ini sesuatu yang menarik perlu anda perhatikan dan mungkin anda yang malas memikirkan hal-hal gaya akan berasa seronok kerana tidak banyak lagi mata yang hanya tertumpu pada anda.

Secara logiknya trend fesyen sepatutnya tidak menentukan secara total penampilan anda hingga hilang origonaliti diri anda. Penampilan yang bagus seharusnya sesuatu yang bercirikan evergreen tetapi masih mendapat sentuhan semasa – evergreen and yet current. Yang penting anda patut pakai apa yang sesuai dan selesa untuk anda, namun menepati tuntutan tempat, acara dan majlis.

Ini tipsnya untuk anda tanpil dengan gaya, sesuai, selesa dan tepat? Apa yang perlu anda lakukan ialah megambil kira empat perkara atau petua 4W dunia kewartawan, iaitu What, When, Where and Why. Untuk majlis apa anda perlu gayakan pakaian tersebut, bila, di mana, kenapa? Mengapa anda harus memilih gaya itu bergantung penuh kepada jawapan empat soalan tadi.

Seringnya, jawapan itu jugalah yang menetukan siapa yang akan berada di sana, apakah ia bersifat formal atau separa formal? Contoh, andainya ia diadakan di dewan hotel lima bintang biasanya ada tetamu kehormat daripada orang kenamaan hinggalah tahap menteri dan mungkin kerabat Diraja. Majlis seperti inilah yang anda harus hati-hati untuk mengelakkan anda menjadi rusa masuk kampung atau merosakkan majlis. Lebih teruk lagi jika anda dianggap tidak menghormati majlis dengan berpakaian yang kurang tepat. 

Beberapa gaya yang anda sepatut tahu untuk digayakan ke mana

Sering tercatit dalam undangan dresscode atau kod pakaian dan WMStyle memohon semua lelaki di luar sana mematuhi kod pakaian jika anda berhajat menghadirinya. Walaupun bukan di dewan hotel lima Bintang sekali pun dan dianjurkan di dewan awam atau di rumah, sila berpakaian sempurna contohnya pakailah baju Melayu lengkap dengan butangnya, songkok dan kain samping, jika ianya majlis perkahwinan. Sekiranya tercatat ‘Blacktie’, formal, separa formal, tradisional, tolonglah patuhi. Untuk jemputan siang dan separa formal, setidak-tidakpun pakailah kemeja batik dan slak tailor. No jeans, no Tshirts please!

Tips ini boleh anda gunakan untuk ke mana sahaja termasuklah pada pakaian kerja anda, beriadah mahupun sekadar bersantai ke shopping mall dengan teman-teman dan ke bistro minum kopi.   

  • Kasut & Aksesori

Anda mungkin mengecap saya sebagai konservatif, tetapi percayalah sesetengah gaya perlu ada sentuhan tradisi untuk terus diangkat dan menjadi trend yang berterusan malah diterima pakai sentiasa, untuk semua. Paling penting anda nampak seperti seorang perfect gentlemen. No trash!

Kali ini kita tidak mahu sentuh hal-hal kemeja, sut atau seluar tetapi mengenai beberapa bahagian kecil penampilan atau aksesori yang sering diambil remeh tetapi sebenarnya memberi impak dan kesan besar pada gaya.

Talipinggng adalah satu aksesori yang paling penting untuk mempamerkan gaya ‘sempurna’ dan ‘Lelaki Budiman’ anda itu. Masih trending hingga kini adalah jenis sederhana lebar dan bergancu ringkas daripada logam perak atau keemasan.

Jika ada teman pejabat yang mengatakan a tugged in dress shirt, skinny slacks and flat tummy is enough to do the smart job, mereka silap. Seutas tali pinggang mampu menyempurnakan penampilan total anda itu!

Begitu juga dengan kasut, beg kerja, beg santai serta jam tangan adalah aksesori penting dalam penggayaan. Anda tidak perlukan jam Rolex, kasut Gucci dan beg LV mahuopun tali pinggang Hermes untuk nampak seperti that million dollar man. Anda perlukan keyakinan, sedikit citarasa dan deria gaya untuk membuat penmpilan anda terserlah dan mahal.

Dengan tips asas ini, WMStyle mengharapkan anda menjadi lebih bijak dan boleh saja membuat pilihan tepat dan relevan. Itu yang penting sekali kerana setiap tempat yang anda singgah dan gaya anda perlulah sekata. Lebih lagi seandainya ia adalah kali pertama anda, maka jadikanlah momen itu sesuatu yang kekal dan indah buat ingatan mereka yang melihat anda.

Men’s fashion Style Dude – perhatikan kasut, dan aksesori

Idea aksesori evergreen dan lestari yang relevan untuk gaya kasual rapi kala bekerja, separa formal untuk ke persidangan atau mesyuarat formal anda. Produk yang minimal perinciannya namun menghasilkan gaya dan berkesan lagi tajam.

Related posts

DonniEYE Kini di Malaysia

admin

STARS IN CARTIER AT THE MET GALA

adminwm

ANTONELA ROCCUZZO WEARS TIFFANY & CO. DURING THE 67TH ANNUAL CEREMONY OF THE BALLON D’OR

adminwm

Leave a Comment