CANTIK

TINGKATKAN PENJAGAAN TABIR SURIA SHISEIDO UNTUKPERLINDUNGAN UV

Penjagaan tabir suria Shiseido dilengkapi Teknologi Terkini untuk Melindungi
dan Menyuburkan Kulit Tiada siapa wajar keluar rumah tanpa perlindungan matahari. Ini kerana kita sentiasa terdedah kepada sinaran ultraungu (UV) berbahaya daripada matahari dan sumber tiruan.
Sinaran UV adalah sebahagian daripada spektrum cahaya elektromagnet daripada matahari
yang sampai ke Bumi dalam gelombang yang lebih pendek.

Biarpun dos kecil sinar UV diperlukan untuk pengeluaran vitamin D, pendedahan secara berlebihan tidak lagi memberi manfaat dan akan menyebabkan masalah kesihatan berkaitan kulit dan sistem imunisasi. Pendedahan berterusan boleh menyebabkan selaran matahari dan penuaan kulit pramatang, dan untuk jangka masa lama, perubahan degeneratif seperti barah kulit dan katarak.

Kekuatan sinaran UV matahari dipantau menerusi Indeks Solar UV (UVI). Secara umumnya, UVI di Malaysia berlegar antara 9 hingga 11+ pada kebanyakan masa sepanjang tahun (seperti yang dilaporkan oleh WHO), dan biasanya berada di puncaknya antara tengah hari dan 2 petang. Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati kerana menghuni kawasan tropika, terutamanya jika anda menghabiskan banyak masa melakukan aktiviti luar seperti berjemur, bersukan atau berjalan kaki.

Dan hanya kerana kita terlindung di dalam rumah, ini tidak bermakna kita juga terhindar daripada sinaran UV yang berbahaya. Beberapa sumber tiruan sinaran UV termasuk katil penyamakan; pencahayaan wap merkuri (sering dijumpai di stadium dan gim sekolah); lampu halogen, pendarfluor dan pijar; dan beberapa jenis laser. Malah rawatan perubatan yang melibatkan fototerapi (terapi UV) dan rias kuku salun menggunakan lampu UV mengandungi sejumlah sinaran UV, apatah lagi sanitizer cahaya UV yang biasa digunakan di rumah untuk membendung koronavirus.

Shiseido, melalui 100 tahun penyelidikan penjagaan tabir suria memahami sepenuhnya kepentingan mempunyai perlindungan matahari yang baik. Ia menggunakan teknologi canggih untuk memberikan khasiat dan perlindungan yang lebih baik kepada kulit. Sebagai jenama No.1 untuk perlindungan matahari di Asia dan di Malaysia 1 , Shiseido menawarkan rangkaian produk penjagaan matahari yang dioptimumkan untuk persekitaran bandar dan luar.

Penggunaan Harian
Direka untuk penggunaan setiap hari, Shiseido Urban Environment Triple Beauty Suncare Emulsion SPF 50+ PA++++ mempunyai tekstur bebas- minyak yang ringan, dan mengandungi antioksidan serta asid hyaluronik, membuatkan kulit terasa lembap dan kelihatan berseri.

Terima kasih kepada Pelindung Matahari Mineral Bebas Minyak untuk Persekitaran Bandar yang inovatif dengan Sun Dual Care, ia membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara dan unsur lain yang boleh menyebabkan kulit kusam atau kering. Produk ini mempunyai kesan pelembab dan tekstur seperti sutera, malah boleh berfungsi seperti primer.

Sun Dual Care adalah produk revolusi menerusi penyelidikan kulit Shiseido selama 100 tahun, telah mencapai kejayaan secara konsisten dalam penjagaan kulit pelindung matahari dengan penyelesaian saintifik termaju untuk perlindungan matahari. Ia menggunakan Beauty Beams dengan teknologi Sun Dual Care dan merupakan pelindung matahari pertama yang membantu melindungi daripada sinaran UV pada masa sama, menukar sebahagian cahaya matahari kepada cahaya yang bermanfaat untuk meningkatkan kecantikan kulit anda.

Di tengah-tengah Sun Dual Care adalah Spirulina Energy Essence, alga biru-hijau purba yang telah hidup subuh di tasik selama lebih tiga bilion tahun, mengandungi sifat fotosintetik unik yang bermanfaat untuk penjagaan kulit manakala teknologi SuperVeil-UV 360 eksklusif membolehkan perlindungan kulit UV daripada semua sudut.

Untuk penggunaan harian yang sempurna, Shiseido Urban Environment Triple Beauty Suncare Emulsion SPF 50+ PA++++ dijual pada harga RM195 (30ml).

Related posts

PENJAGAAN RAMBUT GENERASI BARU

admin

ANASTASIA BEVERLY HILLS FALL ROMANCE EYESHADOW PALETTE

adminwm

Scha Al-Yahya Duta Meeracle

admin

Leave a Comment