FESYEN

“The New Timeless”: Koleksi Newport terbaru Targus

Direka untuk mereka yang bergaya dan praktikal.

Koleksi  terbaru Targus Newport diilhamkan daripada gaya hidup penuh elegan mengambil  inspirasi dari California. Newport menyerlahkan lagi kepribadian, gabungan ciri gaya dan fungsi yang sempurna. Enam jenis produk baru diperkenalkan termasuk beg galas, sleeves dan tote.

Koleksi terbaru ini sememangnya refleksi peribadi si pemakai yang mengutamakan aspek personaliti mewah dan elegan. Targus tidak berkompromi daripada aspek kualitinya. Koleksi ini menampilkan penggunaan material yang baik

iaitu dari segi pemilihan fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti, elegan, tahan lasak dan mudah dijaga.

Berkualiti tinggi dan serba boleh, Newport Collection didatangkan khusus dalam warna hitam, navy dan tan. Setiap satu koleksi beg direka menepati standard dan kualiti yang sama menjadikan Targus terkenal dan sentiasa menjadi sasaran penggemarnya. Tentunya juga, koleksi terbaru ini juga dilengkapi dengan ruang beg yang luas, ringan, dan selesa, sesuai untuk dibawa ke pelbagai majlis. 

Related posts

Pereka Fesyen Tempatan Dalam Radar 2018

admin

Koleksi Mutiara Air Tawar HABIB

adminwm

CARLO RINO USHERS IN THE NEW YEAR WITH CHIC COLLECTIONS – THE ORION COLLECTION AND LOGOGRAM COLLECTION

adminwm

Leave a Comment