GAYA HIDUP

Tajuk: Klasik 3 Rasa – Hamparan Juadah Berbuka Menggamit Memori

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut bulan yang mulia, Ramadan Kareem. Selain menjadi bulan temasya beribadah, bulan ini juga menjadi bulan istimewa untuk kita berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Tidak hairanlah, banyak juadah istimewa lain dari yang lain tersedia ketika ini. Termasuklah tawaran hidangan buffet berbuka puasa oleh hotel-hotel terkemuka.

Antara yang menjadi tumpuan setiap tahun pastinya, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Tahun ini Hotel Berjaya Times Square menjemput anda untuk memulakan kepelbagaian citarasa Malaysia dengan hamparan hidangan berbuka puasa yang bertemakan ‘Klasik 3 Rasa’, satu perjalanan kulinari yang meraikan gabungan harmoni masakan pelbagai kaum.

‘Klasik 3 Rasa’ mula ditawarkan dari 3 hingga 28 Mac 2025, dari 6:30 petang hingga 9:30 malam pada harga RM188 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM88 bersih bagi setiap kanak-kanak. Pengunjung boleh menikmati kadar promosi early bird sebanyak RM138 bersih setiap dewasa mulai sekarang hingga 31 Januari 2025.

Menampilkan lebih 150 hidangan asli yang memberi penghormatan kepada tradisi malar segar di negara kita, menikmati sorotan istimewa seperti Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box yang berperisa dan Kambing Golek yang dipanggang sempurna, di samping pelbagai hidangan kegemaran tradisional lain yang membangkitkan rasa nostalgia dan kebersamaan.

Setiap hidangan dimasak penuh kasih-sayang seperti air tangan ibu menggunakan bahan dan ramuan berkualiti yang segar. Inilah masanya membawa kenangan indah berbuka puasa bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.

Untuk acara berbuka puasa dalam kapasiti yang lebih besar, pakej berkumpulan disediakan untuk majlis korporat atau keluarga – pakej Gangsa untuk 30 orang pada harga RM4,050 bersih, pakej Perak untuk 50 orang pada RM6,500 bersih dan pakej Emas untuk 100 orang pada RM12,800 bersih.

Menurut Chef Rossham Rusli, Ketua Chef Jamuan, “Kami berbesar hati mempersembahkan pengalaman yang bukan sahaja menghormati tradisi tetapi juga membawa keluarga, rakan dan rakan sekerja bersama-sama untuk berbuka puasa dan meraikan semangat perpaduan pada musim yang bermakna ini.”

“Bufet ‘Klasik 3 Rasa’ tahun ini adalah sambutan sebenar warisan masakan Malaysia yang kaya, menawarkan jamuan yang merakamkan intipati kebersamaan dan kesyukuran sepanjang bulan yang mulia,” jelas Adrian Chung, Pengurus Besar Kawasan Berjaya Hospitality Group.

Related posts

CIPTA CITRA IV-FESTIVAL PUISI TERBESAR NEGARA DENGAN PENAMPILAN PENYAIR DUNIA 

adminwm

Could we BE any more excited?

admin

Foto Vintaj Artis Hollywood Berparti

admin

Leave a Comment