Di Kafe Basikaltua, Jalan Palimbayan Indah, Sungai Penchala. Suasananya bagi saya yang lahir di kampung, ia mengembalikan kenangan amat manis. Kerana kedudukan kafe ini di dalam rimba, pokok-pokok durian dan aneka buah-buahan yang pohonnya tinggi melangit dan pelbagai spesies hutan lain yang dapat melindungi awan. Saat kami sampai, sedang waktunya mentari menegak tapi berasa dingin seperti ada hawa dingin yang mengawal suhu hangat.




Terdapat sebuah pondok kecil lengkap bagi penghuninya yang tinggal sendirian. Hiasan dalaman dihiasi barang antik dan kerjatangan seni dan selesa sekali nampaknya, bila saya mohon masuk ke dalam untuk bersolat. Tetapi untuk makan-makan, penghuni meletakkan meja panjang yang dekorasi di atas mejanya menarik.
Tuan punya kafe bukan calang-calang insan. Dulunya dia seorang landskap arkitek terkenal, tetapi saat dia di kemuncak kerjaya, musibah kesihatan menimpa dirinya justeru memaksanya meninggalkan kerjayanya yang sedang meletop.

Namun jiwa seninya tidak menghalang dia untuk terus berkarya. Tentu dia tidak mahu mengsia-siakan pengalamannya sebagai orang seni terbiar begitu sahaja dan meneruskan hari tuanya tanpa melakukan sesuatu. Dia mahu menghidupkan alam yang menjadi sekitar tempat tinggalnya sesuatu yang amat istimewa, mengajak tetamunya menikmati suasana perkampungan dibaluti alam semulajadi yang nyaman. “Jangan biarkan ia menjadi hutan belantara yang tidak bernilai,” katanya. Lalu dijadikan ruang beristirahat, ruang berjamu selera, ruang teman-teman berhibur, ruang dia memperkasakan komuniti-komuniti orang kurang upaya seperti dia untuk bertemu dan bercerita, dan mencari dana demi kelangsungan rakan-rakan yang sepertinya. Tidak kurang menarik ruang ini untuk kanak-kanak belajar melukis dan pelbagai lagi aktiviti seni, waktu sama membantu mendapatkan dana bagi menjayakan pelbagai aktiviti khas untuk kanak-kanak kurang upaya.



Kenalkan insan di sebalik Kafe Basikaltua, Raja Iskandar Raja Mansur
Kata Raja Iskandar, “asalnya saya membayangkan sebuah kafe di tepi jalan untuk pengayuh-pengayuh basikal berehat seketika sambil menghilangkan dahaga. Tapi bila pandemik terjadi, ilham saya mencapai kepada seni dan insani. Tanah rimba pusaka orang tua saya, saya ‘damaikan’, dengan ini ia juga membuka pintu rezeki kepada teman-teman senasib dengan saya. “the cafe is empowering people with disabilities as much of the food is prepared by them, thus compassion is already in action. Yes, Kafe Basikaltua are served by the OKU family nearby to empower them economically and extend the benefits of each other’s rezeki.”

