FESYEN

Nostalgik 40 Tahun Tom Abang Saufi

Nostalgik, gaya tahun-tahun 80-an kembali tergambar di depan mata, itulah yang terlihat pada lantai peragaan menyambut ulang tahun rumah fesyen Malaysia yang dibina oleh pereka tersohor negara Dato’ Indera Tom Abang Saufi.

Meraikan Ulang Tahun ke-40 jenama itu diserikan dengan pertunjukan fesyen bertajuk “Jalinan Masa Lalu, Gaya Masa Depan”. Sedikit sebanyak ia membuai ingatan perjalanan indah dan pahit manis kerjaya Dato Tom. 

Acara yang berlangsung di Mandarin Oriental Kuala Lumpur sempena Festival Fesyen Islam (IFF) itu juga turut menyatukan para peminat Dato Tom sejak dulu hingga sekarang; daripada pelanggan kerabat Di Raja, golongan elit, para artis, rakan-rakan penyokong dan juga orang media lama yang pernah bekerjasama dengan beliau dan mereka yang sama-sama selama empat puluh tahun meniti arus kejayaan Dato Tom.

Ia menyusur satu perjalanan sebuah jenama yang telah mewarni arena fesyen negara sejak ia mula merangkak, bertapak dan gah, hingga dimartabatkan sebagai in-house brand yang bukan sahaja dikenali rakyat Malaysia malah di Nusantara juga termasuk beberapa negara barat.

Sebagai kuasa utama dalam industri fesyen Malaysia selama 40 tahun, Dato’ Tom Abang Saufi telah menghiasi ramai kerabat diraja dan ternama dari dalam dan luar negara seperti Jepun, Sweden, dan negara Arab khususnya Abu Dhabi.

Falsafah Dan DNA TAS

Falsafah reka bentuk Dato’ Tom Abang Saufi menekankan keselesaan dan penggunaan minimum bahan seperti zip dan butang, termasuk pakaian lelaki yang sengaja dibuat dalam siluet mudah lagi ringkas adalah semata-mata untuk membolehkan warna, corak dan bentuk yang menjadi signatur beliau menjadi tumpuan utama dalam rekaannya.

Pemain utama dalam industri fesyen Malaysia, Dato Tom unggul dalam menyatukan unsur lama dengan baru dan tradisional dengan kontemporari secara harmoni, menjadikan elemen tradisional lebih mudah diakses, digayakan dan diterima dalam konteks trend global.

Koleksi Ulang Tahun ke-40 ini menampilkan semula motif ikonik jenama daripada Pua Kumbu, Ikat, hingga anyaman berinspirasikan rotan yang ditafsirkan semula dengan sentuhan kontemporari. Kekal setia kepada DNA TAS yang berasaskan warisan moden, setiap karya mencerminkan evolusi berterusan jenama: abadi namun relevan, berakar umbi di Borneo tetapi lambaian merentasi budaya.

“Pertunjukan ini adalah tentang meraikan perjalanan manusia, cerita, dan kreativiti yang membentuk siapa kita. Fesyen mungkin berubah, tetapi nilai tidak berubah. Warisan memberi kita identiti, inovasi memastikan kita terus hidup,” kata Dato’ Tom, Pengasas dan Pengarah Kreatif.

Pencetus Aliran Etnik Moden

Bagi mereka yang biasa dengan jenama ini, corak-corak Pua Kumbu, Orang Ulu dan beberapa lagi misalnya yang terhasil daripada peninggalan senikraf serta budaya etnik masyarakat Sarawak yang kekal menjadi signatur Tom Abang Saufi hingga hari ini tentu kembali segar bermain di minda.

Tom muncul sebagai salah seorang pemain dalam industri fesyen dan muka baru pada awal 80-an; dikenali asalnya dengan label Layang Layang, it started with a humble beginning. Terletak di lantai basmen bangunan di Jalan Imbi, ia kemudian berpindah ke beberapa premis strategik dan gah seperti di Saloma dan kemudian di sebuah banglo di Jalan Ampang.

Bermula sebagai pusat made to order pakaian eksklusif bagi orang ternama, kerabat diraja dan artis termasuk Dato Sheila Majid serta ramai lagi, Layang-layang juga pada waktu itu menjalankan perniagaan tempahan pakaian beragam secara pukal bagi beberapa syarikat besar dan ternama negara.

Selain dikenali sebagai pencetus trend corak Pua dan Orang Ulu misalnya yang telah menjadi satu himpunan trending paling hebat hingga mendapat sambutan hangat masyarakat tempatan sejak awal 80-an, secara tidak langsung Dato Tom, membawa bersamanya semangat asal-usulnya – her roots ke mana sahaja beliau pergi.

Bagi membuktikan kehebatan himpunan Pua dan Orang Ulu hasil kerja beliau, corak tersebut banyak diciplak oleh pengusaha produk fesyen dan berterusan bertahun-tahun lamanya, hinggalah sekarang. Pendeknya pada musim perayaan Hari Raya misalnya, pasti ada penghasil pakaian fesyen yang mengembalikan corak tersebut dan menggunakannya sebagai penarik minat pencinta fesyen.

Penghargaan Buat Dato Tom

Malaysia amat menghargai sumbangan cemerlang beliau dalam industri fesyen Malaysia. Pengaruhnya yang berterusan dalam fesyen global, dan peranannya dalam memelihara serta memodenkan identiti budaya negara melalui hasil rekaan beliau telah sekian lama mendapat pengiktirafan di semua peringkat.

Atas jasa beliau mengenengahkan dan memartabatkan kraf dan budaya negara, pada 24 November lalu, Dato’ Indera Tom Abang Saufi telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Festival Fesyen Islam,

TAS Hari Ini dan Masa Depan

Meneruskan perjuangannya di bawah pimpinan Dirk Adam Luebbert, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunshine International Group, jenama TAS terus rancak mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu rumah fesyen dan jenama tersohor negara berasaskan warisan terkemuka di Malaysia daripada setiap perincian hasil kerjanya.

Dengan kredit dan kejayaan rangkaian keduanya yang berupakan himpunan sedia pakai TAS oleh Tom Abang Saufi, jenama ini telah berjaya berkembang ke dalam e-dagang melalui Zalora dan www.tomabangs .tomabangsaufi.com, menjadikannya lebih mudah diakses oleh generasi baru.

TAS mempamerkan warisan dan cerita yang dianyam dalam setiap cetakan dan rekaannya. Ia membawa bersamanya nilai-nilai budaya yang digenggam erat, lantas menjalin kesinambungan, kejayaan, kelestarian, dan kebolehcapaian masa depannya, sementara Tom abangsaufi.com, menjadikan pakaian warisan reka bentuk lebih mudah diakses oleh generasi baru sambil mengekalkan kualiti dan keaslian yang sinonim dengan penjenamaannya.

TAG/HASHTAGS: @tomabangsaufi    #TAS40Years #StoriesInEveryPrint #WeavingThePastDressingTheFuture  SHOP COLLECTION: www.tomabangsaufi.com

Related posts

Qhiam Lancar Koleksi Sendja & Kempen Sama–Ikatan Antara Elemen Tradisi dan Moden

Afiza Kamarulzaman

dUCk – “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be Yourself)

admin

Beg Double C, Cartier

admin

Leave a Comment