GAYA HIDUP

Kukuh Kerjasama Penjagaan Kesihatan Merentasi Sempadan

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kepakaran perubatan, penyelidikan, dan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi di antara Malaysia dan Taiwan. Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) dan Hospital Dalin Tzu Chi, sebuah institusi Taiwan yang tidak berasaskan keuntungan di bawah Yayasan Perubatan
Tzu Chi telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk merasmikan kerjasama rentas sempadan dan mengiktiraf komitmen bersama untuk meningkatkan kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan.
Melalui perjanjian ini, SMCV dan Hospital Dalin Tzu Chi akan bekerjasama untuk melaksanakan inisiatif pertukaran klinikal (clinical exchange) yang direka untuk mengukuhkan kemahiran klinikal, menyeragamkan amalan perubatan berkualiti tinggi, dan menyokong pendidikan berterusan bagi ahli penjagaan kesihatan profesional di kedua-dua institusi tersebut.

Kepakaran perubatan Hospital Dalin Tzu Chi merangkumi beberapa bidang kepakaran, termasuk kesihatan pencernaan, ortopedik, dan pembedahan invasif minimal untuk tulang belakang dan kolorektal. Dengan perkongsian kemahiran ini, SMCV dan Hospital Dalin Tzu Chi dapat mempertingkat perkhidmatan penjagaan
pesakit, mendapat hasil rawatan yang lebih baik serta memperkenal teknik inovatif yang akan memberi manfaat kepada pesakit di rantau ini.

mendapat manfaat daripada penjagaan perubatan yang lebih efisien serta hasil rawatan yang lebih baik.”
Komitmen Bersama Terhadap Kelestarian Alam Sekitar Dengan pemeliharaan alam sekitar sebagai teras utama kedua-dua hospital, MoU ini mewujudkan kerangka untuk penanda aras bersama dalam amalan hospital hijau (green hospital practices) serta pembangunan petunjuk prestasi utama (KPI) yang berfokus kepada ESG. SMCV merupakan hospital pertama di Malaysia yang menyertai inisiatif Race to Zero, manakala Hospital Dalin Tzu Chi telah menjadi perintis dalam kelestarian alam sekitar dengan menyelaraskan operasi hospital mereka dengan 10 matlamat Global Green and Healthy Hospitals, serta melaksanakan intervensi berimpak dalam aspek tenaga, sisa,
makanan dan pengangkutan sebagai sebahagian daripada komitmen Race to Zero menjelang 2050. Sebagai cerminan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan lestari alam sekitar, SMCV terus berusaha untuk meningkatkan impak alam sekitarnya dan memperkasa amalan pengurusan hospital hijau.

“Ini sememangnya menjadi sebahagian daripada pendekatan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway untuk memacu kemajuan bukan sahaja dalam kalangan hospital kami, tetapi juga melalui kerjasama yang dapat membantu meningkatkan kualiti penjagaan dan penyampaian perkhidmatan,” kata Dr Khoo Chow Huat, Pengarah Urusan Operasi Hospital dan Penjagaan Kesihatan, Kumpulan Perubatan Sunway (SHG). “Kerjasama seperti ini turut
menyokong matlamat kelestarian alam sekitar yang sememangnya diutamakan SHG dan menyumbang kepada pembinaan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih efektif dan bertanggungjawab.”

Seiring dengan pandangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif SMCV, Susan Cheow turut menekankan kepentingan kolaborasi rentas sempadan ini dengan berkata, “Kerjasama ini mengukuhkan hubungan antara negara dan memperkasa usaha kami dalam menerapkan amalan terbaik global untuk menyampaikan penjagaan pesakit yang menepati piawaian antarabangsa dengan fokus untuk jangka masa panjang.”

Menerusi kerjasama ini, SMCV sekali lagi memperkukuh komitmennya dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang cemerlang dan mengutaman pesakit, sambil terus memperluas keupayaannya bagi memenuhi keperluan komuniti yang sentiasa berubah.

Memajukan Penyelidikan dan Inovasi Perubatan

Jalinan kerjasama ini juga akan memudahkan usaha penyelidikan bersama antara SMCV dan Hospital Dalin Tzu Chi, membolehkan ujian klinikal untuk pelbagai pusat kecemerlangan serta penerbitan penyelidikan antarabangsa. Kedua-dua hospital ini enyasarkan untuk memajukan ketepatan diagnostik dan menambah baik protokol
rawatan melalui pertukaran kepakaran dan pengetahuan perubatan serta hasil perubatan. Usaha ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pengetahuan dan perubatan global tetapi juga akan meletakkan asas untuk kemajuan perubatan pada masa hadapan.

Meningkatkan Akses Pesakit kepada Penjagaan Khusus

Selaras dengan pendekatan yang mengutamakan pesakit, MoU ini turut memperkenalkan perjanjian rujukan pesakit dua hala bagi kes-kes rumit, kesinambungan penjagaan dan perkhidmatan perubatan pencegahan. “Perjanjian ini
membolehkan kedua-dua hospital memanfaatkan kemahiran satu sama lain dan menyediakan penjagaan yang tepat pada masanya yang diselaraskan untuk pesakit dengan keperluan khusus,” kata Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan di SMCV. “Dengan protokol pemindahan kecemasan dan kepakaran merentas institusi, kami boleh memastikan pesakit mendapat manfaat daripada penjagaan perubatan yang lebih efisien serta hasil rawatan yang lebih baik.”


Komitmen Bersama Terhadap Kelestarian Alam Sekitar


Dengan pemeliharaan alam sekitar sebagai teras utama kedua-dua hospital, MoU ini mewujudkan kerangka untuk penanda aras bersama dalam amalan hospital hijau (green hospital practices) serta pembangunan petunjuk prestasi utama (KPI) yang berfokus kepada ESG. SMCV merupakan hospital pertama di Malaysia yang menyertai inisiatif Race to Zero, anakala Hospital Dalin Tzu Chi telah menjadi perintis dalam kelestarian alam sekitar dengan menyelaraskan operasi hospital mereka dengan 10 matlamat Global Green and Healthy Hospitals, serta melaksanakan intervensi berimpak dalam aspek tenaga, sisa, makanan dan pengangkutan sebagai sebahagian daripada komitmen Race to Zero menjelang 2050. Sebagai cerminan komitmennya terhadap penjagaan kesihatan lestari alam sekitar, SMCV terus berusaha untuk meningkatkan impak alam sekitarnya dan memperkasa amalan pengurusan hospital hijau. “Ini sememangnya menjadi sebahagian daripada pendekatan Kumpulan Penjagaan
Kesihatan Sunway untuk memacu kemajuan bukan sahaja dalam kalangan hospital kami, tetapi juga melalui kerjasama yang dapat membantu meningkatkan kualiti penjagaan dan penyampaian perkhidmatan,” kata Dr Khoo Chow Huat, Pengarah Urusan Operasi Hospital dan Penjagaan Kesihatan, Kumpulan Perubatan Sunway (SHG). “Kerjasama seperti ini turut menyokong matlamat kelestarian alam sekitar yang sememangnya diutamakan SHG dan menyumbang kepada pembinaan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih efektif dan
bertanggungjawab.”

Seiring dengan pandangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif SMCV, Susan Cheow turut menekankan kepentingan kolaborasi rentas sempadan ini dengan berkata, “Kerjasama ini mengukuhkan hubungan antara negara dan memperkasa usaha kami dalam menerapkan amalan terbaik global untuk menyampaikan penjagaan pesakit yang menepati piawaian antarabangsa dengan fokus untuk jangka masa panjang.” Menerusi kerjasama ini, SMCV sekali lagi memperkukuh komitmennya dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang cemerlang dan mengutaman pesakit, sambil terus memperluas keupayaannya bagi memenuhi keperluan komuniti yang sentiasa berubah.

Related posts

Sihat Dan Klasik Di Desa Seni Resort

admin

How AI Transforms Your Creativity With the Galaxy S23 Ultra’s Signature Camera

adminwm

Tingkatkan Kesedaran Mengenai Risiko Berulang Kanser Payudara Peringkat Awal

adminwm

Leave a Comment