Permulaan Puasa Ramadan tahun ini jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan 1 Ramadan 1444 Hijrah. Ramadan yang dijalankan oleh umat mukmin dengan ikhlas semata kerana Allah serta mendapat keberkahan dan hidayah kebaikan daripada Allah maka akan menerima pahala yang besar pada tarikh 1hb hingga 30. Berikut keutamaan puasa Ramadan dipetik dari Kitab “Fadhâil Al-Asyhur Ats-Tsalâtsah”, tentang keutamaan bulan Ramadan.
Pada awal malam Ramadan Allah SWT mengampuni semua dosa yang tersembunyi dan yang terang-terangan, meninggikan beribu-ribu darjat, membangun 50 ribu kota di syurga untuk orang yang berpuasa. Sungguh mulia, hari pertama berpuasa sudah mendapat keistimewaan daripada Allah berupa dibangunkan kota di surga. Keutamaan berdzikir kepada Allah SWT dapat meringankan dan menjauhkan daripada kesusahan ketika berpuasa.
Berpuasa pada hari ke-2 Ramadan Allah SWT mencatat setiap ibadah orang yang berpuasa seperti mencatat puasa seperti berpuasa setahun. Pada hari kedua juga mendapat pahala yang luar biasa sekiranya dilakukan dengan ikhlas, lahir dan batin sehingga mendapat pahala mulia, tidak hanya mendapat lapar dan haus saja. Tips hidup bahagia lahir dan batin dapat dijalankan dengan puasa secara sempurna.
Banyak orang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga dan tidak mendapat keberkahan, ini disebabkan puasa secara lahir saja, namun batinnya tidak, seperti , masih berprasangka buruk malah menghina mengeji dan sebagainya. Puasa harus bersih secara lahir batin agar mendapat pahala yang sempurna sehingga terhindar daripada penyebab matinya hati dalam Islam.
Pada hari ke-3 berpuasa pada bulan Ramadan Allah SWT memberi kepada orang yang berpuasa taman permata yang indah di surga Firdaus. Di atasnya 12 ribu rumah daripada cahaya. Allah membangunkan rumah di surga bagi orang yang berpuasa dengan kesungguhan dan dilengkapi dengan amal ibadah lainnya seperti membaca Al Qur’an, sedekah, solat dan sebagainya.
Pada hari ke-4 puasa Ramadan, Allah memberi kepada orang yang berpuasa syurga Khuld, hari kelima akan mendapatkan surga juga, siapa yang ingin melewatkannya? Tentu semua orang menginginkannya, sebab itu wajib untuk menjalankan puasa Ramadan dengan ikhlas hanya karena Allah.
Syurga tentu suatu keindahan yang kekal yang diharapkan dan dikejar oleh semua umat muslim. Bulan Ramadan Allah sendiri yang menilai kebaikan dan pahala ibadah tersebut, mendekatkan diri dan menyadari akan keberadaan Allah yang maha melihat akan meningkatkan rasa khyusu’ dalam berpuasa.
Keutamaan hari ke-5 puasa Ramadan, Allah SWT memberi syurga Al-Ma’wa beribu-ribu kota, setiap kota terdapat seribu rumah, di setiap rumah terdapat seribu meja makan, selanjutnya Allah menyiapkan rumah di syurga dengan meja makan yang penuh dengan hidangan yang lazat yang boleh dinikmati orang yang soleh.
Orang-orang soleh tentunya akan mendapatkan kebaikan di syurga nanti, begitu pula orang yang menjalankan puasa dengan niat semata kerana Allah dan hatinya hanya tertuju pada Allah. Orang tersebut akan mendapat petunjuk sepanjang kehidupannya jauh daripada maksiat dan memiliki keinginan beribadah lebih tulus lagi kepada Allah.
Hari ke-6 puasa Ramadan, Allah SWT memberi syurga Darus Salam seratus ribu kota, syurga selalu dijanjikan oleh Allah sebagai hari-hari puasa Ramadan, sebab itu ibadah puasa Ramadan hanya dinilai oleh Allah. Hanya Allah yang mengetahui kesungguhan hati manusia mengenai ibadah puasa yang dijalankannya.
Keutamaan hari ke-7 puasa Ramadan, Allah SWT memberi syurga Na’im, pahala seperti pahala seribu syuhada. Jelas bahwa Allah memberikan pahala besar seperti syuhada, sungguh ibadah puasa di bulan Ramadhan pahalanya luar biasa dan tidak ada bulan lain yang menandingi keberkahan terbesar ada di bulan Ramadan.
Hari ke-8 puasa Ramadan, Allah SWT memberi pahala seperti pahala amal 60 ribu ahli ibadah. Betapa Allah Maha Pemurah bagi hamba yang menjalankan perintahNya yakni memberikan pahala yang begitu besar pada setiap mukmin yang berlumba-lumba lomba mencari amal Ramadhan yang banyak.
Hari ke-9 puasa Ramadan, Allah SWT memberi anda apa yang diberikan kepada seribu ulama, tentu saja hal tersebut boleh dicapai dengan kesungguhan dalam beribadah, jika tidak, tidak mendapat pahala tersebut. Ia harus dengan niat semata kerana Allah dan ingin keberkahan darripada Allah.
Hari ke-10 puasa Ramadan, Allah SWT memenuhi 70 ribu hajat. Hajat akan dikabulkan oleh Allah, tentunya sangat indah sebab doa-doa yang dipanjatkan akan didengarkan oleh Allah dan diwujudkan di waktu yang terbaik atau jika tidak pun diganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
Keutamaan hari ke-11 puasa Ramadan, Allah SWT mencatat pahala seperti pahala empat kali orang yang haji dan umrah. Keutamaan hari ke-12 puasa Ramadan, Allah SWT menjadikan bagi keimanan yang dapat merubah keburukan kepada kebaikan,
Hari ke-13 puasa Ramadan, Allah mencatat bagi kalian pahala seperti pahala ibadah penduduk Mekkah dan Madinah. Sungguh istimewa keutamaan puasa Ramadan hari ke 11 sd 13, Allah memberi begitu banyak kebaikan.
Pada hari ke-14 puasa Ramadan, seperti beribadah kepada Allah bersama setiap Nabi, Keutamaan hari ke-15 puasa Ramadan, Allah SWT menunaikan untuk kalian hajat-hajat dunia dan akhirat. Keutamaan hari ke-16 puasa Ramadan, Allah SWT bangkitkan dari kubur 60 pakaian untuk kalian pakai, di hari selanjutnya Allah memberi keutamaan yang luar biasa yang tidak didapati pada hari selain hari Ramadan.
Keutamaan hari ke-17 puasa Ramadan, Allah SWT menyatakan: “Sungguh Aku telah mengampuni umatKu. Keutamaan hari ke-18 puasa Ramadan, Allah SWT memerintahkan malaikat agar memohonkan ampunan untuk umat Muhammad SAW sampai tahun berikutnya. Keutamaan hari ke-19 puasa Ramadan, mendapat hadiah makanan di syurga nanti. Tentu sebuah kebahagiaan yang luar biasa yang hanya dirasakan di dalam syurga Allah.
Sepuluh hari terakhir Ramadan, bersiap sedia untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Kerana fadlilat lailatul qadar teramat besar. Hari ke-20 puasa Ramadan, menjaga daripada setiap syaitan yang terkutuk, Keutamaan hari ke-21 puasa Allah swt meluaskan kuburan, sementara hari ke-22 puasa Ramadan, menyelamatkan daripada keganasan malaikat Munkar dan Nakir.
Hari ke-23 puasa Ramadan, pahala kamu seperti memberi makanan kepada setiap anak yatim. Keutamaan yang luar biasa indah dan pada hari ke-24 puasa Ramadan diberi pula pahala seribu orang yang sakit, Keutamaan hari ke-25 puasa Ramadan, memberi makan dan minum, tidak takut dan tidak sedih,
Hari ke-26 puasa Ramadan, Allah SWT memandang kalian dengan kasih sayangNya dan pada hari ke-27 anda seperti menolong setiap mukmin dan mukminah.
Tiba hari ke 28 puasa Ramadan, Allah SWT menjanjikan bagi syurga Al-Khuld seratus ribu kota daripada cahaya, kemudian pada hari ke-29 puasa Ramadan, Allah SWT memberi beribu-ribu kediaman dan di setiap kediaman terdapat menara putih, dan hari ke 30 puasa Ramadan, Allah SWT mencatat bagi kalian pahala setiap hari.
Di hari hari terakhir Ramadan memang memiliki keistimewaan dan keutamaan puasa Ramadan yang didapati jauh lebih besar, sebab itu tiap umat muslim tidak boleh mensia-siakannya, wajib melakukan ibadah sebaik mungkin sehingga mendapat hidup dan pahala yang berkah dan jauh daripada siksa kubur serta jauh dari api neraka.
SUMBER INTERNET