FESYEN

Gaya Memukau, Pengalaman Mengasyikkan

Festiva Fesyen Islamik (IFF) 2025 memperlihatkan dengan begitu indah bagaimana prinsip kesopanan dalam Islam mampu menginspirasikan spektrum fesyen yang pelbagai serta dinamik. Festival fesyen ini menjadi platform berpengaruh yang mentakrifkan semula busana modest, memberi ruang kepada para pereka untuk meneroka visi dan kreativiti mereka sendiri. Hasilnya adalah rangkaian gaya yang memukau, menjadikan pengalaman tersebut begitu mengasyikkan dan penuh inspirasi.

Malam itu menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan pada Majlis Gala Amal bagi menyokong Institut Tengku Ampuan Afzan dan pertunjukan Islamic Fashion Festival (IFF) 2025.  Majlis makan malam gala yang berlangsung di Sapphire Ballroom, Hotel Mandarin Oriental itu telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Ia adalah sebuah malam istimewa yang mempersembahkan kreativiti luar biasa dan, yang lebih penting, membuka ruang untuk bertemu kembali rakan-rakan serta sahabat lama. Tulisan Hisham Abdullah

Related posts

The Kate Spade New York Fall 2022

adminwm

Good Girl Superluxe Collector’s Edition

adminwm

Alleira Batik X Michael Ong

admin

Leave a Comment