GAYA HIDUP

DI SINI MANUSIA, SUASANA DAN MAKANAN BERPADU

Di Ficus Bistro, tetamu, makanan dan persekitaran menjadi satu; suasananya dan hiasan yang sentiasa berubah-ubah sesuai keperluan dan majlis anda. Kelebihan ini yang membuat ramai pelanggan terpikat untuk kembali lagi.

Kelebihan ini memenuhi keperluan pelanggan terutamanya bagi mereka yang mencari suasana klasik Barat kontemporari yang tidak lapuk dan paduan makanan klasik Timur dan Barat.

Terletak di lokasi yang happening di Taman Tun, Ficus adalah salah satu tempat terbaik untuk makan tengah hari atau makan malam, mahupun sekadar mengisi waktu untuk minum teh dan mengopi.

Anda mencari tempat untuk mengadakan acara rasmi atau majlis khas bersama keluarga dan teman-teman? Jika dalam jumlah kecil seperti 30 hingga 80 orang, Ficus adalah tempat yang anda utamakan dalam senarai pencarian anda.

Hepburn, Tembikar Purba dan Ficus Jadi Ilham Deko 

Bercakap mengenai trend reka bentuk dalaman, variasi arah reka jelas kelihatan dalam restoran ini amat tersendiri, khususnya di tingkat atas yang mana ia menggambarkan citarasa peribadi pemiliknya; gabungan ibu dan anak perempuan kesayangannya, Ili Dato Zakaria atau lebih dikenali sebagai Yana.

Sentuhan karya lukisan dan lakaran Datin Ana Zakaria yang dipamerkan di dinding bistro turut menjadi perhatian dan bahan bualan. Dinding dihiasi lukisan tangan nostalgik yang mengabadikan wajah pelakon terkenal Barat Audrey Hepburn termasuk hiasan pasu tembikar purba Cina dan pokok Ficus serta mercu tanda dunia Barat seperti Eiffel Tower membuai suasana panoramik begitu ketara di sekitar.

“Terdapatnya citarasa trend klasik kontemporari untuk masa kini dari segi deko… dan East meets West yang dijalinkan pada hidangan kami.” jelas Datin Ana, “Kami sentiasa memberikan kelainan untuk setiap pelanggan. Saya fikir orang ramai masih terpesona dengan elemen klasik tetapi pada masa sama mereka mencari dan mengejar sesuatu yang segar dan kontemporari.”

Pemerhatian pada dinding, siling dan hiasan sekitar termasuk pinggan mangkuk, pasu dan bungga hiasan yang digunakan, rata-rata bermain dengan tekstur kelam dalam warna-warna pastel samar yang indah. Ini lah elemen yang banyak digunakan bagi menghasilkan mood lembut. Orang ramai mahukan suasana yang lebih bersungguh-sungguh, dan inilah yang menariknya, walaupun ruang nampak mewah beria-ia dan sarat hiasan namun tidak nampak serabut langsung malah, tenang dan berasa damai.

Pada acara terbaru yang dianjurkan oleh Datin Mariam Yusof dari MyEvent, tetamu terpesona dengan hiasan, penyusunan meja dan sudah tentu sajian makanan yang lazat termasuk pembuka selera Barat yang terkenal seperti pelbagai jenis salad, sup cendawan, dan roti bawang putih klasik.

Menu

Kepelbagai hidangan pembuka selera, menu utama dan manisan yang menggugah selera

Pelbagai hidangan utama yang menggugah selera, seperti daging lembu dan kambing panggang, pasta popular yang difused dengan cili flakes, dan pelbagai jenis pencuci mulut termasuk kuih-muih tradisional Melayu, puff & pastri, serta pelbagai jenis kek dan plater buah-buahan yang pasti akan memenuhi citarasa anda.

Dengan barisan aktiviti ringan hanya untuk wanita oleh Datin Ana Zakaria, petang itu cukup santai dan menjadi acara amat mesra. Sekelip mata hasil sentuhannya meningkatkan penampilan subjeknya. Sentuhannya membuat Datin Azizah tampil berlainan dan menawan. Perubahan itu menarik perhatian ramai dan mereka terpegun kerana betapa besarnya impak solekan untuk meningkatkan kecantikan semulajadi seseorang.

Acara berakhir penuh pesona dengan persembahan duet, penyanyi dan pemain keyboardnya yang melantunkan irama Soul & Jazz mengasyikkan. Dan petang tersebut tentu saja tidak berakhir sehingga demonstrasi cara memakai hijab oleh Datin Azizah yang membuat ramai turut ingin mencuba.

Secara keseluruhan, it was a special intimate moment for the ladies. Sama ada bertemu rakan lama sambil menyingkap kisah silam dan berkongsi perkembangan terkini, membibit silaturahim dengan kenalan baru ditemui, atau mengambil bahagian dalam demo kecantikan dan hijab yang santai dan menyeronokkan.

Datin Ana menunjukkan cara solekan natural glam sementara Datin Azizah berkongsi demo lilitan turban menggunakan produknya sendiri jenama Gooli.

Related posts

Pelanggan Bertuah Lelong.my Dapat Proton SUV

admin

 BMW i4 eDrive35 Dalam Dua Varian Elektrik

adminwm

Resipi Nasi Sesuai Berbuka Puasa

adminwm

Leave a Comment