SANA-SINI

Dato’ Khadijah Ibrahim Kongsi Air Tangannya Dalam Sos Cili Ibu

Penghibur legenda sanjungan ramai, Dato’ Khadijah Ibrahim atau lebih mesti dipanggil Ibu, adalah figura hebat dalam industri tanah air yang sentiasa dipuji kehebatan vokal dan persembahan pentasnya. Siapa mampu menidakkannya? Namun, di sebalik bakat seni yang telah diakui ramai itu, Ibu juga sebenarnya mempunyai air tangan memasak yang dikagumi rakan-rakan dan pelanggan restorannya dahulu.

Berkongsi bakat dan kepakaran memasaknya itu, Ibu telah bersama-sama lebih 100 peminat setianya hadir memeriahkan majlis ramah mesra yang dibuat secara tertutup bertempat di D'Banquet Hall, Al Juned Link Singapura baru-baru ini. 

Peminat yang setia menanti kehadiran Dato' Khadijah sangat teruja dengan kemunculan penyanyi kesayangan mereka dan sempat beramah mesra bersama Ibu yang sentiasa manis melempar senyuman. Agenda penting hari itu adalah perlancaran Sos Cili Ibu garapan Dato Khadijah yang buat pertama kalinya diperkenalkan beliau di Singapura. Sos Ibu ini merupakan buah tangan terbaik Dato Khadijah yang selama ini dikenali dengan seorang yang cintakan makanan serta masakan. 

Majlis tersebut menjadi simbolik pada kejayaan Dato’ Khadijah dalam dunia masakan dan perniagaan makanan, menerusi jenama Khadijah’s Kitchen yang terkenal dengan sajian berasaskan resipi tradisional Melayu.

Sos Cili Ibu adalah inovasi terbaharu beliau yang dihasilkan istimewa bagi membawa rasa asli masakan ibu-ibu kita dahulu ke meja makan moden masa kini.

“Saya cipta Sos Cili Ibu ini dengan penuh kasih sayang, diilhamkan daripada citarasa saya yang gemarkan makanan pedas. Berbeza dengan cili sos yang ada di pasaran lain kerana Cili Sos Ibu ni lebih ’kick’ khusus untuk penggemar makanan pedas. Harapan saya agar sos ini dapat menyatukan rasa dan kenangan kita semua terhadap masakan ibu,” kata Dato’ Khadijah yang gembira melihat sambutan peminatnya pada hari itu. 

Para hadirin turut berpeluang merasai keenakan sos yang sesuai dipadankan dengan pelbagai hidangan tempatan seperti nasi goreng, mi goreng, ayam panggang, kentang goreng, keropok lekor dan macam-macam lagi. Sambutan hangat daripada peminat di Singapura membuktikan Sos Cili Ibu berpotensi besar untuk menembusi pasaran serantau. Sos Ibu kini boleh di dapati secara rasmi di Yisun Halal Mart, Singapura.

Pelancaran ini turut menandakan langkah awal Dato’ Khadijah untuk memperluas empayar perniagaannya ke luar negara, sambil terus memartabatkan warisan kulinari Malaysia di persada antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut tentang produk Sos Ibu hubungi www.ibufood.com atau layari media sosial SOS IBU OFFICIAL.

Tahniah Ibu, semoga lebih banyak produk air tangan ibu dihasilkan selepas ini.

Related posts

Stylish OPPO A16K at just RM499!

adminwm

AkzoNobel Memulakan Misi Melindungi Rumah Anda, Luar Dalam

admin

Raya Bersama Pavilion Bukit Jalil

adminwm

Leave a Comment