EYE ME

Cinta yang Mengerti Jiwa

On Love, Faith, and the Quiet Strength of Values

Saat ini saya teringatkan dia, dia yang telah pergi buat selamanya. Rindu membara, terkenang saat susah tiada jambangan mawar tetapi sekuntum cuma, itu dia tidak pernah lupa sebagai ingatan tanda cinta. Ketika lebihan wang di saku, kekadang seutas gelang emas diletakkan di meja tempat saya membaca, dengan kad cinta yang dia tidak pernah lupa. Bila hati tengah terluka, mulut berkata, sayang juga dia. Begitulah terkala tibanya Februari, tetapi sudah dua tahun Februari 14, saya yang menaburkan mawar di pusara, al Fatihah untukmu suamiku.

Cinta yang matang tidak membingungkan jiwa.
Ia menenangkan, membimbing, dan memelihara.

Cinta sering disalah ertikan sebagai sesuatu yang perlu dirasai dengan kuat — berdebar, menggoncang, membingungkan. Namun cinta yang benar jarang datang dengan kegelisahan. Ia hadir dengan kejelasan. Dengan rasa selamat yang sukar dijelaskan, tetapi mudah dikenali oleh jiwa yang jujur.

Cinta tidak pernah sepatutnya menjadi sesuatu yang memenatkan. Ia bukan kegelisahan yang disalah anggap sebagai keghairahan, atau keterikatan yang mengorbankan ketenangan jiwa. Cinta yang matang sentiasa terasa berakar — tenang, jelas, dan berdisiplin.

Saat dunia sentiasa bising meraikan emosi, keanggunan sebenar terletak pada cinta yang terkawal. Cinta yang tahu bila untuk mendekat dan bila untuk berundur. Cinta yang tidak memerlukan kita menggadaikan nilai, iman, atau maruah diri demi diterima.

Saidina Ali ibn Abi Talib (r.a.) pernah mengingatkan makna yang mendalam: jangan menyerahkan hati kepada sesuatu yang boleh hilang, kerana hati diciptakan untuk yang kekal. Barangkali di situlah garis pemisah antara cinta yang memerdekakan dan cinta yang melelahkan.

“The soul was never meant to be rushed, owned, or overstimulated.
It was meant to be protected.”

Cinta kepada jiwa adalah amanah. Jiwa bukan untuk dimiliki, tetapi dijaga. Imam al-Ghazali mengingatkan bahawa cinta yang tidak dipandu oleh akal dan iman akan melelahkan hati. Maka cinta yang beriman sentiasa berdisiplin — ia tidak berlebihan, tidak tergesa-gesa, dan tidak mengaburkan batas.

Cinta seperti ini memperhaluskan akhlak. Ia tidak memaksa perubahan yang palsu, sebaliknya mengizinkan pertumbuhan yang jujur. Dalam cinta yang sihat, seseorang tidak kehilangan dirinya; dia menemukan dirinya dengan lebih sedar — dan lebih dekat kepada Allah.

“Love should refine your soul,
not ask you to betray it.”

Dalam perhubungan, cinta bukan persembahan. Ia tidak hidup melalui apa yang dipamerkan, tetapi melalui apa yang dijaga dalam ruang peribadi. Kehadiran yang konsisten. Tutur kata yang beradab. Kesediaan untuk memikul tanggungjawab, bukan hanya berkongsi perasaan.

Imam al-Syafi‘i mengingatkan bahawa jika sesuatu hubungan merosakkan akhlak, menjauhinya adalah satu bentuk kasih kepada diri sendiri. Cinta yang baik tidak mengurangkan maruah; ia menambah adab.

Dalam keluarga, cinta adalah khidmat.
Dalam persahabatan, cinta adalah kesetiaan.
Dalam komitmen jangka panjang, cinta adalah istiqamah.

“Consistency is the quiet luxury of love.”

Harga diri, akhirnya, adalah struktur kepada cinta. Tanpanya, cinta menjadi rapuh dan mudah dipengaruhi trend. Seperti adi busana yang baik — potongannya bersih, siluetnya jelas, tidak memerlukan hiasan berlebihan — cinta yang berkelas berdiri atas prinsip yang kukuh dan pilihan yang sedar.

Khalil Gibran pernah menulis bahawa cinta tidak memiliki, kerana cinta itu sendiri sudah cukup. Cinta yang memahami kebebasan tidak mencengkam; ia mengizinkan ruang untuk jiwa bernafas dan berkembang.

  “What is held with intention, endures.”

Sebagai wanita, memilih cinta yang tenang sering disalah tafsir sebagai kurang berani. Sedangkan ketenangan itu adalah tanda kekuatan. A woman who knows her values will never be afraid of choosing solitude over chaos.

Cinta yang patut diraikan bukan yang paling lantang, tetapi yang paling selamat untuk jiwa. Cinta yang membawa kita pulang — kepada diri, kepada keluarga, dan kepada iman.

“True love is quiet.”
And in its quietness, it remains.”

Justeru, keanggunan bukanlah sesuatu yang dicipta untuk dilihat.
Ia adalah sesuatu yang dirasai — apabila jiwa tidak lagi gelisah,
nilai terpelihara, dan hidup berasa lebih jelas.

Itulah cinta yang mengerti jiwa.

Related posts

Khas Yang Bernama Suami dan Isteri

Wirda Adnan

Orang Cantik Tidak Semestinya Baik, Orang Baik Akan Sentiasa Nampak Cantik

Wirda Adnan

NASIHATKU UNTUK  2025

Wirda Adnan

Leave a Comment