
Kuala Lumpur, Nov 2026 – STABILO membawakan tenaga fenomena Netflix yang memecahkan rekod, KPop Demon Hunters, ke meja kerja, kotak pensel, beg sekolah, dan ruang kreatif di seluruh dunia. Koleksi STABILO x KPop Demon Hunters dilancarkan secara rasmi minggu ini di Malaysia sempena sambutan ulang tahun pertama dunia hebat HUNTR/X, tarikan luar biasa Saja Boys, serta semangat membara yang menghubungkan para peminat di seluruh pelosok dunia.
Direka khas untuk peminat semua peringkat umur, koleksi edisi terhad KPop Demon Hunters ini mengubah beberapa produk kegemaran STABILO menjadi peralatan menulis dan keperluan kreatif yang berteraskan komuniti peminat. Karya seni watak yang berani, reka bentuk berimpak tinggi, dan perincian yang menarik membawakan gaya, gaya hidup, serta penceritaan KPop Demon Hunters ke dalam rutin kreatif harian—daripada alam sekolah dan universiti sehinggalah ke waktu santai di rumah untuk aktiviti penulisan jurnal, melakar, atau menghasilkan seni nukilan peminat.
Hiasan Penuh Makna: Produk STABILO Diinpirasikan oleh Norigae

Dalam filem KPop Demon Hunters, Norigae—iaitu objek hiasan tradisional Korea—adalah lebih daripada sekadar aksesori. Ia merupakan sebahagian daripada identiti visual HUNTR/X yang menambah kedalaman budaya, simbolisme peribadi, dan keunikan tersendiri kepada penampilan setiap Idola. Diinspirasikan oleh perincian penting daripada filem ini, hiasan ini memainkan peranan utama dalam koleksi STABILO × KPop Demon Hunters, di mana ia ditampilkan pada produk terpilih sekaligus menukar alat tulis harian menjadi barangan ikonik buat para peminat.
Angkat ‘Light Stick’ Anda: Raikan Semula Filem Ini Bersama Alat Tulis STABILO

Rangkaian produk yang diperkenalkan termasuklah ‘highlighter’ ikonik STABILO swing cool lengkap dengan hiasan khas pada klipnya, STABILO superstars point 88 dan Pen 68 dengan hiasan pada penutupnya, serta bekas logam STABILO Pen 68 metallic dalam gaya khas “Golden”. Turut dilancarkan adalah bungkusan set roller popular dalam reka bentuk HUNTR/X serta pensel grafit yang menampilkan semua Idola dan
watak kegemaran peminat: HUNTR/X, Saja Boys, Sussie Bird, dan Derpy Tiger. Sama ada peminat menyokong HUNTR/X, menyertai komuniti The Pride untuk Saja Boys, atau meminati watak tumpuan seperti Sussie Bird dan Derpy Tiger, produk-produk ini memberikan cara baharu untuk mereka membawa dunia kegemaran mereka ke dalam kehidupan seharian.
Berada di Pasaran Bermula 1 Oktober 2026
Pelancaran pertama STABILO × KPop Demon Hunters sudah mula berada di kedai-kedai terpilih mulai 1 Oktober 2026. Di samping gelombang pertama bagi keperluan menulis dan kreatif bertemakan komuniti peminat ini, para peminat juga boleh menantikan lebih banyak produk klasik STABILO yang diolahkan semula dalam gaya KPop Demon Hunters menerusi pelancaran siri kedua pada tahun 2027.
Melalui kerjasama ini, STABILO dan KPop Demon Hunters menyatukan elemen warna, kreativiti, komuniti peminat, dan tenaga budaya pop — buat peminat HUNTR/X, buat komuniti The Pride, dan untuk setiap misi kreatif yang memerlukan impak persembahan yang luar biasa.
Mengenai STABILO

STABILO International merupakan salah sebuah pengeluar alat tulis terkemuka di Eropah. Syarikat ini menetapkan tanda aras dalam bidang penulisan, pewarnaan, lukisan, dan highlighting. Produk ikoniknya, termasuk highlighter STABILO BOSS dan pen mata halus STABILO point 88, telah terjual berbilion-bilion unit di seluruh dunia. STABILO terus berinovasi dengan alatan berwarna-warni yang menjadikan aktiviti menulis dan kreativiti sesuatu yang menyeronokkan. Contoh terbaharu ialah STABILO LUNIS, sebatang pen yang menggabungkan penulisan analog dengan maklum balas digital bagi menyokong pembelajaran secara santai untuk kanak-kanak dan ibu bapa.
MENGENAI KPOP DEMON HUNTERS:
Diarahkan oleh pengarah Maggie Kang dan Chris Appelhans, KPop Demon Hunters mengisahkan tentang bintang terkenal K-pop, HUNTR/X, yang mana apabila mereka tidak mengadakan konsert jelajah di stadium, mereka menggunakan identiti rahsia mereka sebagai pemburu syaitan yang hebat demi melindungi peminat daripada ancaman ghaib yang sentiasa ada. Bersama-sama, mereka mesti menghadapi musuh terbesar mereka setakat ini – sebuah kumpulan penyanyi lelaki hantu yang menyamar dan sukar ditandingi. KPop Demon Hunters merupakan sebuah filem Netflix yang diterbitkan melalui kerjasama dengan Sony Pictures Animation.
