
Bagi ramai wanita, usia 40-an sering dianggap sebagai fasa kemuncak kematangan. Namun di sebalik kerjaya yang semakin stabil, keluarga yang semakin membesar dan rutin harian yang semakin padat, tubuh mula menghantar isyarat yang sukar difahami. Tidur semakin terganggu, emosi mudah berubah, migrain muncul tanpa sebab, kulit berubah dan rasa panas tiba-tiba menjadi teman harian.
Ironinya, kebanyakan wanita tidak pernah mengaitkan semua perubahan ini dengan satu fasa semula jadi yang dikenali sebagai perimenopaus. Masih ramai menganggap perubahan tersebut sekadar kesan tekanan kerja, keletihan atau peningkatan usia. Hakikatnya, jutaan wanita sedang melalui pengalaman yang sama tanpa benar-benar memahami apa yang sedang berlaku kepada diri mereka.

Inilah realiti yang mendorong guardian Malaysia melancarkan kempen nasional Embracing Midlife Wellness, sebuah inisiatif yang bukan sekadar meningkatkan kesedaran, malah membina ekosistem sokongan yang lebih menyeluruh buat wanita Malaysia.
Fasa Yang Jarang Dibicarakan
Menurut kajian yang dijalankan guardian menerusi sesi Listening Lab bersama wanita Malaysia, ramai peserta mengakui mereka tidak pernah mengetahui bahawa simptom seperti perubahan emosi, jerawat, gangguan tidur, migrain dan hot flushes sebenarnya merupakan petanda awal perimenopaus.


Lebih membimbangkan, mereka turut merasakan kurangnya kefahaman daripada ahli keluarga dan masyarakat terhadap perubahan yang sedang dialami. Perimenopaus bukan sekadar perubahan hormon. Ia turut memberi kesan kepada keyakinan diri, hubungan kekeluargaan, prestasi di tempat kerja dan kesejahteraan mental wanita.
Bagi Guardian, kesedaran sahaja tidak mencukupi. Kempen Embracing Midlife Wellness dibangunkan dengan pendekatan yang menghubungkan pendidikan, akses kepada maklumat serta sokongan profesional dalam satu ekosistem yang mudah dicapai.

Menerusi Perimenopause Hub, wanita kini boleh mendapatkan maklumat yang disahkan oleh pakar, manakala ahli farmasi Guardian di seluruh negara bersedia memberikan bimbingan berdasarkan keperluan individu. Di samping itu, produk yang diperakui MTick® memudahkan pengguna mengenal pasti penyelesaian yang sesuai mengikut simptom yang dialami.
Pendekatan ini menjadikan pengalaman membeli-belah di Guardian lebih daripada sekadar mendapatkan produk, tetapi sebagai ruang mendapatkan ilmu, sokongan dan keyakinan.
Mengubah Cara Masyarakat Melihat Perimenopaus
Pelancaran kempen turut disertai forum khas yang menghimpunkan pakar dalam bidang ginekologi, psikologi serta kesejahteraan wanita. Perbincangan tersebut membawa mesej yang jelas bahawasanya tiada wanita sepatutnya menghadapi perimenopaus secara bersendirian.

Semakin awal perubahan ini dikenali, semakin mudah wanita mendapatkan bantuan, mengurus simptom dan mengekalkan kualiti hidup yang lebih baik. Perimenopaus bukan penghujung kepada kewanitaan. Sebaliknya, ia adalah satu lagi fasa kehidupan yang wajar diraikan dengan ilmu, persediaan dan sokongan yang mencukupi.
Melalui kempen ini, guardian bukan sahaja memperkukuhkan peranannya sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka negara, malah mengangkat satu perbualan yang selama ini sering dianggap tabu kepada ruang yang lebih terbuka dan inklusif.
Kerana setiap wanita berhak melalui pertengahan usia bukan dengan rasa takut atau kekeliruan, tetapi dengan keyakinan bahawa mereka difahami, disokong dan tidak pernah bersendirian.
