CANTIK

Perkhidmatan Dermatologi Komuniti Setempat

Malaysia mempunyai 33 juta penduduk, namun  terdapat kurang daripada 200 pakar dermatologi dalam bidang kesihatan kulit. Statistik ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat Malaysia sukar mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kulit terutama golongan yang berada di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah. Dengan misi menjadikan penjagaan dermatologi lebih mudah akses La Roche-Posay dengan bangganya mengumumkan perkongsian transformatif dengan Watsons Malaysia. Inisiatif ini bertujuan  memberi sokongan kepada Yayasan Kulit Malaysia untuk menyampaikan harapan, pendidikan dan penjagaan yang adil kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian.

Menyediakan Perkhidmatan Dermatologi Secara Percuma kepada Komuniti Setempat

Bekerjasama dengan pakar dermatologi terkemuka Malaysia, Dato’ Dr. Noor Zalmy dan Dr. Nur Syazwin Sies, La Roche-Posay membawakan perkhidmatan dermatologi percuma kepada komuniti di Setapak, Sungai Buloh dan Gombak. Usaha ini sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menjadikan pakar penjagaan kulit lebih mudah diakses oleh komuniti setempat.

Melalui perundingan profesional di lapangan, pelan rawatan yang diperibadikan dan panduan praktikal untuk kesihatan kulit jangka panjang, inisiatif ini memperkasakan individu dengan pengetahuan dan alat yang tepat untuk menguruskan kesihatan kulit mereka dengan yakin.

Pelakon terkenal dan penyokong penjagaan kulit, Hannah Delisha turut mengambil bahagian dalam kempen ini dan akan meningkatkan kesedaran orang ramai melalui platform digitalnya, menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan kulit sebagai asas kepada kesejahteraan menyeluruh. Selain itu, setiap komuniti juga akan menerima produk penjagaan kulit yang boleh digunakan walaupun selepas kempen berakhir.

Kulit yang Lebih Baik untuk Anda, Penjagaan yang Lebih Baik untuk Mereka 

Bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2025, untuk setiap produk La Roche-Posay yang dibeli di Watsons Malaysia,  RM2 akan didermakan kepada Yayasan Kulit Malaysia. Dana ini diharap dapat menyemarakkan program kritikal—daripada kempen pendidikan awam kepada rawatan bersubsidi, bagi memastikan tiada siapa yang menderita dalam diam disebabkan jurang dalam penjagaan dermatologi.

Visi untuk Kesihatan Kulit Inklusif

“Kesihatan kulit adalah hak sejagat, namun beribu-ribu orang di seluruh Malaysia masih kekurangan akses kepada penjagaan penting ini,” kata Anissa Mokrani, Pengurus Besar L’Oréal Dermatological Beauty untuk Malaysia dan Singapura. “Inisiatif La Roche-Posay menangani jurang ini dengan membawa pakar dermatologi secara terus kepada komuniti setempat, menggabungkan perundingan dengan pendidikan, dan menggalakkan sumbangan harian daripada rakyat Malaysia. Dengan kurang daripada 200 pakar dermatologi yang berkhidmat kepada 33 juta penduduk, kempen ini bertindak sebagai talian hayat—mencipta kesan penyebaran perubahan yang bermakna.”

“Kempen ini mencerminkan komitmen La Roche-Posay dalam menyediakan penjagaan kulit yang holistik dan bukan sekadar merawat masalah kulit. Sebagai jenama dermo-kosmetik terkemuka dunia, kami komited untuk membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat, agar anda dapat menikmati hidup dengan lebih yakin dan selesa."

Tindakan Anda Membawa Kesihatan dan Harapan

Inisiatif ini, yang digerakkan melalui gabungan pendidikan, diagnosis dan belas kasihan, bertujuan mengubah tahap kesihatan kulit bagi komuniti setempat di seluruh negara. Bersama-sama, kita boleh memastikan akses yang saksama kepada penjagaan kulit yang disyorkan oleh pakar dermatologi, memperkasakan rakyat Malaysia untuk mendapat kulit yang sihat dengan yakin.

La Roche-Posay mengukuhkan komitmennya untuk merapatkan jurang antara pengetahuan pakar dan keperluan penjagaan kulit harian, memastikan penyelesaian profesional boleh diakses oleh semua— kerana setiap orang berhak mendapatkan kulit yang lebih sihat.

Related posts

Fenty SkinThe New Culture of Skincare

adminwm

Tampil Secantik Rihanna & Mandy Moore Dengan Teknik Solekan Ini!

admin

ON-THE-GO ITCH RELIEF IN FIVE MINUTES

adminwm

Leave a Comment