CANTIK

Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture SPF50+ PA++++ Formulasi Anti-Cahaya Biru dan Anti-Inframerah

Sama ada untuk bekerja atau untuk mengisi masa lapang, alatan digital seperti telefon bimbit,  tablet dan komputer riba menjadi salah satu keperluan asas dalam kehidupan kita.  Pengguna Malaysia menghabiskan masa purata sekitar lapan jam lima minit setiap hari untuk  melayari internet. Pergantungan pada penggunaan teknologi mudah alih dan komputer yang  semakin meningkat juga boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada cahaya biru yang  dipancarkan oleh alatan digital sepanjang hari. 

Radikal bebas yang dihasilkan daripada pancaran cahaya biru akan menyebabkan tekanan  oksidatif yang mempercepatkan penuaan kulit. Menurut pakar dermatologi, pendedahan  cahaya biru akan memberi kesan-kesan yang sama seperti pendedahan kepada sinaran  matahari, kesan-kesannya termasuk hiperpigmentasi, kedutan, dan kehilangan keanjalan  kulit. Ini amat membimbangkan kerana masa yang dihabiskan di depan skrin kian bertambah 

sejak pandemik bermula. 

Dengan mengenali kesan-kesan bahaya sinaran UV, cahaya biru dan sinaran inframerah  terhadap kulit, pelindung cahaya matahari Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture SPF50+  PA++++ dipertingkatkan dengan teknologi Solarex-5 yang inovatif. Dengan teknologi  baru ini, Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture dapat melindungi kulit dengan lebih berkesan  daripada kesan bahaya UVA/UVB, serta memberi perlindungan daripada cahaya biru dan  cahaya inframerah dan seterusnya dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan  kulit. 

Terdapat dua jenis variasi iaitu : UV Super Moisture Essence dan UV Super Moisture Gel,  kedua-dua variasi ini diformulasi dengan ekstrak Snow Fungus yang dapat membantu  melembabkan kulit kering sehingga mencapai keadaan penghidratan yang optimum. Variasi  Gel dirumuskan dengan asid Nano Hyaluronic yang membolehkannya meresap secara  mendalam ke dalam kulit untuk memastikan kulit lembab sepanjang hari. Walau  bagaimanapun, jika jenis kulit anda lebih kering, pilihlah variasi Essence yang dirumus dengan tiga jenis asid Hyaluronic untuk kesan kelembaban yang lebih tinggi. Kedua-dua produk ini juga  dirumuskan dengan Vitamin C untuk membantu mencerahkan tona kulit yang tidak sekata  dan menjadikan kulit lebih berseri.  

Pelindung cahaya matahari Skin Aqua UV Super Moisture diformulasi dengan tekstur air ringan. Ia mudah dipakai dengan peresapan cepat ke dalam kulit, menjadikan kulit rasa lebih  segar dan tanpa rasa berminyak. Pelindung cahaya matahari ini juga amat sesuai dipakai di  bawah solekan anda. 

Sunplay Skin Aqua UV Super Moisture Gel SPF50+ dan Sunplay Skin Aqua UV Super  Moisture Essence SPF50+, yang masing-masing dijual pada harga RM45.90 (80g) dan  RM45.90 (50g), adalah tersedia di farmasi dan pasar raya terkemuka.

Related posts

Putryana – Malaysia’s Premium Skincare Brand

adminwm

Tampil Secantik Rihanna & Mandy Moore Dengan Teknik Solekan Ini!

admin

NEW! CHERRY DUB

adminwm

Leave a Comment