اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
Allahumma inni a’udhubika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhl. Wa a’udhubika min ‘adzabil qabri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat.
(HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706)
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan, rasa malas, rasa takut, umur yang sia-sia dan kebakhilan. Dan aku juga berlindung kepadaMu daripada seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.”
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِ
Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qawli.
(Surah Taha: 25-28)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.”
Ketenangan hati atau jiwa adalah penting kerana ia membentuk asas kepada keimanan dan kehidupan yang penuh dengan ketaqwaan kepada Allah SWT. Seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Rad, ayat 28, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram
Doa-doa membantu individu mengatasi rasa gelisah, cemas, dan takut dengan mendapatkan perlindungan dan pertolongan daripada Allah. Dengan membaca doa-doa ini, seseorang dapat merasakan ketenangan yang mendalam dalam jiwa dan perasaan.
Sentiasa mengingati Allah melalui solat, zikir, membaca Al-Qur’an, dan berdoa adalah cara utama mendapatkan kedamaian dalam hati. Dengan mendekatkan diri kepada Allah, hati akan merasa tenang dan damai kerana yakin bahawa Allah sentiasa bersama dan melindungi kita. Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 28, “Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah, hati akan menjadi tenang.”
Jauhi Maksiat
Menjauhi dosa dan sentiasa bertaubat adalah penting untuk menjaga ketenangan hati. Dosa yang dilakukan tanpa taubat akan menyebabkan kegelisahan dan kekacauan dalam hati. Apabila kita melakukan maksiat, hati merasa bersalah dan tidak tenteram. Oleh itu, penting untuk sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan segera bertaubat jika tersilap.
Berbuat Baik
Melakukan kebaikan dapat memberi ketenangan kerana hati yang baik akan sentiasa merasa damai dalam memberi. Apabila kita membantu orang lain, berbuat ihsan, dan menyebarkan kebaikan, hati akan merasa puas dan bahagia. Ini kerana kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dalam menyebarkan rahmat kepada sesama makhluk.
Menerima Takdir Allah SWT
Menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang terbuka adalah kunci untuk mendapatkan ketenangan. Memahami bahawa setiap kejadian, sama ada baik atau buruk, adalah sebahagian daripada rencana Allah yang sempurna. Dengan berserah kepada Allah dan redha dengan takdirNya, hati akan merasa tenang kerana yakin bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya.
Bersyukur
Sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah. Apabila kita mengingati dan menghargai segala pemberian Allah, hati akan merasa cukup dan tidak gelisah mengejar perkara duniawi. Bersyukur juga mengingatkan kita bahawa Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita.
Muhasabah Diri
Merenung dan muhasabah diri adalah cara untuk menenangkan hati dengan mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki diri. Dengan menilai perbuatan dan tingkah laku kita, ia dapat memperbaiki kesalahan dan menjadi insan yang lebih baik. Muhasabah diri juga membantu menghargai segala nikmat yang diberikan Allah dan menyedari bahawa kita sentiasa memerlukan bimbinganNya.
Mengambil wuduk dapat menenangkan hati secara serta-merta dengan membersihkan diri secara fizikal dan spiritual. Air wuduk yang menyentuh anggota badan dapat menyegarkan tubuh dan menenangkan fikiran. Berwuduk cara menyucikan diri sebelum menghadap Allah dalam solat atau berdoa, yang dapat meningkatkan ketenangan jiwa.
Rajin Berzikir
Berzikir bererti kita selalu mengingat Allah dalam setiap langkah dan perbuatan yang kita lakukan. Tidak ada yang paling membuat hati menjadi lebih baik kecuali selalu mengingat kepada Maha Pencipta. Tanamkan dalam diri untuk senantiasa berzikir baik dalam lisan maupun perbuatan, sehingga apa yang kita perbuatan adalah berdasarkan kepada mengharap ridha Allah SWT semata.
Allah SWT berfirman yang artinya;
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram.” (Q. S Ar-Ra’du : 28).
Solat
Selain solat wajib lima waktu perbanyak juga solat sunat. Solat satu cara untuk mendekatkan diri sekaligus dapat berkomunikasi kepada Allah SWT. Solat mengubati pelbagai jenis penyakit hati seperti sombong, iri, dengki, termasuk untuk mendapatkan ketenangan jiwa.
Solat yang khusyu’ membantu membuat hati menjadi lebih tenang. Kemudian mengadu kepada Allah tentang segala keluh kesah kita, sekaligus berdo’a agar dipermudah dalam menghadapi masalah hidup. Sebagaimana firman Allah SWT yang artinya:
“Hanya kepadaMu lah kami menyembah, dan hanya kepadaMu lah kami meminta pertolongan.” (Q. S. Al-Fatihah : 5).
Sabar
Bukankah sabar itu separuh daripada iman. Ingatlah Allah tidak akan menyulitkan kita melainkan menguji iman dan taqwa kita. Yang perlu dilakukan ialah bersabar dalam menghadapi segala macam permasalahan dan cubaan yang diberikan. Allah SWT berfirman yang artinya;
“Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” (Q.S. Al-Baqarah : 153).
Dengan bersabar, insya Allah kita bisa menghadapi segala sesuatunya dengan lebih tenang.
Membaca, mendengarkan, serta mengamalkan Al-Qur’an
Allah SWT berfirman yang artinya;
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuk siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun.” (Q. S. Az Zumar : 23).
Bersangka baik kepada Allah SWT
Hidup tidak pernah lepas daripada ujian atau masalah. Semuanya adalah atas kehendak Allah SWT. Jangan menyalahkan takdir Allah atas apa jua yang terjadi pada hidup kita kerana sebenarnya Allah SWT memberikan ujian tidak lain untuk menguji iman dan taqwa kita kepadaNya. Percaya, bahawa selalu ada hikmah di sebalik segala cubaan yang kita hadapi.
Membiasakan diri bersuci
Menjaga wuduk salah satu cara mendapatkan ketenangan hati kerana dalam keadaan suci, inshaAllah fikiran menjadi lebih tenang ditambah dengan selalu mengucap berzikir mengingat kepada Allah SWT.
Menjaga silatulrahim
Jaga hubungan dengan manusia terutama darah daging sendiri, saudara mara rakan taulan malah dengan semua orang. Bila orang sayang, Allah pelihara kita daripada sebagai kesulitan hidup, Allah pandu kita membuat kebajikan. Ketenangan dan kegembiraan akan datang dengan sendirinya. Nabi Muhammad SAW bersabda yang artinya;
“Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilatul rahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT memasukkan ke dalam surga.”(H. R. Ar-Rabii).
Senantiasa bersyukur
Bersyukur. Kerana apa juga yang kita miliki tidak lain segala sesuatunya hanyalah milik Allah SWT. Kita tidak memiliki apapun; harta, tahta, bahkan nyawa kita sendiri adalah milik Allah SWT. Allah mengatur segala-galanya. Dengan begitu, kita pun akan merasa lebih lapang dan tenang kerana Allah akan menjaga segalanya bagi kita. Allah SWT berfirman;
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tentram rezekinya melimpah ruah dari segenap tempat tetapi dia mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.”
Yakin terhadap pertolongan Allah
Sesulit apapun hidup, seberat apapun masalah yang kita hadapi, kita yakin bahawa Allah tidak akan memberi cubaan pada hambaNya yang tidak mampu menghadapinya. Kita yakin bahawa Allah SWT pasti akan membantu melewati semua rintangan itu asal kita menjalaninya dengan ikhlas dan sabar serta selalu bertawakal kepadaNya.
Ketika manusia lupa bahawa Allah Maha Kuasa, dia akan berpikir bahawa ia pasti boleh menghadapi sesuatu. Namun ketika keadaan tidak memungkinkan, ia akan menjadi resah merasa dirinya tidak memiliki kemampuan. Padahal Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu dan Allah SWT berfirman yang artinya;
“Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagimu dan agar tentram hatimu kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Rajin Bersenaman
Melakukan senaman ringan seperti berjalan atau melakukan regangan dapat membantu mengaktifkan tubuh dan menenangkan fikiran. Aktiviti fizikal yang sederhana dapat melepaskan endorfin, iaitu hormon yang memberikan perasaan tenang dan gembira. Senaman juga dapat mengalihkan perhatian daripada masalah atau tekanan yang dihadapi, sekali gus menenangkan hati.
Teknik Pernafasan
Mengamalkan teknik pernafasan yang dalam dan teratur dapat membantu melepaskan tekanan dan meningkatkan ketenangan. Pernafasan yang dalam dapat membekalkan lebih banyak oksigen ke dalam badan, ia dapat menenangkan sistem saraf. Teknik pernafasan juga dapat membantu mengawal emosi dan mengurangkan stres dengan memberikan tumpuan kepada pernafasan dan bukannya kepada masalah yang dihadapi.
Minum Air
Minum air dapat membantu melancarkan peredaran darah dan menyejukkan fikiran. Air dapat menyegarkan badan dan minda, terutamanya apabila berada dalam keadaan stres atau gelisah. Meminum air dengan perlahan-lahan juga dapat memberikan ketenangan dengan memberikan tumpuan kepada tindakan tersebut dan menikmati kesegaran air. Bila hati tenang banyak masalah kesihatan dapat diselesaikan.