

Petang itu berlangsung satu peristiwa penting dan bersejarah dalam dunia fesyen Malaysia. Mungkin ada yang berasakan itu biasa-biasa saja, well, what’s the fuzz? It’s just another boutique launch! Silap.
Pembukaan butik Rizman Ruzaini dengan perancangan jangka panjang yang berani membuat ramai terpegun dan berasa cukup bangga dengan berita tersebut; selepas Kuala Lumpur, beberapa buah butik lagi akan dilancarkan di Nusantara dan juga Barat, termasuk Timur Tengah.
Jakarta bakal menjadi kota pertama di luar negara dan dijangkakan dibuka pada September ini. Excited and want to know more? Read on! Tidak cukup dengan cabaran itu, Rizman dan Ruzaini sedang bekerja keras dan memperkemaskini setiap inci proses pembukaan butik seterusnya di Dubai yang dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti. Paris? Tentulah kota penting alam fesyen yang menjadi ultimate goal setiap pereka ini, tidak ketinggalan, malah juga sedang dalam perancangan dan menunggu masanya.
Dengan keluasan premis 30,000 kaki persegi Maison Rizman dan Ruzaini Shangri-La Kuala Lumpur bakal mengolak langkah seterusnya dan membuktikan ketegaran dua pereka ini serta kesediaan mereka untuk menawan beberapa kota dunia melalui karya-karya mereka. Melalui hasil karya dan kerja keras mereka selama 20 tahun dalam arena fesyen tempatan, mereka membuktikan keseriusan mereka dalam perjuangan ini.




Tidak keterlaluan jika dikatakan inilah butik berkelas antarabangsa yang belum pernah dibuka oleh mana-mana pereka tempatan selama ini dan inilah homegrown brand yang menempa nama dari dalam negara dan kemudian membawanya ke luar negara
Berkolaborasi Untuk Teroka Dunia




Acara pelancaran oleh Rizman & Ruzaini diserta Linda dan Syed Dino bersama wartawan dan masyarakat fesyen di sidang akhbar (kanan bawah).
Perkembangan terkini ini pasti sahaja meletakkan jenama Rizman Ruzaini ke level lebih tinggi malah akan memahat nama Malaysia, khususnya Kuala Lumpur di dalam ‘fashion map’ antarabangsa.
Jika di Barat, dunia fesyen bangga dengan hasil kerja pereka tersohor Itali yang menggabungkan dua kerja seni pereka handal iaitu Domenico Dolce and Stefano Gabbana atau D&G yang juga menjadi ikon dua pereka negara ini, kini apa kurangnya Malaysia?
Untuk meneruskan legasi dan pertarungan berani ini, mereka turut berkolaborasi bersama Pengasas Modinity dan juga Button Scarves, Linda Angrea dari Indonesia yang turut hadir bersama teamnya pada majlis pelancaran dan sidang akhbar yang dianjurkan pada sebelah petang.
“Sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia kreatif dan pemasaran fesyen, saya yakin kemampuan Linda malah kerjasama dua negara ini akan membawa satu era baru dalam pemasaran fesyen tempatan,” pintas Rizman yang berharap ini akan menjadi perintis dan membuka jalan untuk generasi pereka akan datang.
Sejarah
Dua dekad bukanlah jangka waktu yang singkat dan petang tersebut membuktikan kerja keras serta keyakinan mereka terhadap produk yang mereka hasilkan hingga berani untuk bertarung di arena fesyen antarabangsa. Menerangkan estetika reka bentuk jenama dan bagaimana ia telah berkembang dari semasa ke semasa, Rizman berterus terang bahawa banyak dugaan dan pahit manis yang mereka lalui sepanjang waktu itu untuk sampai ke level ini.


“Sepanjang waktu itu kami banyak belajar daripada kesilapan sendiri tapi kami tidak pernah mengalah dan jemu untuk bangkit semula. Hingga kini baru kami pegang erat kekuatan dan kekurangan kami dalam segala segi baik dalam rekaan, trend semasa mahupun strategi pemasaran,” pintas Ruzaini.
Rentetan peristiwa dan pengalaman inilah yang menjadi sejarah syarikat dan identiti jenama. Mereka sentiasa mempertimbangkan perihal gaya reka bentuk dan falsafah mereka sendiri dalam melengkapkan dan menyumbang kepada evolusi jenama.
Faktor ini jugalah yang menjadi teras strategi mereka dalam usaha menawan pasaran Timur Tengah yang mana Dubai adalah langkah pertama yang menjadi sasaran serta fokus perancangan mereka
“Kalau mahu berjaya perlu kerja keras dan jika mahu pergi jauh maka jangan takut untuk bekerjasama. Ini yang selalu saya ulangi dan ingatkan diri sendiri juga,” pintas Linda mengapa dia memilih untuk bekerjasama dengan jenama terkenal negara ini.
Kolaborasi antara Modinity dan Button & Scarves katanya adalah satu usaha dua negara yang bakal menjulang jenama gah dua rantau ini. Nusantara katanya ada banyak keistimewaan dan khazanah yang perlu diketengahkan.
“Saya yakin dengan hasil kerja bagus dan keunikan karya pereka di rantau ini. Ia perlu diketengahkan dan dikembangkan menjadi jenama yang diterima dunia. Hari ini telah terbukti bahawa beberapa rekaan pereka tempatan menjadi tumpuan di barat.”
Rizman dan Ruzaini turut berkongsi pengalaman manis mereka ketika menyertai Dubai Fashion Week yang mana karya mereka dipakai oleh peragawati terkenal dunia dan tidak disangka-sangka menjadi tumpuan dan buah mulut dunia fesyen di sana.
“Ini sesuatu yang kami berdua impikan sejak di kolej lagi. Namun hari ini kami masih tidak percaya bahawa rekaan kami telah pun dipakai oleh supermodel antarabangsa seperti Naomi dan mendapat pujian ramai.
Lebih membuat kami sangat terharu apabila mendapat pujian daripada orang penting masyarakat fesyen di sana serta pereka tersohor mereka yang meluahkan rasa kagum mereka terhadap hasil kerja kami,” tambah Rizman.
Khususnya finished produk Rizman Ruzaini yang mereka akui better than many famous international designers yang ada di situ… So what more do we want to make ourselves motivated and push us to go further? I think this is the opportunity and we shouldn’t let it pass,” kongsi Rizman



Mengenai koleksi yang bakal dipasarkan ke luar, yang pastinya bakal mengundang banyak cabaran khususnya berkaitan tradisi, demand dan aliran yang berbeza-beza bagi setiap negara, Rizman akui, itu sebenarnya cabaran berat buat mereka namun perlu mereka lalui dan membuat kajian jika kami mahu meneruskan perjuangan ini.
Semua data yang dikumpulkan akan juga membantu mereka mengukur pendekatan syarikat dan kemampuan jenama mereka. Ini merupakan proses pembelajaran dan pembangunan yang penting untuk pertumbuhan jenama dan reka bentuk. Memahami nilai dan misi syarikat oleh setiap petugas juga penting katanya. Daripada sudut reka bentuk dan ketelitian finishing, ternyata banyak kehalusan dan kreativiti yang dipamerkan. Bagi mengenali mereka berdua memang tahu Rizman juga Ruzaini amat menekankan ketelitian dalam prinsip kerja.



Stay True to Your DNA
Bagaimana syarikat bertindak balas terhadap perubahan trend fesyen sambil mengekalkan teras identiti? Rizman berkongsi, ia bergantung kepada kesedaran tentang keseimbangan antara inovasi dan konsistensi jenama. Ini menunjukkan bahawa mereka perlu bersikap mengambil berat tentang sifat industri yang pantas dan persekitarannya dinamik.
“Bagi saya tiada yang lebih memuaskan daripada apabila seseorang pereka itu boleh dilabelkan dengan DNAnya. Apabila dia sampai ke tahap itu, maka dia dianggap berjaya. Contohnya sekilas pandang seseorang boleh meneka, oh! Itu rekaan Rizman Ruzaini!”
Fashion and trends come and go, dan setiap musim kita keluarkan pakaian mengikut trend dan permintaan pasaran, namun begitu, bagi seorang pereka yang bagus, keluarlah apa trend sekalipun dia boleh turut serta dalam permainan industri dan mengikut aliran mainstream tersebut, namun DNAnya tetap tidak hilang.”
Rahsia Keutuhan Jenama Rizman Ruzaini
The fashion world never sleeps, begitu kata masyarakat alam fesyen antarabangsa. Walaupun ketika anda sedang tidur, setiap saat dunia disegarkan dengan ciptaan-ciptaan baru yang membangkitkan citarasa serta penentu aliran.
Bagi duo fesyen ini kerjasama menjadikan roda dunia fesyen mereka berputar deras serancak aliran dunia fesyen yang mereka ceburi. Keselesaan mempunyai seseorang untuk melantunkan idea, menelan kekecewaan bersama-sama, berkongsi pengorbanan, dan mencurahkan satu karya agung untuk pengikutnya setelah melalui penghujung hari yang sukar bukan sesuatu yang mudah, namun keserasian antara mereka wujud sekian lamanya.
“Itulah rahsia kami hingga hari ini,” pintas Rizman dan dipersetujui Ruzaini, “bukan mudah untuk sampai ke level ini bersama. Tentu saja kami punya perbezaan pandangan dan pendapat, juga pada beberapa perkara lain serta pelbagai cabaran luar tapi kami mengambilnya sebagai sebahagian daripada proses kerja yang perlu kami lalui dengan bijak.” tambah Ruzaini yang tegar bahawa kreativiti sahaja tidak menjamin kejayaan yang ditempa.
Selain itu, memahami struktur organisasi syarikat dan tahap kerjasama yang tinggi di kalangan team dan do-workers dalaman mahupun pihak luar juga adalah faktor penting dalam kesejahteraan pengendalian pentadbiran jenama dan syarikat.
“Kerana itu selalunya berlaku sedangkan ia adalah teras, selain karya, kami amat pentingkan kesefahaman setiap orang dalam setiap usaha, cabaran dan Impian syarikat. Kreativiti sahaja tidak semesti menguntungkan dari segi kewangan dan ROI. Perlu bijak mengimbangi kreativiti, permintaan pasaran dan dunia nyata.”
Pemerhatian sekitar butik mewah tiga tingkat yang menempatkan beberapa ruang eksklusif, termasuk ruang tamu, bilik VIP dan konsultansi, sudut pakaian lelaki, salon pakaian pengantin dan pastinya ruang pameran koleksi couture yang luas dan begitu teliti dalam hiasan dalaman klasik moden mewah pasti membuat pengunjung teruja dan klien berasa diri dihargai. Akhir kata, dengan apa yang telah mereka buktikan setakat ini, amat meyakinkan dalam waktu terdekat Rizman Ruzaini akan berada di merata kota fesyen gah dunia dan terus menjadi kebanggan kita semua dan negara.
