FESYEN

Oro Italia 916® Habib Pencetus Trend

Bermula dengan nama Koleksi Emas Itali sewaktu awal diperkenalkan pada 2010, koleksi ini berjaya mendapat tempat di hati penggemar barangan kemas di serata negara. Sinonim dengan warna emas 916 seperti kuning, putih dan ros, koleksi yang diterbangkan dari Itali ini berjaya menjadi pencetus trend kepada industri barangan kemas emas di Malaysia. Negara Itali cukup terkenal dengan industri pembuatan barangan kemas yang bertaraf dunia. Oleh itu, Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan pakar pembuatan barangan kemas dari Itali untuk menghasilkan rekaan-rekaan unik yang kini ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.

Dalam tempoh 11 tahun berada di pasaran, koleksi ini melalui fasa penjenamaan semula di mana nama telah ditukar kepada Koleksi Oro Italia 916®. Sewaktu awal koleksi ini diperkenalkan, rekaannya lebih memfokuskan kepada gabungan manik emas dengan menampilkan rekaan seperti Beads Planet dan Cavo. Perubahan fesyen terutamanya dalam industri barangan kemas yang pantas menyebabkan HABIB sentiasa tampil kreatif dalam penghasilan rekaan yang unik dan versatile. Tahun 2021 memperlihatkan perubahan rekaan yang ketara dengan penghasilan rekaan seperti Amore dan Grafetta yang berbeza daripada rekaan yang sedia ada. Malahan rantai leher yang sewaktu awal diperkenalkan adalah bersaiz labuh, kini ditawarkan pelbagai pilihan panjang dan berat mengikut citarasa para pelanggan.

Jika dahulu Koleksi Oro Italia 916® menawarkan rekaan yang berat dan padu, namun rekaan terkini termasuk jenis sederhana dan ringan dengan julat harga berpatutan, menjadikan koleksi ini mampu milik oleh semua golongan. Malahan, rekaan untuk bayi dan kanak-kanak juga lebih diketengahkan, memberi peluang untuk para ibu untuk bergaya sedondon bersama anak-anak. Malah, koleksi Oro Italia 916® telah berkembang dengan kini menampilkan pelbagai jenis rekaan baru seperti rantai kaki yang moden dan selesa untuk digayakan.

Selain terkenal dengan hasil kerja tangan yang berkualiti tinggi dan kemas, rekaan Oro Italia 916® juga ada antaranya yang menggunakan kemasan yang berbeza seperti ‘high polish’ dan ‘diamond cut’. Tambahan pula, koleksi rantai terbaru yang menawarkan rantai berbentuk chandelier adalah suatu kelainan yang dibawakan pada kali ini. Melalui proses ‘cataphoresis lacquer’ di mana proses ini menambah warna tambahan pada emas tanpa mengubah kandungan logam emas atau berat produk menjadikan rekaan ini lain daripada yang lain.

Di samping itu, pemilihan Francisca Luhong James, Miss Universe Malaysia 2020 sebagai penghias wajah kempen ini adalah satu pilihan yang tepat buat HABIB kerana perjuangan beliau dalam memperkasakan dan memperjuangkan golongan wanita adalah sesuatu yang disokong kuat oleh HABIB. Perhiasan yang digayakan oleh wanita bukan sahaja melengkapkan gaya namun dapat menambahkan keyakinan dalam menjalani aktiviti seharian.

Related posts

LOVE, BONITO MERAIKAN IBU BERSALIN

adminwm

Yang Menarik Dalam Dunia Fesyen Kini; Logo Kembali, Plastik Menguasai…

admin

Kabinet Privé Melancarkan Koleksi Pre-Loved Bagi Memenuhi Permintaan Pelaburan Barangan Fesyen Mewah

admin

Leave a Comment