“Nasi Kerabu adalah makanan pilihan saya dalam bulan Ramadan, kerana ia mengingatkan saya tentang detik-detik berbuka puasa bersama keluarga sambil menikmati juadah kegemaran kami. Dengan kesibukan kerja kebelakangan ini, saya lebih menghargai saat-saat indah bersama orang tersayang. Bulan Ramadan bukan sahaja tentang sajian lazat, tetapi juga tentang meluangkan masa dengan ahli keluarga, dan saya berharap semua orang akan menikmati hidangan lazat dan menghargai masa bersama keluarga tersayang.” Mira Filzah
Secret Recipe, rangkaian kafe gaya hidup tempatan yang terbesar di Malaysia, akan melancarkan menu Ramadan yang amat dinanti-nantikan. Dengan populariti siri Nasi Kerabu, tema tahun ini sekali lagi menjemput orang ramai untuk menikmati masakan warisan yang lazat ini menerusi menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah
sepanjang bulan Ramadan.

Tahun ini, siri Nasi Kerabu memperkenalkan hidangan yang diperkaya dengan cita rasa moden. Sebagai pembuka selera, pelanggan boleh memilih Ayam Kunyit atau pilihan Kerabu yang disediakan termasuk Kerabu Udang, Kerabu Sotong atau Kerabu Ayam, yang dihidangkan bersama campuran sayur, sos berperisa masam pedas dan kacang tanah cincang. Bagi hidangan utama, menu sajian baharu ini terdiri daripada Nasi Kerabu Ayam Berempah berlauk ayam goreng berempah dengan aroma menyelerakan dan Nasi Kerabu Ikan Saba Kunyit, yang berlauk ikan saba kunyit goreng. Kedua-dua sajian ini dihidang dengan nasi biru bunga telang Secret Recipe yang terkenal, yang pasti mendorong pelanggan untuk kembali lagi. Di samping itu, satu sajian yang kembali atas permintaan ramai adalah Nasi Kerabu Ayam Percik yang disediakan sebagai hidangan utama.


“Kami berbesar hati memperkenalkan menu Nasi Kerabu tawaran masa terhad, yang diberi sentuhan tersendiri Secret Recipe. Pada bulan Ramadan ini, kami meraikan tradisi, kemuafakatan dan sajian lazat. Dengan menyediakan semua hidangan kegemaran Mira Filzah, kami berharap tetamu kami akan menikmati menu sajian lazat ini,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.
Menu eksklusif ini meraikan kepelbagaian tradisi kulinari Malaysia dan mencerminkan komitmen Secret Recipe untuk mencipta pengalaman menjamu selera yang berbeza. Diperakui lazat oleh duta jenama Secret Recipe sendiri, Mira Filzah, pilihan ini merupakan sajian kegemarannya pada bulan Ramadan.
Menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah akan dihidangkan dalam bentuk set pilihan untuk seisi keluarga sepanjang bulan Ramadan. Pelanggan boleh memilih antara dua set pilihan: Set untuk dua orang, yang dihidang dengan satu pembuka selera dan dua hidangan utama pada harga RM56.80; atau set untuk tiga orang, yang menawarkan dua pembuka selera dan tiga hidangan utama berharga RM80.80.

Marilah menjamu selera bersama! Menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah boleh dinikmati mulai 1 Mac di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung kecuali AEON Mall Taiping. Jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera dan mengeratkan tali silaturahim bersama orang-orang tersayang pada bulan Ramadan ini.