GAYA HIDUP

Iftar MBBC 2025 Zahir Sokongan Kempen Wakaf Al-Quran, Sasar 20000 Naskhah KeBosnia

Ramadan, bulan terbaik menggandakan amalan dan sedekah dengan limpahan pahala berganda yang dijanjikan Yang Maha Esa. Bertepatan dengan itu, Majlis Perniagaan Malaysia-Bosnia & Herzegovina (MBBC) telah menganjurkankan acara Iftar 2025 istimewa bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.

Acara ini sebagai salah satu penzahiran tanda sokongan terhadap inisiatif Wakaf Al-Quran ke Bosnia & Herzegovina. Usaha ini penting dalam tujuan untuk mengumpul dana dan kesedaran bagi menjayakan misi penghantaran 20,000 naskhah Al-Quran ke Bosnia, sejajar dengan usaha kemanusiaan yang lebih besar Malaysia untuk mengedarkan satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia.

Projek Wakaf Al-Quran telah dilancarkan secara rasmi oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, ketika Majlis Makan Malam Tahunan Malaysia-Bosnia & Herzegovina 2024. Inisiatif yang bermakna ini bertujuan untuk menyediakan naskhah al-Quran kepada masyarakat Islam di Bosnia & Herzegovina, memastikan pertumbuhan Islam yang lebih meluas dan meningkatkan akses kepada al-Quran.

Pada majlis iftar itu, Presiden MBBC, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata setakat ini majlis itu berjaya mengumpulkan kira-kira 2,000 naskhah kitab suci berkenaan, yang dibiayai oleh orang perseorangan, syarikat korporat serta menerusi derma. “Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha menyokong Kempen Infak dan Waqaf 1 Juta Al-Quran ke seluruh dunia yang dilaksanakan kerajaan ketika ini. Kita yakin program ini mampu mengumpulkan 20,000 naskhah al-Quran menjelang pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar MBBC 2025 di sini hari ini.

Majlis yang bermakna itu lebih indah apabila turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan Duta Besar Bosnia & Herzegovina ke Malaysia, Edin Jahic. Sementara itu, MBBC dalam kenyataan memaklumkan majlis iftar berkendan diadakan untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran bagi penghantaran 20,000 naskhah al-Quran ke negara itu.

Kenyataan itu memaklumkan inisiatif berkendan bertujuan untuk menyediakan naskhah al-Quran kepada komuniti Islam di negara itu bagi memastikan akses lebih besar dalam pemahaman terhadap isi kandungan kitab suci itu selain memupuk pertumbuhan Islam.

“la antara usaha mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Bosnia & Herzegovina dan menjadi satu wadah sokongan aksesibiliti ilmu Islam kepada mereka yang memerlukan,” menurut kenyataan itu. Mengimarahkan lagi majlis berbuka puasa itu, pihak penganjur turut mengadakan solat berjemaah dan meraikan anak-anak tahfiz di samping penyerahan cek sumbangan untuk program Wakaf Al-Quran dan duit raya kepada anak-anak tahfiz yang hadir.

Related posts

Embark on a Winter Adventure in Western Australia

adminwm

Makanan Mesti Dielakkan Dan Pantang Larang Wanita Hamil

admin

ATOME KITTENS LANCAR ‘GET IT WEEK’, ACARA

admin

Leave a Comment