GAYA HIDUPMelancong

Hati Tertinggal di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City

Walau sudah kurang lebih seminggu pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City dinikmati, namun sisa keseronokan itu masih terasa. Anak-anak sehingga hari ini masih bersemangat bercerita setiap perincian aktiviti yang mereka lalui sepanjang tiga hari dua malam di sana. Ya, kanak-kanak, mereka tidak kisah ke mana atau berapa jauh, asalkan lokasi itu membekaskan kenangan indah dan mengeletek hati mereka.

Buat penghuni Lembah Klang yang acapkali disekat dek kesibukan kerja untuk keluar bercuti panjang atau mungkin penduduk luar yang teringin membawa anak-anak ke hotel yang punya semua keseronokan ada pada satu lokasi, hotel ini wajar kamu pertimbangkan.  Inilah momen keseronokan yang bersatu dengan kesejahteraan yang dapat mengisi ruang masa seisi keluarga.

Terletak di i‑City Finance Avenue, 40000 Shah Alam, Selangor, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City berhampiran dengan tempat‑tempat tarikan seperti Central i‑City Mall, taman tema i‑City yang termasuklah SnoWalk dan Waterworld. Ia juga dekat dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (Masjid Biru) dan Sultan Alam Shah Museum.

Walaupun tempahan bilik boleh dibuat melalui pelbagai cara, namun saya menggalakkan kamu untuk membuat tempahan menerusi laman sesawang https://asiapac.hilton.com/en/country/malaysia. Banyak tawaran dan pakej menarik yang ditawarkan jika tempahan dibuat terus di situ.

Mandi Kolam Aktiviti Wajib Anak-Anak

Walaupun di bawah rumah kami sendiri, disediakan kolam renang, tetaplah anak-anak ini mahu terjun ke kolam renang hotel setiap kali menginap. Ini juga antara sebab kenapa DoubleTree by Hilton Shah Alam ini sesuai untuk staycation keluarga.

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menawarkan kolam renang infiniti luaran yang terletak di tingkat 5 hotel. Kolam ini direka untuk memberikan pengalaman bersantai yang menyegarkan dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Terdapat kolam khas untuk kanak-kanak yang selamat.

Sajian Tepati Selera, Siang dan Malam

1. Makan Kitchen

Restoran utama hotel yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa sepanjang hari. Menawarkan bufet sarapan, makan tengah hari, dan makan malam dengan pelbagai pilihan seperti Melayu, Cina, India, dan Peranakan. Terdapat juga stesen masakan langsung untuk pengalaman bersantap yang interaktif.

Kami sempat menikmati sarapan pagi, makan malam dan mencuba set Tom Yam Pok Tek pada tengah harinya, selepas check-out di hari terakhir. Kepelbagaian budaya makanan yang cuba disampaikan chefnya wajar dipuji kerana beliau memahami akar selera masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama memperkenalkan sajian kita kepada pelancong luar.

2. Tosca Italian Trattoria

Restoran Itali dengan suasana santai, menyajikan masakan autentik Itali  dengan pilihan tempat duduk dalam dan luar yang sangat classy. Terletak berhampiran kolam renang luar, sesuai untuk makan malam romantik atau pertemuan santai. Antara menu yang sempat kami cuba dan ternyata mengalunkan selera kami ialah bruschetta, pizza, Spaghetti Aglio Olio dan sup cendawan. Sampai sekarang, masih terasa hangat lidah ini teringatkan juadah itu.

3. Axis Lounge

Terletak di lobi hotel, tempat ini sesuai untuk menikmati minum petang bersama kopi, teh, atau minuman pilihan lain. Petang itu, kami sekeluarga berkesempatan mencuba set minum petang, Truly Malaysian High Tea dengan pelbagai tingkat menu daripada seleksi savory sehinggalah manisan. Saya suka sate dagingnya yang empuk yang dimakan bersama kuah kacang, lemang dan acar timun. Unik, kan?

4. THE KOFFEE

Kedai kopi kasual yang menyajikan kopi, teh, jus segar, serta pastri dan kek. Juga menawarkan perkhidmatan bawa pulang dan di sini juga boleh dibeli biskut cip coklat DoubleTree yang terkenal itu.

Related posts

Kate Spade New York Meraikan Wanita

admin

Seoul Garden Rai Usia Lebih 40 tahun di Malaysia Dengan Menu Istimewa Ramadan

Afiza Kamarulzaman

Hukum Ibu Sengaja Tidak Menyusukan Anaknya Tanpa Sebab Munasabah

adminwm

Leave a Comment