FESYEN

HABIB MENYULAM RANTAIAN KASIH DI AIDILFITRI DENGAN INSPIRASI SONGKET

Menyambut ketibaan Ramadan dan Aidilfitri yang penuh makna, HABIB  meneruskan tradisi kempen tahunannya, Kempen Raya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih di Aidilfitri, bermula 18 Februari sehingga 9 Mac 2026 di bilik pameran HABIB seluruh negara.

Sebagai jenama barangan kemas Malaysia, HABIB sentiasa mengangkat dan  memartabatkan keindahan warisan seni tempatan, agar ianya terus dijaga dan kekal relevan  sepanjang zaman. Tahun ini, Rantaian Kasih diraikan melalui inspirasi songket, tenunan  warisan yang melambangkan kesabaran, kehalusan dan keindahan yang terhasil daripada  sentuhan penuh makna. Kempen ini turut menampilkan Ikmal Amry dan keluarganya, yang  membawa naratif kasih sayang yang terjalin secara semula jadi, merentas generasi — seiring  dengan inspirasi songket yang melambangkan Rantaian Kasih yang disulam halus dan penuh  makna. 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer berkata, “Pemilihan songket sebagai  inspirasi kempen ini melangkaui nilai estetik semata-mata. Ia melambangkan hubungan yang  terjalin erat antara keluarga dan generasi; seperti benang-benang halus yang disulam menjadi  satu rantaian kasih yang kukuh dan bernilai. Melalui kempen ini, HABIB berharap dapat  mengukuhkan semangat kekeluargaan, merapatkan silaturrahim, sambil meraikan warisan  budaya Melayu dan mengangkat seni kraf tempatan agar terus dihargai dan relevan dalam  kehidupan moden. Dengan menyulam elemen tradisi bersama sentuhan kontemporari, kami  ingin menzahirkan kesinambungan warisan yang terus hidup dari satu generasi ke generasi  seterusnya”.

Seiring kempen Rantaian Kasih, HABIB turut memperkenalkan koleksi baharu berinspirasikan  songket yang mengangkat motif ikonik seperti pucuk rebung, kotak bercampur, bunga telepuk,  bunga berbaling dan sebagainya diterjemahkan ke dalam rekaan barangan kemas yang  eksklusif. Koleksi ini menampilkan barangan kemas eksklusif berlian dan batu permata,  koleksi Oro Italia 916 dan barangan kemas emas 916 dengan rekaan eksklusif yang hanya  boleh didapati di HABIB. Koleksi baharu ini termasuklah koleksi sepadan ibu dan anak, serta  koleksi lelaki yang merangkumi cincin dan butang baju melayu bertatahkan berlian dan batu  permata, diikat dengan paladium perak, untuk melengkapkan gaya Raya dengan sentuhan  warisan.

Antara koleksi berlian dan batu permata inspirasi songket

“Nilai kesabaran, ketelitian dan kemahiran tinggi yang terdapat dalam seni songket ini selari  dengan pendekatan HABIB dalam menghasilkan barangan kemas, di mana kami melalui  proses penyelidikan yang mendalam dan sentuhan penuh teliti, demi memastikan setiap  rekaan membawa mutu serta nilai yang berkekalan,” tambah Dato’ Sri Meer.

HABIB turut menampilkan koleksi emas 999.9 yang sesuai dijadikan simpanan dan pelaburan  jangka panjang, termasuk Jongkong Emas 999.9 Edisi Songket. Selain itu, Wafer Emas 999.9  Edisi Songket dengan lima rekaan eksklusif yang mengetengahkan motif Songket iaitu Bunga  Bintang, Bunga Pecah Lapan, Pucuk Rebung Gigi Yu, Bunga Ros dan Tampuk Manggis,  masing-masing membawa naratif tersendiri.

Wafer Emas 999.9 Edisi Songket

Kempen Rantaian Kasih Aidilfitri 2026 berlangsung dari 18 Februari hingga 9 Mac 2026 di  seluruh bilik pameran HABIB. Melalui kempen ini, HABIB berharap agar Aidilfitri diraikan  dengan lebih bermakna, bukan sekadar kemeriahan, tetapi melalui hubungan yang dipelihara, warisan yang dihargai serta kasih yang terus disulam dari hati ke hati. Untuk maklumat lanjut,  layari www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di media sosial menerusi Instagram dan TikTok  (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).

Related posts

Temubual Bersama Pengasas UMMA, Zairin Azman

admin

Apa Yang Membuat Lelaki Ini Stylish – Style Icon?

admin

RIZMAN RUZAINI-Pahat Nama di Peta Fesyen Dunia

Mahani Awang

Leave a Comment