Dalam dunia fesyen Raya yang sentiasa berevolusi, jenama pakaian lokal bersignaturkan uber klasik, Qhiam terus mengekalkan identitinya sebagai jenama tempatan yang memahami makna sebenar perayaan iaitu meraikan keluarga, warisan dan gaya yang kekal relevan merentas masa. Koleksi Raya 2026 mereka kali ini menandakan satu lagi bab penting buat Qhiam, di mana kehalusan rekaan moden disatukan dengan nilai tradisi Melayu yang autentik.
Tahun ini, Qhiam melangkah lebih jauh dengan memperkukuh kehadiran fizikalnya melalui pembukaan showroom pertama di Shah Alam, diikuti kedai baharu di Bangi, serta perancangan lokasi akan datang di IOI City Mall, Putrajaya. Perkembangan ini bukan sekadar peluasan perniagaan, tetapi satu jemputan kepada pelanggan untuk mendekati jenama ini secara lebih peribadi dengan meyentuh sendiri fabrik, menilai potongan, dan menghargai ketelitian seni jahitan.

Buat tahun kedua berturut-turut, selebriti Noh Salleh kembali sebagai wajah Qhiam, membawa naratif keaslian dan karakter yang seiring dengan DNA jenama. Kehadirannya menghidupkan Koleksi Nohstalgia Galur 2026, sebuah koleksi berpasangan untuk seisi keluarga; lelaki, wanita dan kanak-kanak yang meraikan kebersamaan dalam suasana Syawal yang penuh makna.
Koleksi Galur 2026 tampil dengan pembaharuan signifikan melalui penggunaan fabrik yang lebih ringan, namun tetap mengekalkan rasa premium dan struktur potongan yang kemas. Keselesaan menjadi keutamaan tanpa mengorbankan estetika, menjadikan koleksi ini sesuai untuk digayakan dari pagi hingga ke malam. Melengkapkan himpunan ini, Koleksi Kurta Teman hadir dengan enam rekaan serta fabrik baharu yang mengimbangi elemen moden dan tradisi dalam satu siluet yang versatil.


Mengangkat seni jahitan klasik ke tahap yang lebih refined, Qhiam memperkenalkan Artisan Teras Collection, sebuah koleksi yang meraikan potongan ikonik seperti pesak, kolar teluk belanga dan lengan tiga suku. Diperbuat daripada fabrik campuran kapas-linen yang mewah, koleksi ini menzahirkan ketelitian, kesabaran dan penghormatan terhadap warisan busana Melayu. Amy Search tampil sebagai wajah koleksi ini, mencerminkan keaslian, kekuatan karakter dan penghargaan terhadap seni yang tidak lapuk ditelan zaman.
Sebagai pelengkap gaya, Qhiam turut memperkenalkan sembilan rekaan samping eksklusif, direka dengan pendekatan kontemporari untuk melengkapkan busana Raya 2026 secara menyeluruh. Ia satu perincian kecil yang memberi impak besar kepada keseluruhan penampilan.


Dalam masa yang sama, Sendja, jenama adik Qhiam untuk gadis muda, mempersembahkan 13 rekaan baharu yang segar, moden dan serba boleh. Koleksi ini memberi kebebasan kepada gadis muda untuk mengekspresikan identiti mereka melalui gaya yang fleksibel daripada siluet kasual hinggalah ke acara formal tanpa mengabaikan elemen tradisi Melayu yang menjadi asas rekaan.

“Dengan Qhiam Raya 2026, kami ingin meraikan keluarga, tradisi dan gaya moden dalam satu pengalaman yang bermakna,” ujar wakil jenama tersebut. “Setiap koleksi direka untuk mencipta kenangan, bukan sekadar penampilan.”
Qhiam menjemput para pencinta fesyen untuk menyelami sendiri Koleksi Raya 2026 di showroom Shah Alam dan Bangi, serta tidak lama lagi di IOI City Mall, Putrajaya. Satu pengalaman Raya yang bukan sahaja tentang apa yang dipakai, tetapi tentang nilai dan cerita di sebaliknya.
