FESYEN

Dinamis Aura Alia dan Scha – Bersatu Dalam koleksi Aidilfitri 2020

Apakah yang pasti berlaku apabila dua wanita dinamik bergabung tenaga? Tentulah satu ledakan aura luar biasa tercetus. Segalanya bermula dengan sehelai dress yang Alia cipta untuk Scha Alyahya dan sehelai sut untuk pasangannya Awal Ashaari bagi satu acara karpet merah sembilan tahun lalu. Ketika itu jenama Alia Bastaman baru saja muncul dan namanya pun tidak dikenali lagi. Mungkin ada chemistrinya di situ, walaupun muka baru dalam arena fesyen dan tidak dikenali lagi ketika itu, aura Alia dan Scha tercetus menjadi satu dynamism – dalam persahabatan juga citarasa fesyen mereka.

Sekian lama hasrat Alia untuk bekerjasama dengan Scha akhirnya menjadi nyata, “Dah lama saya menyimpan hasrat untuk bekerja dengan Scha,” katanya teruja, ”Asalnya saya melamar Scha sebagai wajah untuk salah satu daripada kempen saya, namun setiap kali saya mereka pakaian untuknya, saya perhatikan dia akan berkongsi idea-idea segar dan memberikan feedback yang bernas. Saya sukakan cara itu dan Scha pula punya citarasa yang saya gemari. I mean, she has her own sense of style that I love!”

[thb_gap height=”20″]

“Ketika itu September tahun lalu kami di satu pertunjukan Minggu Fesyen Milan, kami berbual tentang membuat sesuatu bersama. Saya fikir akan hanya sekadar memperagakan ciptaan Alia… and now we’re actually designing a collection together,” cerita Scha teruja dengan hilaian tawa signaturenya,”

Sejak pertama kali mereka bersua, bagaikan ada sesuatu daya pengikat kepada dua jiwa besar ini; sifat bersahaja dan merendah diri yang dimiliki oleh Scha menarik hati Alia dan citarasa juga keperibadian Alia pula saling membuat Scha berasa senang dan selesa. Namun sifat lasak dan berkeyakinan tinggi tanpa perlu beria-ia yang di miliki Scha itulah yang ketara mencuri tumpuan Alia. Secara tidak langsung Scha mewakili dengan sempurna jenama Alia Bastamam dan wanita secara amnya.

“Ketika itu September tahun lalu kami di satu pertunjukan Minggu Fesyen Milan, kami berbual tentang membuat sesuatu bersama. Saya fikir akan hanya sekadar memperagakan ciptaan Alia… and now we’re actually designing a collection together,” cerita Scha teruja dengan hilaian tawa signaturenya,”

Sejak pertama kali mereka bersua, bagaikan ada sesuatu daya pengikat kepada dua jiwa besar ini; sifat bersahaja dan merendah diri yang dimiliki oleh Scha menarik hati Alia dan citarasa juga keperibadian Alia pula saling membuat Scha berasa senang dan selesa.

[thb_image full_width=”true” lightbox=”true” image=”12235″]
[thb_gap height=”20″]

Namun sifat lasak dan berkeyakinan tinggi tanpa perlu beria-ia yang di miliki Scha itulah yang ketara mencuri tumpuan Alia. Secara tidak langsung Scha mewakili dengan sempurna jenama Alia Bastamam dan wanita secara amnya.

Dengan perancangan teliti pada penghujung tahun lalu, satu keputusan dibuat yang mana Scha dan Alia akan bekolaborasi secara kreatif dalam menghasilkan koleksi Aidilfitri 2020. Antara lain, Scha mengimbas kembali dan mengangkat semula rekaan kegemarannya yang pernah dihasilkan Alia Bastamam. dalam koleksi Raya kali ini. Misalnya rekaan wrap Alia yang menjadi signaturenya dan telah digayakan oleh ramai artis wanita sejak pertama kali diperkenalkan dalam Alia’s Resort Collection 2014.

“Seingat saya rekaannya berwarna merah gelap dengan titik polka rona krim!” kata Scha teruja. Rekaan ini terdapat dalam koleksi Raya 2020 ini dalam variasi baru yang berbeza. Titik polka untuk himpunan kali ini dicetak menggunakan cetakan khas bentuk air mata dengan taburan logo signature Alia Bastamam serta sentuhan kilauan titik elemen Swarovski.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Seringkasnya, bukan sahaja ianya satu kurasi yang menginterpritasi elemen silam himpunan Alia namun koleksi ini mempamerkan rekaan yang diinspirasikan oleh Scha melalui citarasa fesyennya yang tersendiri. Diberi nama Koleksi Kurung Lara, sempena anak perempuan kesayangan Scha, himpunan ini menampilkan gaya baju kurung yang menyeronokkan dengan lengan yang diberi sentuhan mewah yang dipilih daripada himpunan gaya hidup terkini Scha.

Secara ringkas dan jelas, himpunan ini mempamerkan pilihan meluas yang memberi fokus kepada pernyataan gaya Scha Alyahya yang anggun dalam kelasnya yang tersendiri. Didatangkan dalam fabrik mewah ia pasti menjadi pilihan sempurna bagi wanita yang seangkatannya dan satu inspirasi buat yang mahu mencuba.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Beg Tote & Charms Anya Hindmarch FW2018

admin

In My Choos: Temubual Bersama Kate Moss

admin

Forever 21 Alami Masalah Kewangan dan Mungkin Akan Bankrup

admin

Leave a Comment