Malam penyampaian Anugerah Ibu Zain 2025 yang julung kali diadakan berlangsung penuh gilang-gemilang di Dewan Merdeka, Pusat Perdagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini. Dengan realiti itu, maka terlaksanalah hasrat untuk mengangkat dan memperingati jasa wanita unggul Ibu Zain

Ucapan pembukaan oleh Pengerusi The Muslim World Women’s Summit Dr Raja Laila Rani binti Dato’ Dr. Haji Muhamad Abdullah dan Ucapan Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakt, Datuk Seri Dr, Noraini binti Ahmad



Anugeah Ibu Zain (AIZ) memberikan penghormatan kepada wanita luar biasa yang memberikan sumbangan besar dalam pelbagai bidang dan 13 kategori dipertandingkan termasuk pendidikan, keusahawanan, perundangan, sukan, kesukarelawanan dan lain-lain.
Penganugerahan tersebut juga adalah acara kemuncak sempena Festival The Muslim World Women's Summit: Voice of H.E.R yang berlangsung beberapa hari di WTC dengan pelbagai acara dan aktiviti termasuk gerai dagangan produk halal, seminar, forum dan lain-lain.
Pemilihan nama Anugerah Ibu Zain 2025 ini, adalah bersempena dengan nama seorang pelopor pendidikan dan pejuang hak wanita dikenali Tan Sri Zainon Munshi Sulaiman atau Ibu Zain. Terzahirnya anugerah ini dikira tepat pada masanya yang mana ia secara langsung mewakili dan menjadi lambang ketabahan, kepimpinan dan kecemerlangan wanita Malaysia sekian lama ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hadir menyampaikan anugerah berprestij itu pada malam kemuncak tersebut.Turut hadir pada acara itu juga ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Sembilan juri termasuk YB Senator ® Datuk (Dr) Ras Adiba Radzi, Datuk Waheedah Faruz, Prof Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi Norman dan Wanita Ikon Malaysia 2024/25 Dr. Sh. Marzety Adibah dipertanggungjawabkan untuk menilai calon-calon terpilih daripada pelbagai kategori termasuk kategori Pendidikan, Perundangan, Sukarelawan,Teknologi, Keushawanan, Kesukanan, Kesenian, Kesihatan, Inspirasi dan Istimewa.


Tina Binti Tajuddin dan Neelofa menerima anugerah
Pada malam bersejarah itu, selebriti terkenal, Neelofa dan penyanyi, Marsha Milan antara 13 wanita luar biasa dipilih sebagai penerima Anugerah Ibu Zain 2025. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor diberikan Anugerah Wanita Inspirasi, manakala Marsha pula menerima Anugerah Wanita Kesenian.
Penerima lain yang memenangi Anugerah Ibu Zain 2025 termasuk legenda skuasy negara, Datuk Nicol David yang menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Voices of H.E.R atas pencapaiannya dalam sukan dan pengaruhnya di peringkat global


Datuk Pandelela Rinong dan legenda skuasy negara, Datuk Nicol David menerima anugerah



Dr. Nurhaliza Abdul Wahab, Puan Hajah Chaya Binti Sulaiman dan Dato Dr Hartini Zainudin menerima anugerai bagi kategori masing-masing.


Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B dan Puan Siow Lee Chan antara penerima anugerah
Penerima lain termasuk atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong (Anugerah Wanita Kesukanan), pempengaruh dan usahawan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Anugerah Wanita), Chaya Sulaiman (Anugerah Kesukarelawan), Dr Nur Haliza Abdul Wahab (Anugerah Wanita Teknologi), Shamsiah Abdul Rahman (Anugerah Ibu Mithali) dan Dr Rafidah Abdullah (Anugerah Wanita Kesihatan).
Selain itu, kategori Anugerah Wanita Istimewa diberikan kepada Siow Lee Chan, manakala Che Siti Noraini Nuawi menerima Anugerah Wanita Keusahawanan, manakala kategori Anugerah Wanita Perundangan diberikan kepada Datuk Dr Hartini Zainuddin dan Anugerah Wanita Pendidikan dimenangi Tina Tajuddin yang juga adalah pemenang Wanita Ikon Negeri Perak 2024/25.




Majlis malam tersebut dirancakkan lagi dengan kemunculan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah dan Haziq serta persembahan fesyen.