GAYA HIDUP

LUMICKO MEMPERKASA PENDIDIKAN KANDUNGAN DIGITAL DAN MEDIA

Taylor’s University, melalui Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, secara rasmi melancarkan Lumicko, sebuah platform penstriman multimedia bersepadu pembelajaran yang direka untuk memperkukuh kaedah pembelajaran, penghasilan, dan mempamerkan karya digital oleh pelajar. Platform ini menandakan satu kemajuan penting dalam komitmen institusi untuk memperbaharui pendidikan kreatif dan mengukuhkan jalinan antara akademia dan industri.

Pelancaran Lumicko selaras dengan perkembangan pesat sektor kandungan digital dan penstriman di Malaysia, yang menjana RM5.31 bilion pada 2023. Pasaran Over-The-Top (OTT) pula dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 18.5% antara 2025 hingga 2031. Seiring perubahan tingkah laku penonton yang semakin beralih kepada platform dalam talian dan “on-demand”, keperluan terhadap graduan yang memahami konvensyen penstriman moden, strategi penglibatan penonton serta pembangunan kandungan asli semakin meningkat.

Prema Ponnudurai, Founder of Lumicko and also Head of School of General Studies and Languages, Taylor’s University; Mediha Mahmood, Chief Executive Offer, Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia; Professor Barry Win, Vice-Chancellor and President, Taylor’s University; Datuk P. Kamalanathan, Former Deputy Minister of Education of Malaysia and Council Member of Malaysian Qualification Agency; Professor Dr Neethiahnanthan Ari Ragavan, Executive Dean of the Faculty of Social Sciences and Leisure Management, Taylor’s University; Professor Dr Adrian Lee, Head of School of Media and Communications, Taylor’s University gathered at the Lumicko launch at Taylor’s University. This event marked a significant milestone in advancing creative education and strengthening pathways between academia and industry.

Selain itu, Lumicko berfungsi sebagai ekosistem pencarian bakat yang membolehkan pengarah, penerbit dan agensi kreatif mengenal pasti bakat baharu dengan lebih mudah. Bagi pelajar, Lumicko menjadi platform portfolio mereka, manakala bagi pakar industri, ia menyediakan akses kepada bakat kreatif yang baharu.

Profesor Dr Neethiahnanthan Ari Ragavan, Dekan Eksekutif Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Rekreasi di Taylor’s University, berkata: “Lumicko bukan sekadar platform penstriman, tetapi sebuah ekosistem pembelajaran yang mendorong transformasi. Dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan, menerbitkan serta mempersembahkan karya dalam persekitaran sebenar, kami membentuk graduan yang bersedia memasuki industri dengan keyakinan, kreativiti dan pemahaman yang jelas tentang standard profesional.” 

Professor Barry Winn, Vice-Chancellor and President of Taylor’s University, delivering his welcome remarks, highlighting Lumicko as a key step in advancing digital content and media education.

Lumicko dibimbing oleh Panel Penasihat Industri (IAP) pusat pengajian tersebut yang terdiri daripada Mediha Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia, Dato’ Ts Dr Haji Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, serta Anissa Maria Anis, rakan kongsi di firma Christopher & Lee Ong yang pakar dalam undang-undang media dan telekomunikasi, antara lainnya. Panel ini memastikan Lumicko mematuhi standard profesional berkaitan etika, hak cipta dan keselamatan siber, di samping memberi pendedahan industri sebenar kepada para pelajar.

Mediha Mahmood, Chief Executive Offer, Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia, delivering her opening speech, sharing insights on the importance of responsible content creation and industry standards.

Menurut Mediha Mahmood, “Lumicko menyediakan ruang berstruktur untuk pelajar menghasilkan dan menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab, sambil membina kefahaman terhadapstandard industri. Sebagai ahli IAP, saya melihat Lumicko sebagai penghubung penting antara pendidikan dan ekosistem kandungan profesional negara, sekaligus memastikan bakat masa depan memasuki industri dengan kemahiran, keyakinan dan asas etika yang kukuh.”

Platform ini diintegrasikan sepenuhnya dalam modul-modul di bawah program Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, termasuk bidang kewartawanan, perhubungan awam, pengiklanan dan produksi media digital, yang memberikan pelajar pengeluaran sepenuhnya dari idea hingga penerbitan.. Dengan menghubungkan pendidikan, kreativiti dan teknologi, Lumicko mencerminkan komitmen Taylor’s University dalam memacu pendidikan media digital dan melahirkan generasi profesional baharu yang bersedia bekerja  dalam bidang penstriman, penghasilan kandungan dan sektor digital yang semakin berkembang.

Sewaktu pelancaran, sesi panel membabitkan pakar industri dan akademik diadakan bersama Prema Ponnudurai, Pengasas Lumicko dan Ketua Pusat Pengajian Am dan Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Rekreasi, Taylor’s University, Datuk P. Kamalanathan, Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dan Ahli Majlis Malaysian Qualifications Agency, Peter Wong, pengarah filem dan Ketua Pegawai Eksekutif ACE Pictures Entertainment LLC, Prem Anand Rajahram, Naib Presiden Kandungan di Astro Malaysia Holdings Berhad dan Naib Presiden Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, dan Anissa. Mereka membincangkan peranan universiti dalam memupuk bakat kreatif serta menekankan kepentingan Lumicko dalam memenuhi keperluan ekosistem media di Malaysia dan di peringkat global yang sentiasa berubah.

A panel of leading industry experts and academics, Philip Gan Chee Keat, Moderator and Programme Director of Bachelor of Mass Communication (Honours), Taylor’s University; Datuk P. Kamalanathan, Former Deputy Minister of Education of Malaysia and Council Member of Malaysian Qualification Agency; Peter Wong, Filmmaker and Chief Executive Officer of ACE Pictures Entertainment LLC; Prem Anand Rajahram, Vice President of Content at Astro Malaysia Holdings Berhad and Vice President of Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd; Anissa Maria Anis, Partner at Christopher & Lee Ong; Prema Ponnudurai, Founder of Lumicko and also Head of School of General Studies and Languages, Taylor’s University discussing on The Role of Universities in Nurturing Creative Talents.

Lumicko kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store untuk pelajar, pendidik dan pakar industri mengakses serta berinteraksi dengan pustaka kandungan asli terbitan pelajar yang semakin berkembang.

Related posts

Makan Malam Gala Jubli Perak Ulang Tahun MAHO Ke-25 Berlangsung Gemilang dan Mengujakan

Afiza Kamarulzaman

West Side Story’ star Ariana DeBose  

adminwm

Mandarin Oriental Kuala Lumpur

adminwm

Leave a Comment