kecantikan

Salun Mewah Patuh Syariah Buat HIjabi Berdandan Selesa

Semua wanita sudah lali dengan ungkapan ‘rambut itu mahkota wanita’. Namun, berapa ramai yang benar-benar memberi perhatian dan penjagaan selayaknya mahkota yang menjadi lambang kekuasaan ‘sang ratu’? Apatah lagi jika seseorang wanita itu sudah berhijab, penjagaan kullit kepala dan rambut sepatutnya lebih terperinci dan berganda.

Ya, kebanyakan wanita berhijab mengakui rutin biasa penjagaan rambut mereka hanyalah mencuci dan memakai perapi sahaja. Dan rutin ini hanya dilakukan di rumah tanpa seliaan tangan profesional. Antara alasan kebanyakan hijabi tidak mahu melakukan rawatan di salun adalah kerana kekurangan salun yang menawarkan perkhidmatan mesra-muslimah.

Jadi, hari ini usahawan tempatan ini memberikan penyelesaiannya…

Siapa tidak kenal salun tempatan terkemuka yang diasaskan ’rambut-guru’ popular Malaysia, Bambang Soteto iaitu Hairkunst. Dalam dunia kecantikan moden yang semakin menuntut keseimbangan antara gaya hidup, kualiti dan nilai peribadi, Hairkunst sekali lagi melangkah ke hadapan dengan pelancaran Hairkunst Hijabis Luxe di Bandar Baru Bangi. Lebih daripada sekadar sebuah salun dandanan rambut, ia hadir sebagai destinasi eksklusif yang meraikan kecantikan wanita Muslimah melalui pendekatan yang beretika, sofistikated dan patuh syariah.

Pembukaan rasmi ini menandakan satu fasa baharu dalam perjalanan Hairkunst sebagai jenama salun profesional yang memahami keperluan wanita Muslimah kontemporari juga mereka yang menghargai kecantikan tanpa perlu berkompromi dengan prinsip agama.

Menurut Pengasas Bersama Hairkunst, Bambang Soteto, idea penubuhan Hairkunst Hijabis Luxe tercetus daripada satu realiti yang sering tidak disedari ramai usahawan salun, iaitu keperluan ruang rawatan rambut yang tertutup sepenuhnya, selesa dan menghormati aurat wanita Muslimah masih belum dipenuhi secara menyeluruh.

“Hairkunst Hijabis Luxe diwujudkan sebagai sebuah solusi elegan dengan ruang yang membolehkan wanita Muslimah memiliki rawatan rambut bertaraf profesional dalam persekitaran yang tenang, tertutup sepenuhnya dan selari dengan nilai syariah,” jelas beliau.

Mengangkat konsep salon eksklusif ’untuk wanita sahaja’, Hairkunst Hijabis Luxe menekankan privasi sebagai elemen teras. Setiap ruang dirancang dengan teliti bagi mewujudkan pengalaman intim dan menenangkan, jauh daripada gangguan visual mahupun bunyi. Pendekatan ini diperkukuhkan dengan pemilihan produk yang sangat selektif dan premium serta tidak dijumpai di mana-mana pasaran tempatan, hanya di sini.

Menurut rakan kongsi Hairkunst, Puan Yuskiahniza Md Yusof, sehingga 95 peratus produk yang digunakan berasaskan vegan, termasuk pewarna rambut vegan telus air, rawatan rambut organik, keratin, rebonding dan rawatan kulit kepala. Setiap formulasi dinilai bukan sahaja dari sudut keberkesanan, malah aspek keselamatan, kebersihan serta kesesuaiannya dengan keperluan ibadah wanita Muslimah.

Bagi menyempurnakan pengalaman bertaraf antarabangsa, Hairkunst Hijabis Luxe dilengkapi dengan peralatan profesional berjenama premium seperti Dyson dan GHD, yang sinonim dengan prestasi tinggi dan ketelitian. Susun atur salun pula menampilkan sentuhan kontemporari yang elegan, merangkumi ruang VIP peribadi, VIP manicure dan pedicure, perkhidmatan valet eksklusif, serta ruang menunggu khas untuk suami dan ahli keluarga yang direka berkonsepkan dinding kaca. Sofistikated, tenang dan selesa.

Dari sudut pelaburan, hampir RM700,000 diperuntukkan bagi merealisasikan Hairkunst Hijabis Luxe. Pelaburan ini mencerminkan kesungguhan Hairkunst dalam memastikan setiap perincian daripada reka bentuk dalaman tertutup patuh syariah, kelengkapan profesional bertaraf tinggi, pemilihan produk vegan premium, hingga kepada sistem operasi dapat  menyokong satu pengalaman kecantikan yang eksklusif dan berkelas.

Related posts

Pretty Pink untuk Pinktober; Solekan Manis dengan Mesej Bermakna

Afiza Kamarulzaman

Me Time, Manjakan Diri

Afiza Kamarulzaman

Jurusolek Ayangkamel Kongsi Tips Solekan Raya, Ikut  Tema Baju dan Fabrik

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment