AGAMA

KHATAMKAN QURAN DI BULAN RAMADAN MESKIPUN SEKALI

Ramadan disebut sebagai Syahrul Quran (bulan al-Quran) kerana pada bulan itu kitab yang mulia ini diturunkan dalam bentuk sekaligus daripada Lauhil Mahfuz ke langit dunia.

Allah berfirman:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ

Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. [al-Baqarah 2:185]

Adalah baginda Nabi bertadarus bersama Malaikat Jibril pada malam-malam bulan Ramadhan.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya daripada Abi Hurairah, dia berkata:

أن جبريل كان يعْرضُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً ، فَعرضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ فِي الْعَامِ الَّذِي قُبِضَ فيه

Maksudnya: “Sesungguhnya Jibril akan mengulang bacaan Al-Quran bersama Nabi sallallahu alaihi wasallam pada setiap tahun sekali dan ketika tahun kewafatan Nabi sallallahu alaihi wasallam, Jibril mengulangnya sebanyak dua kali”. [HR. Bukhari, 4614]

Ibnul Asir berkata:

أي كان يدارسه جميع ما نزل من القرآن

“Jibril mengajarkan (mengulang kaji) dengan baginda Nabi semua al-Quran yang diturunkan.” [An-Nihayah fi Gharibil Hadis wal Asar, hlm. 3/83]

Antara petunjuk salaf di bulan Ramadan ialah kesungguhan mereka dengan al-Quran. Beberapa di antara mereka ada yang mengkhatamkan al-Quran berkali-kali selama bulan Ramadan.

  • Daripada Ibrahim An-Nakh’i berkata, Al-Aswad menghatamkan Quran pada bulan Ramadan setiap dua malam. [Siru A’lami an-Nubala’, hlm. 4/51]
  • Daripada Mujahid bahawa dia khatam Quran setiap malam pada bulan Ramadan. [at-Tibyan, hlm. Hlm. 74]
  • Daripada Rabi’ bin Sulaiman berkata, Imam Syafie menghatamkan Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadan. [Siru A’lami an-Nubala’, hlm. 10/36]

Selain daripada mereka masih banyak lagi para ulama yang menghatamkan al-Quran di bulan Ramadan. Untuk itu, pada bulan yang mulia ini kita mesti sempatkan diri untuk mengkhatamkan al-Quran meskipun hanya satu kali sahaja, kerana membaca al-Quran di bulan Ramadan sangat istimewa berbanding dengan membacanya pada hari-hari yang lain.

Sekian.

Semoga kita mendapat keampunan dan keredaan.

Unit Dakwah Yayasan Ta’lim
AHMD

Related posts

Personaliti Wanita Agung Dalam Islam: Saidatina Khadijah Isteri Nabi SAW

admin

BULAN RAJAB

admin

Memuliakan Tetamu dan Kebaikan Rumah Terbuka

adminwm

Leave a Comment