COVER STORY

Datuk RJ Khan Perjalanan Fesyen Saya

“Apa itu kejayaan? Saya selalu ditanya oleh wartawan malah kawan-kawan yang mahu mendengar kisah kejayaan saya. Jawaban saya ringkas. Saya suka meminjam kata-kata John D. Rockefeller. “Don’t be afraid to give up the good to go for the great.”

Ini saya jadikan pegangan. Saya mahu hanya yang terbaik sahaja dalam hidup, dan untuk semua ini kita kena rajin, berani dan yakin. Rajin tidak semestinya kamu perlu bekerja 24/7 mengenepikan segalanya dan bekerja tanpa henti. Tidak, kerana 24 jam itu perlu dibahagikan sebaik mungkin demi menikmati kesempurnaan hidup. Begitu juga dengan berani, keberanian satu sifat mulia, berani juga mesti kena pada tempatnya, dan yakin. maksud saya begini, ‘dare to live the life you have dreamed for yourself, Go forward and make your dream come true.” Pada saya kalau kamu misalnya ‘give up’ apa yang kamu pernah impikan, apa lagi yang tinggal dalam hidup ini?”

Siapa Datuk Rahmahjan Khan? Dia tokoh korporat dan berkecimpung dalam dunia politik, tetapi dia lebih senang tidak bercerita banyak mengenai hal ini. “Saya buat kerja belakang tabir, orang tidak nampak kita bekerja tetapi nanti akan melihat hasilnya. Saya mengeluarkan alat solek, berjumpa dengan pakar sehingga ke Korea dan Paris. Tetapi saya lebih senang menjalin bisnes dengan rakan di Korea, lagi pun ia lebih sesuai dengan kulit rantau ini. Belum lagi memasarnya secara besar-besaran dan memilih menggembangkan pasaran di Sabah dahulu sebelum ke semenanjung. Feedback yang saya terima memuaskan, dan saya percaya ia akan pergi jauh.”

Perjalanan Fesyen Saya

“Pasti ramai yang kenal saya kerana bermula tahun 2000 saya sudah memulakan butik sendiri dinamakan RJ Couture (Rahmahjan Couture), dan hari ini jenama saya tidak perlu dipekenalkan lagi kerana bila tiba musim kahwin, bertunang, pernikahan, resepsi, RJ Couture lah yang mereka cari. Begitu juga di musim perayaan, jenama ini menjadi pilihan warga bergaya Sabahan khasnya. Ada kata RJ Couture mahal, tetapi kalau pun mahal kerana ia sebuah adi busana (couture), beberapa proses rapi diperlukan untuk menjadikan pakaian itu cantik di mata dan pastinya terletak indah di badan.

“Namun begitu saya juga menyediakan pakaian ‘ready to wear’ yang kami namanya JKhan, juga mengambil sempena nama saya. Ia jauh lebih menarik daripada segi harga tetapi tidak kurang sempurna ciptaannya, halus jahitan dan menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi. Percayalah kalau anda sudah biasa dengan jenama kami, anda tidak mahu lagi membeli di mana-mana, dan anda tidak mahu lagi memakai jenama lain. Sebab saya ini seorang yang amat cerewet, tanyalah pekerja saya, kalau saya tengok jahitan tidak kemas, atau apa juga kecacatan lain, saya tidak akan kompromi, kerana itu pekerja saya tidak berani nak main-main, customers are always right. Satu lagi, JKhan amat mengambil berat jenis fabrik, kerana ia mesti selesa dipakai. Jangan rupa cantik tapi bila pakai naik ruam atau panas beruap. Pada saya biar untungnya sedikit tetapi pelanggan akan hormat dan bangga memakainya, dan datang membeli lagi.

“Menarik mengenai jenama JKhan, paling kurang pun setahun dua kali kami akan mengadakan pertunjukan fesyen besar-besaran. Well, we would like to celebrate life with them. Dunia fesyen akan pudar kalau kita tidak mewar-warkan kepada masyarakat. Dunia fesyen akan malap kalau kita hanya memikirkan untuk mencari untung semata. Bagi saya sedikit daripada keuntungan yang kami perolehi akan digunakan untuk meraikan pelanggan khasnya, dan kawan-kawan, yang jauh dan dekat. Kami akan terbangkan mereka dari Jakarta, KL, Singapura, Brunei, ya mereka yang sentiasa menyokong kami. Saya petik ‘quote’ ini, To me, giving back is important. It  makes others feel good which then in return makes me feel good.” Katie Cassidy.

“Pertunjukan fesyen JKhan/RJ Couture bukan pertunjukan fesyen biasa-biasa. Pada saya setiap yang saya lakukan mesti memenuhi cita rasa saya. Nevermind, I have to spend a huge some of money, sebab saya juga hendak didik dan mendedahkan kepada anak Sabah khasnya, waktu sama memartabatkan fesyen. Saya mahu pentas, pencahayaan, muzik, dekorasi seiringan. Jika tidak kita dedahkan pada anak-anak muda yang bekerja di belakang tabir kepada sesuatu yang baru, selamanya mereka tidak belajar. Mungkin hari ini mereka rasa ia cuma kerja untuk cari makan, tetapi pengalaman mendewasakan mereka, pengalaman mengajar erti kehidupan sebenarnya. Pengalaman sebenarnya guru yang sempurna. Betul ada bertanya saya kenapa saya harus buat ini semua, dan mereka kata saya suka membazir, tetapi saya kata tidak. Buktinya hari ini sudah ramai anak bangsa saya sendiri melengkap diri mereka dengan ilmu pelbagai seni; grafik dan arts dan bermacam-macam lagi. Saya gembira kerana selagi saya diperlukan saya mahu menyumbang pengalaman saya sendiri dalam dunia fesyen.  

“Pengalaman fesyen saya sendiri luas. Saya sering dijemput oleh jenama-jenama fesyen dunia; Louis Vuitton, Chanel, Dior, Prada, Celine antara jenamanya, sehingga kini, dan duduk di baris hadapan sebaris dengan editor fesyen besar dunia, artis dan selebriti A list, tidak lupa pelanggan utama mereka. 

“Pengalaman ini sebenarnya terlalu-lalu mahal, tidak ramai yang diberikan peluang sebegini, with all the experience I want to explore more, saya mahu meninggalkan ilmu yang berguna ini kepada masyarakat. Hari ini mungkin mereka tidak nampak apa yang telah saya lakukan, tetapi satu hari saya percaya orang akan faham, mengapa sebuah ciptaan itu menjadi amat berharga jikalau ia dipahatkan bersama nilai-nilai seni yang lain. 

“Pakaian bagaikan kulit kedua, sehingga gaya berbusana mampu mencerminkan kepribadian penggunanya,” kata Anne Avantie. Dan pakaian bisa menentukan pandangan orang terhadap kita. Kerana itu saya memberikan masa yang banyak untuk mereka cipta pakaian, mencari idea baru dalam setiap rekaan. Saya tidak kata saya tidak meniru langsung idea orang, ya saya ambil idea itu tetapi tidak bulat-bulat, saya baharui idea dan kembangkan menjadikan satu ciptaan yang unik lagi berseni. 

“Saya sendiri yang memilih fabrik. Kalau saya ada masa saya akan pergi sendiri ke Itali dan negara pengeluar fabrik terbaik. Apa pun saya lebih selesa untuk membeli sahaja dari toko besar pengeluar fabrik terkenal di Malaysia seperti Jakel. Fabriknya bermutu tinggi, lagi terkini dari segi reka corak dan warnanya misalnya. Harga berpatutan. Waktu sama saya dapat membantu perniagaan mereka. Kami saling memerlukan. 

Mengenai helaian ciptaan Datuk RJKhan (saya petik rencana yang pernah disiarkan dalam MajalahWM.com untuk koleksi musim perayaan yang lepas. Menerbangkan kami bertiga hadir di majlisnya, Mahani Awang menulis, “Rekaannya dipindahkan dengan kepelbagaian corak. There are some elements of flowers, abstract and geometric. This has got to do with Datuk Rahmah Jan’s unique characteristics. Kegemarannya melancong ke Eropah kala musim bunga/panas memudahkan beliau menyuntik idea bagi menghasilkan corak dan warna-warna menawan. Menariknya setiap helai pada harga yang amat berpatutan.”

“Sekarang saya dengar ada pertunjukan fesyen untuk hadir, kamu perlu membayar yakni beli tiket, tidak percuma lagi. Saya ditanya pandangan ini, jawapan saya terpulang, “Kalau dia nak charge dan ada pembeli, itu baik untuknya. Kalau dia charge untuk tengok ciptaannya, dan kemudian viralkan ketidakpuasan hati dan mengutuk ciptaan tanpa rasa simpati, lagipun dia beli tiket untuk tengok show, so suka hatilah dia hendak memuji atau mengeji. Bahananya besar. Silap-silap boleh bungkus tikar terutama si pengkritik itu terkenal dengan pengikut berjuta. 

“Bagi saya, saya mahu meraikan fesyen, It is a gift from me to my loyal customers, my friends. Walaupun kawan-kawan tidak beli jenama saya, saya tidak marah, dan saya tidak pernah memaksa mereka hadir show saya kena pakai JKhan/RJ Couture. Datang mereka dijamu lagi.

Baru-baru ini syarikat kami mengeluarkan satu lagi produk yakni tudung. Tudung diberi nama Nor Rahmah Hijab. Jenama ini saya serahkan kepada adik saya untuk menjayakan malah dialah di belakang semua kejayaan saya selama ini. Kami memang telah lama hendak mengeluarkan tudung sendiri, untuk melengkapkan busana mereka yang bertudung. Lalu saya kata, “Bey ini kamu punya, buatlah sebaik mungkin, aku support kamu sepenuhnya.”

Petikan daripada tulisan Mahani, “Busana paling indah dan istimewa pasti tidak lengkap penampilannya tanpa tudung bagi mereka yang berhijab. Sensitif dengan permintaan wanita kini, koleksi yang dinamakan Nor Rahmah Hijab yang dihasilkan khas oleh beliau dan teamnya datang dalam kepelbagaian warna, corak dan fabrik bagi pelbagai tujuan

daripada kasual, untuk wanita kerjaya malah terdapat rekaan istimewa dengan kristal Swarovski untuk acara formal lagi istimewa. Sejak dilancarkan sehingga kini mereka tidak menang tangan. Kerana seperti saya, kami mementingkan mutu. Dan harga berpatutan.

“Alhamdulillah, kini saya sendiri sudah bertudung, dan adakah saya akan memakai tudung jenama saya sahaja serta menolak tudung-tudung lain yang dijual oleh kawan-kawan dan di butik kegemaran?

“Seperkara perangai saya ini pelik sikit, saya seorang yang bersikap terbuka dan selamanya saya terus support kawan-kawan. Apa yang saya pakai hari ini pun tidak semua Jkhan kecuali majlis rasmi, sebab saya teramat selesa pakai baju yang dijahit oleh Maureen, tailor saya. Lagipun pada majlis rasmi, saya reka baju apa yang sesuai untuk saya pada majlis tersebut. Terpulang jika ia sesuai dengan pakaian saya, saya beli atau saya pergi Ariani misalnya. Saya juga pakai dUCk, Neelofa, Fazura, tiada masalah. Mereka bukan saingan tetapi kawan. Biar kita berniaga bersama-sama dan memeriahkan serta memantapkan ekonomi negara. Jangan kita bermasam muka dan bergaduh, kerana Allah telah sediakan rezeki masing-masing. Datuk RJ Khan mengakhiri temu ramah dengan mengambil kata mutiara daripada pereka terkenal, “I think fashion can do a lot. Fashion is very popular, so it can help broadcast a message and reach a new generation.” – Maria Grazia Chiuri

Related posts

CHEF WAN Antara Inspirasi, Kontroversi & Famili “Wan tak ambil peduli walaupun dilenyek tanpa simpati, dihina dan dikeji… tapi ramai juga yang memuji.”

admin

DATO’ EMMA IBRAHIM – “I AM IN LOVE”

Wirda Adnan

Suriani Saaroni, “Saya Teringin Berlakon.”

admin

Leave a Comment