CANTIK

Alat Urutan Wajah dari Sweden

Jenama teknologi kecantikan Sweden, FOREO mengumumkan pelancaran baru aksesori pembersihan dalam rangkaian yang dipanggil LUNA iaitu LUNA 3.

LUNA bukan sahaja alat urutan wajah paling lembut di dunia, tetapi ia adalah satu-satunya teknologi kecantikan yang menawarkan pembersihan lembut ultra-higienis yang memberi urutan menganjalkan dan menenangkan wajah. Teknik menggunakannya boleh dikawal atau dipandu menggunakan aplikasi FOREO (boleh dimuat turut di Play Store). Produk ini dikatakan sebagai produk ‘latihan muka’ yang paling terkini di pasaran. Ia juga produk yang bagus untuk membuang kotoran, minyak dan sebum yang berlebihan dengan rutin pembersihan satu minit.

Antara ciri-ciri LUNA 3;

  • Kepala berus yang lebih besar 30%; permukaan pembersihan yang lebih besar menawarkan pembersihan yang lebih berkesan
  • Titik sentuh yang lebih lembut 25%; meluncur dengan mudah di seluruh kulit, tanpa menarik atau meregangkan kulit, supaya dapat mengekalkan keanjalan yang semula jadi.
  • Sentuhan titik 30% lebih lama; bagi kawasan yang sukar untuk dicapai dan dapat membersihkan liang-liang roma di wajah dengan lebih mendalam.
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9749″][thb_gap height=”40″]

FOREO turut memperkenalkan Serum Serum Serum Micro Capsule Youth Preserve, yang mana produk ini adalah pasangan kepada LUNA 3.

Serum ini menggabungkan kekuatan antioksidan squalane, dan menghilang juga menghidrat asid hyaluronik yang mana ia akan meneguhkan, memperbaharui dan meremajakan kulit wajah.

Sangat disyorkan untuk terlebih dahulu menggunakan LUNA 3 dengan pembersih buih Micro, kemudian gunakan Serum Serum Serum sebagai pelembap menggunakan LUNA 3 (bahagian anti-umur) untuk teknik rawatan kecantikan yang berkesan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9750″][thb_gap height=”40″]

Related posts

“Anak-Anak Saya Tak Pernah Menyuntik Botoks Atau Fillers.” Ibu Gigi & Bella Hadid

admin

Liquid Luminosity. Endless Ways To Glow

admin

Kim Kardashian Berkongsi Rutin Kecantikan Bernilai Lebih $4,500

admin

Leave a Comment