Pembukaan Butik Kate Spade New York di KLCC

Kate Spade New York meraikan pembukaan butik terbaru mereka di Suria KLCC dalam satu acara makan malam di Open House, dihadiri lebih 100 tetamu termasuk pelakon Korea Oh Yeon Seo.

Di acara tersebut, para tetamu dijemput untuk melihat visi baru jenama ini di bawah pimpinan Pengarah Kreatif Nicola Glass, sambil menikmati mocktail dan canapés, kemudian mereka berpeluang membuat tag peribadi untuk gantungan di bagasi.

Pratonton eksklusif koleksi musim panas turut diadakan ketika tetamu menjamu makan malam tiga hidangan di Open House. Satu persatu model memperaga koleksi musim bunga diringi persembahan penyanyi Bil Musa dan seterusnya diserikan pula persembahan khas oleh Daiyan Trisha.