CANTIK

Warna Sekata Dalam Masa Empat Minggu

Cetaphil, produk dari Korea, jenama dipercayai selama tujuh dekad memperkenalkan Bright Healthy Radiance. Ia rangkaian penjagaan kulit pertama syarikat produk mencerahkan kulit tanpa bahaya menjadikan lebih cantik dan selamat.

Rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance membersihkan kulit secara lembut dan memberi hidrasi. Waktu sama tona kulit sekata. Ia menggunakan Gentle Bright Technology, kombinasi sea daffodil, iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi yang terbukti dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan bertujuan mencerahkan dan mengurang kan saiz bintik hitam. Niacinamide pula adalah antioksidan yang mengawal pemindahan melanin ke permukaan kulit, supaya tona kulit lebih sekata dan cerah tanpa iritasi dalam empat minggu.

Dengan SPF15 untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya, Brightening Day Cream Protection dapat mencerah dan meratakan tona kulit. Untuk sebelah malam gunakan Brightening Night Comfort Cream yang bertindak meneruskan proses pencerahan ketika anda tidur, menjadikan kulit segar dan cerah sebelah pagi. Gunakan sehari sekali dalam selama empat minggu.

“Kulit yang sihat adalah kulit yang cerah, berseri, sekata dan halus,” kata Dr. Kartini Farah Rahim, Perunding Dermatologi. Beliau menjelaskan lagi bahawa rangkaian ini menyeimbangkan warisan dermatologi dan aspek kecantikan dalam penjagaan kulit. Terbukti secara klinikal walaupun untuk kulit sensitif.

Kata duta jenama ini pelakon cantik Lisa Surihani, “Saya sangat suka dengan produk penjagaan kulit ini. Setelah menggunakan rangkaian produk selama empat minggu, saya dapat lihat yang tona kulit saya makin sekata, kusam dan bintik hitam pun hilang. Memang menakjubkan.

Lizz Chloe, penyampai radio untuk MYFM, model dan seorang yang berpengaruh di media sosial yang juga menggunakan Cetaphil berkongsi pengalamannya, “Saya boleh nampak perubahan kulit dalam empat minggu, ia tidak kasar seperti produk pencerah biasa. Dipercayai pakar dermatologi, hipoalergenik, bebas pewangi dan terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit walaupun kulit sensitif.

Rangkaian Bright Healthy Radiance boleh didapati di gedung farmasi seluruh Malaysia.

Related posts

Alat Urutan Wajah dari Sweden

admin

Made By GEN-Z, For The GEN-Z: 

adminwm

Cara Delevingne Model Terbaru Produk Dior

admin

Leave a Comment