FESYEN

The Fashion Runway Never Sleeps!

“Drama” Luar Pentas 

Dalam sibuk seluruh rakyat Malaysia berhempas pulas dan barisan hadapan bercengkang mata, bergadai nyawa memerangi Covid-19, ada pula ‘drama’ lebih hebat tercetus di media sosial di kalangan orang industri fesyen. Benarlah bagai diungkapkan, the fashion runway never sleeps!

Kerana kenyataan yang dibuat dalam Facebooknya, Datin Vivy Sofinas Yusof Pengasas Fashion Valet dan empayar skaf jenama Duck dikecam hebat oleh Netizen. Hairan, saya mengenali Vivy walaupun bukan rapat tetapi kami sering juga mendapat bantuan dan sokongannya dalam kerja-kerja amal yang pernah kami anjurkan. Kesal betul apabila Vivy buat komen begitu.

Sejak kemelut wabak ini saya jarang sekali membuka Facebook dan tidak berminat juga untuk tahu lebih lanjut hal itu. Malah isu Vivy ini saya ketahui melalui anak. Saya berazam tidak mahu memuat naik mahupun membaca sesuatu yang saya tidak pasti kesahihannya. Terlalu banyak scam dan berita mengarut yang tidak masuk di akal menular kebelakangan ini.

[thb_gap height=”40″]

Perbualan saya dan anak terhenti di situ. Let the chain stop right here! Ambil ikhtibar daripada pandamik Covid-19; kita harus berusaha dan cuba hentikan rantai tular till the curve is flattened. Jika tidak ia akan terus berpanjangan dan semua akan terima padahnya. Jangan impikan segalanya berakhir jika kita tidak sama-sama bertindak waras. 

Berbalik pada cerita Vivy, saya mengenalinya lebih dekat melalui Anugerah Tribute To Women Malaysia, satu anugerah berprestij yang mana saya adalah Pengerusi dan Pengasasnya. Toh Puan Sri Aishah Ong, arwahyarham Dato’ Maznah Hamid dan Datuk Dr. Hafsah Hashim pernah menjadi ketua juri untuk memilih calon-calon dan menobatkan siapa yang layak menerima anugerah tersebut.

Sifatnya yang prihatin dan kejayaannya dalam bidang perniagaan memang tidak disangkal lagi dan itulah antara kriteria yang melayakkannya menerima anugerah tersebut. Dia seorang ikon berpengaruh, dicontohi dan punya ramai pengikut. Mengapa bertindak demikian?

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12017″]
[thb_gap height=”40″]

Mungkin stress, hati mula membuat andaian. Maklumlah bisnes jutaan ringgit bukan hal mainan. Bayangkan jika wabak ini tidak berakhir segera, bala menanti dan ahli perniagaan sepertinya yang sudah mengeluarkan modal puluhan dan ratusan ribu ringgit tentu terjejas teruk. Tidak mungkin seorang usahawan bijak dan selebriti media sosial terkenal seperti Vivy tidak tahu bila, di mana dan apa yang harus dan tidak untuk dibicarakan?

Tidak kiralah besar mahupun atau sekecil modalnya, yang pasti pendapatan mereka akan terjejas dan ramai juga yang diramal bakal gulung tikar malah muflis selepas raya berakhir. Saya dapat bayangkan kebimbangan mereka. Hanya doa saya buat mereka.

Sebelum terjadinya kisah ini pelbagai bahan dimuatnaik dan “Cik Kiah” yang tiba-tiba menjadi ‘ikon‘ golongan B40 ini paling banyak menular. Whatsapp saya juga tidak putus-putus menerima pelbagai pos. Peruntukan Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memang ditunggu-tunggu. Seikhlasnya saya setuju usaha tersebut dan bangga dengan langkah kerajaan Malaysia yang prihatin keperluan rakyatnya.  

Pada petangnya saya terima pula satu pos video melalui Whatsapp. “Ini komen Rizalman Ibrahim di IG livenya. You mesti tonton sampai habis!” Itu kapsyennya. Saya tonton, lima minit pun tak tamat lagi. Rupa-rupanya video  tersebut 11 minit durasinya. 

Begitupun panjang berjela, saya seronok menonton Dato’ Rizalman Ibrahim menegur panjang lebar. Yang penting, walaupun tenang tetapi nyata beliau benar-benar marah dan tersentuh dengan kenyataan Vivy yang menular itu. 

Mengenali Dato’ Rizalman Ibrahim sejak saya bertugas di sebuah majalah di Berita Publishing pada lewat 80-an, kami sejak dulu memang banyak bekerjasama untuk ruangan fesyen dan kulit depan majalah hinggalah saya ke Utusan Melayu.

Sebagai orang lama yang banyak pengalaman, bijak dan kini jutawan juga ahli perniagaan berjaya, sudah tentulah tegurannya menuntut tumpuan ramai khususnya netizen yang memang daripada awal tidak senang dengan komen Vivy. 

Rizalman persoalkan mengapa pula hak rakyat marhain dibangkitkan? Saya sokong hujah beliau kerana golongan inilah yang akan berbelanja dan merekalah nanti yang akan kembali suburkan ekonomi yang kian menguncup sekarang ini. 

Terkilan benar Rizalman bila golongan ahli perniagaan gah tidak dapat melihat ekosistem ini sedangkan kumpulan berpendapatan rendah inilah seperti kata Rizalman yang membantu dan memakmurkan perniagaan peniaga tempatan kerana merekalah pelanggan tegar yang membeli produk mereka.

“Tak tahu ke yang mereka nilah yang dok beli barang-barang yang dia orang tu jual? Ingat siapa yang beli? Tudunglah, lipsticklah, minyak wangi bagai… siapa yang beli? kalau bukan dia orang?” pintasnya yang bengang dengan ahli pernigaan dan dilabelnya sebagai “buta perut”. Pada tahap tu, mukanya bertukar merah padam. Sesekali terhenti dan merenung lama bagai lost for words. Saya faham perasaannya.  

Tidak cukup itu Rizalman turut menyuarakan rasa panas hatinya dengan segelintir kaum wanita, khususnya kumpulan artis. Dia menasihati agar hentikan perangai yang suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kekayaan masing-masing. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12019″]
[thb_gap height=”40″]

“Bila pi beraya sibuk dengan beg tangan mahal masing-masing. Bila bergambar berebut mencari beg untuk tayang. Sederet pegang beg Chanel, Kelly bagai,” siap bangun menunjukkan lagak mereka, “Untuk apa?”

Perbuatan mereka itu mencemar tujuan asal beraya dan kesucian silaturahim pada hari mulia itu. Rizalman juga geram kerana kumpulan ini tidak sedar betapa beratnya  masalah wabak yang sedang melanda negara sekarang dan ia bakal mengancam ekonomi kita. Sepatutnya itulah yang mereka fikirkan.

Dengan luahan hati Rizalman itu saya bergurau dalam hati, saya juga bimbang kalau-kalau ada yang benar-benar merasa penampar Rizalman jika masih nak menayang-nayang pada raya akan datang.

Isu Kecil Diperbesar

Lanjutan daripada video tersebut dan selepas dihentam oleh netizen, Vivy telahpun membuat keputusan untuk memadam komen dan menjelaskan yang kata-katanya telah disalah ertikan.

Segala kekalutan itu terjadi berpunca daripada satu luahan ikhlas seorang ahli perniagaan kepada Vivy. Walaupun pada asalnya dia hanya menyuarakan kebimbangannya terhadap bisnesnya dan Vivy pula mengiyakannya dan menyuarakan hasrat alangkah baiknya jika pihak kerajaan juga memberi peruntukan untuk membantu kumpulan masyarakat seangkatannya yang tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Bagi meredakan keadaan dan ketegangan yang telah terjadi, Vivy mengalah dan membuat pengumuman secara terbuka. Pada hemat saya tindakan Vivy itu amat wajar. Tidak kira benar salahnya, tindakan itu adalah yang terbaik. Saya salut!

[thb_gap height=”40″]

Dia memohon maaf sekiranya ada orang yang tersinggung dengan kenyataannya. Vivy juga turut menjelaskan apa sebetulnya yang berlaku. Malah Vivy merakamkan rasa kesalnya di atas kekeliruan itu. Dia tidak langsung berniat menyentuh hak mereka apatah lagi memperkecilkan golongan tersebut. 

Paling dikesali, kemarahan netizen dan masyarakat tidak terhenti di situ. Ada yang menyuarakan pandangan malah telah pun ada petisyen yang menggesanya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mencatat lebih 200 ribu tandatangan selepas beberapa hari ia dimuat naik.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12020″]
[thb_gap height=”40″]

Sebagai tindak balas ke atas tindakan tersebut, Vivy beberapa hari kemudiannya membuat kenyataan yang dia akan mengambil tindakan undang-undang tentang kedudukannya itu.

Setulusnya bagi saya perkara ini sebenarnya mungkin telah diperbesar-besarkan netizen. It had been blown out of proportion. Apapun itu pandangan masyarakat dan perlu juga dihormati. Sebagai orang berpengaruh dan tersohor seperti Rizalman tentu saja pandangannya mendapat tumpuan dan berjaya membuka mata banyak pihak.

Apakah ia sebenarnya kesilapan masyarakat yang mentafsir atau kesilapan datang dari yang empunya diri? Apalah gunanya kita pertikaikan lagi di mana letaknya kebenaran bila nasi sudah menjadi bubur?

Begitupun kita berterima kasih kepada kedua-duanya yang telah memberi kita pengajaran berharga. Kepada Dato’ Rizalman, terima kasih kerana komennya saya rasa akan menyedarkan ramai wanita di luar sana untuk bermuhasabah diri serta mengubah persepsi mereka terhadap persekitaran dan erti kehidupan. 

Buat Vivy, ambillah peristiwa pahit ini sebagai pengajaran hidup dan bukan sesuatu yang boleh melemahkan semangat. Pujangga Inggeris pernah menyebut, “Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.” Mengenali Vivy Yusof yang berjiwa kental, saya yakin, this will not be the only hurdle that she will pass through

Perjalanannya masih jauh dan banyak lagi cabaran, onak dan duri yang bakal dilaluinya. Vivy juga perlu ingat pengalamannya juga sumbangannya dalam industri amat diperlukan dan akan terus dihargai. Will the real Vivy Yusof stand up please!

Pereka Tersohor & NGO Fesyen Turun Padang

Dalam pada netizen sibuk dengan kisah penuh kesal ini, pereka fesyen tersohor negara Datuk Radzuan Radziwill pula dalam senyap melancarkan inisiatif amal melalui projek pintas menjahit pakaian Personal Protection Equipment (PPE) atau Peralatan Perlindungan Peribadi untuk barisan hadapan penjawat hospital yang ditugaskan merawat pesakit Covid-19.

Hasrat murni tersebut tercetus apabila dia mendapat tahu dan melihat sendiri betapa daif dan kekuranganya PPE hingga para petugas yang merawat pesakit yang positif wabak itu juga terpaksa menjahit sendiri baju mereka. Membuatnya bertambah sedih, mereka juga turut menggunakan plastik sampah baru untuk dijadikan pakaian pelindungan peribadi.

“Saya buat atas dasar belas kasihan dan demi kemanusiaan. Inilah masanya untuk saya pula menyumbang apa yang saya mampu. Mula-mula saya buat sendiri beberapa helai tetapi bila teman-teman lama tahu usaha saya ni dengan sukarela mereka menghulurkan bantuan. Dapatlah saya buat lebih sikit,” kata Radzuan menyebut beberapa nama pereka lama seperti Salikin Sidek, Qudyn dan Sabri yang turut membantunya. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Setiap hari beliau dapat siapkan 50 helai. Dengan bantuan seorang doktor di Hospital Serdang dan dengan beberapa kenalan beliau mendapat tip dan bantuan tentang ukuran, jenis material yang patut digunakan juga di mana untuk mendapatkan pembekal.

“Tapi berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang susah sikitlah nak bergerak. Syukur ramai yang membantu. Yang penting setiap helai mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh hospital dan bahan yang digunakan seperti yang digunapakai di hospital,” jelasnya, “Lagipun bukan macam buat baju raya, rekaan PPE sangat simple and straight forward. Masalah saya ialah untuk mendapatkan tali getah. Kalaulah ada pembekal di luar sana yang tahu tentang keperluan ini saya sangat berharap untuk mendapatkannya.” 

Menurut Radzuan sehingga hari ini (2 hb April) dia telah menghasilkan hampir 400 helai dan berhasrat menyiapkan 1,000 atau 2,000 helai lagi pakaian luar PPE dan penutup kepala untuk diagihkan kepada para petugas yang memerlukan di Hospital Sungai Buloh dan Serdang. 

“Nasihat saya pada pereka dan fashionpreneur kita?” “Kak Mahani, masih boleh bernyawa… masih boleh hidup ni pun dah kira syukur,” pantas dia menjawab. Saya terpaku buat seketika. Saya dapat membayangkan wajahnya ketika itu walaupun kami hanya berhubungan melalui telefon.

“Tak tengok ke macam mana orang mati bergelimpangan kat tepi jalan kat luar negara tu? Setakat rugi wang ringgit tu apalah nak dikira sangat berbanding orang yang hilang nyawa dan ahli keluarga?” tambahnya  menjawab soalan terakhir saya petang itu.

Sebagai seorang pereka fesyen berpengaruh dia faham perasaan dan keraguan yang sedang melanda para pereka muda dan ahli perniagaan fesyen kini.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12024″]

“Nasihat saya satu saja, for now ikutlah arahan kerajaan. Kalau tidak ekonomi tidak akan pulih malah akan lebih teruk lagi. Now is time to work together. Bergabunglah, buatlah kerja sama-sama. Share the rezeki. Benefit from each others strength.”

Saya yakin dengan saranan Datuk Radzuan itu. Bukan semua malapetaka membawa bencana, sebaliknya selepas diuji kita akan jadi lebih teguh dan bersedia. Kita perlu ingat in every crisis there is always an opportunity and one’s lost is another’s gain jadi berfikirlah secara tajam dan buat sesuatu yang boleh menguntungkan, ikut kemampuan walaupun ia mungkin sesuatu peluang baru yang tidak kita ceburi sebelumnya. 

Neelofa Ikut Serta 

Laungan dan saranan Datuk Radzuan bukan sahaja disambut oleh kawan-kawan rapat dan para pelanggannya namun dia mendapat banyak panggilan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kenalan di kalangan industri fesyen dan juru solek yang dikenalinya puluhan tahun  

Membuatnya terharu, mereka bukan saja mengucap tahniah kerana usahanya itu tetapi ditawarkan bantuan. Antara yang membuatnya tersentuh ialah apabila pengacara serta hos tv terkemuka negara, Neelofa menghubunginya.

“Tawaran Neelofa untuk membantu saya menjahit pakaian tersebut memanglah membuat saya terharu tidak saya sangka. Sekarang ini saya masih ada lagi lebih 2,500 meter fabrik non-woven yang saya beli belum berjahit dan pelawaan Neelofa itu bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. 

In sya Allah, dengan bantuannya saya harap akan dapat menghasilkan lebih daripada sekarang,” katanya gembira kerana dapat menyudahkan pakaian tersebut mengikut jadualnya. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

KREE turut mengambil bahagian menyiapkan Personal Protection Equipment (PPE) atau Peralatan Perlindungan Peribadi untuk kegunaan warga baris hadapan di hospital.

[thb_gap height=”40″]
NGO Fesyen Tidak Lepas Tangan

Dua persatuan fesyen terkemuka negara iaitu Malaysian Official Designers Association (MODA) dan Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA) juga tidak ketinggalan menghulur bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Usaha murni kumpulan pereka daripada Malaysia Official Designers Association (MODA) yang diketuai oleh Presiden Melinda Looi dengan kerjasama FashionValet dan IMARET. 

Seperti yang dijangkakan Vivy Yusof akan bangkit semula selepas terpalit dengan kancah media sosial itu. Cuma saya tidak menyangka ia berlaku begitu pantas. Atas dasar persahabatan saya ucapkan syabas buat Vivy kerana mengambil masa yang begitu singkat untuk membuktikan dia usahawan sejati yang berhati waja. 

Dalam media sosialnya Vivy gembira kerana inisiatifnya untuk membantu petugas hospital yang kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE) membuahkan hasil.

Menerusi kempen MODA For Frontliners yang merupakan inisiatif bersama Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA), Fashionvalet dan Imam Response & Relief Team (IMARET), mereka membantu mengumpul dana untuk pereka tempatan yang bergabung di bawah MODA dalam usaha menjahit sut PPE untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan.

“Terima kasih Malaysia,” katanya, “Kita meraih RM100,000 dalam masa kurang daripada sehari. Kini pereka fesyen Malaysia sedang sibuk menjahit PPE daripada pagi sehingga ke malam.”

Dalam IGnya, dia menyeru warga Industri fesyen tempatan berkumpul untuk merealisasikan inisiatif ini. “Lindungi petugas barisan hadapan kita. Harap anda semua dapat membantu dan menyumbang!” tambah Vivy.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji usaha murni Vivy dalam membantu petugas barisan hadapan. Netizen turut menyeru agar dapat sama-sama menyumbang dan membantu mereka yang berkorban disaat getir ini. 

Begitulah sepatutnya. Dalam suasana sekarang kita perlu bersatu. Konsep kehidupan selepas diserang wabak ini mudah, jika satu rebah yang pasti yang lain juga akan turut rebah. Dasar kehidupan kita hari ini berteraskan rantai yang saling memerlukan dan mesti terus diperkukuhkan.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11851″]
[thb_gap height=”20″]

Malaysia Official Designers Association (MODA) bekerjasama dengan Fashionvalet dan Imam Response & Relief Team (IMARET) dalam menghasilkan Personal Protection Equipment (PPE) atau Peralatan Perlindungan Peribadi untuk kegunaan frontliners.

Gambar: Melinda Looi, Presiden Malaysia Official Designers Association (MODA)

[thb_gap height=”40″]

Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia atau MBDA memberikan sumbangan wang ringgit yang dikumpul daripada ahli-ahlinya.

Sementara itu Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia atau MBDA pula ramai juga yang membuat inisiatif amal masing-masing secara individu seperti membuat topeng kain kapas yang dijual pada harga berpatutan supaya orang dapat membelinya, 

Kelmarin Naib Presidennya Rasta Rashid menghantar Whatsapp mengajak ahli-ahlinya menyumbang, “Jomlah bersama-sama saya untuk kerja kebajikan sikit,“ katanya. “Saya bercadang mengajak ahli MBDA menyumbang untuk beri makan pada mereka yang memerlukan sekarang ni khususnya kumpulan gelandangan. Siapa nak join?”

[thb_gap]
[thb_gap height=”20″]

Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia atau MBDA memberikan sumbangan wang ringgit yang dikumpul daripada ahli-ahlinya. Gambar kanan: Naib Presiden MBDA, Rasta Rashid.

 

Inisiatif Rasta itu buat saya juga terpanggil. Sebagai Penasihat MBDA, saya bangga bila anak buah saya turut prihatin terhadap kekangan dan kekurangan yang menimpa masyarakat sekitar.  

Kata Rasta, dia hanya kenakan sumbangan RM50 sahaja pada setiap ahli yang mahu menyumbang dan wang terkumpul akan digunakan bagi tujuan membeli makanan untuk disedekahkan kepada petugas hospital dan golongan gelandangan. Tidak sampai sejam saya lihat berderet nama dalam senarai. Inilah semangat yang kita mahu.

“Saya hadkan RM50 sahaja sebab tak mahu bebankan ahli. Lagipun inikan kerja amal jadi buatlah ikut kemampuan. Yang penting bukan jumlah tapi keikhlasan. Walaupun sedikit tapi jika ramai jadi banyak,” katanya.

Kalau ada 30 ahli yang menyumbang katanya mereka dapat kumpul RM600. Itupun baru 30 ahli dan jika ada yang menyumbang lebih daripada RM50 lebih banyaklah kutipan.

“Dari sudut kapasiti individu, saya tahu ramai ahli dah beri bantuan secara sendiri-sendiri. Apa yang kami cuba buat untuk projek ini ialah secara berkumpulan,” katanya. “Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin ketat, kami menyewa kereta Grab untuk menghantar makanan tersebut yang kami sudah atur di mana dan siapa yang bakal menyambutnya.”

Rasta berharap lebih banyak sumbangan diperolehi supaya usaha MBDA itu dapat diterus dan diberikan kepada mereka yang memerlukan hingga PKP tamat. Dia juga menyimpan harapan menggunung agar wabak ini segera terkawal supaya para pereka dapat meneruskan kerja dan mengejar waktu sebelum raya untuk menjual hasil kerja masing-masing.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Bergaya Dengan Kaftan Rekaan Pereka Timur Tengah Dihari Raya Aidiladha

admin

Akhirnya Terjawab! Kenapa Permaisuri & Puteri Raja Zaman Ini Berpakaian Sederhana

admin

FENTY PUMA by Rihanna, Terbaru!

admin

Leave a Comment